Anggota Polis Maut Ketika Mengejar Penjenayah





Sungai Petani: Seorang anggota polis maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan raya sewaktu mengejar penjenayah di Jalan Padang Temusu, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa, Koperal K Mahadir Elis, 38, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Bagaimanapun, suspek dapat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pada jam 3.45 pagi tadi, mangsa bersama anggota pasukan Task Force Cegah Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pergi ke Kampung Kepala Bukit, Kampung Sungai Pasir, di sini dan menahan tiga lelaki berusia antara 32 hingga 50 tahun untuk membantu siasatan kes samun, curi kenderaan dan pecah rumah.
Beliau berkata, susulan penahanan tiga lelaki itu, mangsa bersama pasukan membuat serbuan ke Padang Temusu jam 7.30 pagi tadi untuk membuat tangkapan terhadap suspek lelaki yang masih bebas.
Katanya, setibanya di lokasi, mangsa ternampak suspek berusia 21 tahun itu sedang membuka tayar motosikal di hadapan rumah berkenaan.
"Bagaimanapun suspek bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.
"Suspek melarikan diri ke arah jalan utama dan mangsa mengejarnya sejauh kira-kira 500 meter dan sewaktu melintas jalan, pekerja syarikat pembersihan yang menunggang Yamaha Y15 melanggar mangsa dari arah hadapan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Adzli berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Arwah seorang anggota yang sangat komited dalam menjalankan tugas dan beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 12 tahun dan di IPD Kuala Muda selama tiga tahun," katanya.
Adzli berkata, mangsa meninggalkan isteri, Azlila Talib, 39, dan tiga anak berusia antara lima hingga 17 tahun.
Jenazah dibawa ke rumahnya di Sungai Dua, Butterworth di Pulau Pinang untuk dikebumikan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 1:32 PM
Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
Gambar: Warga Sungai Petani Kedah


#HarianMetro
#infosemasa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/anggota-polis-maut-ketika-mengejar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Beranak Serang Anggota Polis Ketika Beratur Untuk Jalani Ujian Saringan Covid 19 Dipenjara

2 Beranak Serang Anggota Polis Ketika Beratur Untuk Jalani Ujian Saringan Covid 19 Dipenjara

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 294 hits
2 beranak serang anggota polis ketika beratur untuk jalani ujian saringan Covid 19 dipenjaraSeorang bapa dan anaknya di China dijatuhkan hukuman penjara kerana memukul anggota polis ketika beratur bagi menjalani ujian saringan Covid 19 yang...
Insiden Capitol Seorang Anggota Polis Maut Rusuhan Keganasan

Insiden Capitol Seorang Anggota Polis Maut Rusuhan Keganasan

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 260 hits
POLIS mengesahkan kematian seorang anggotanya susulan tindakan penyokong Donald Trump yang merusuh di bangunan Capitol Amerika Syarikat Pihak polis Capitol menerusi satu kenyataan memaklumkan anggotanya Brian D Sicknick disahkan maut kira k...
Polis Maut Dilanggar Ketika Kejar Suspek Pecah Rumah

Polis Maut Dilanggar Ketika Kejar Suspek Pecah Rumah

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 198 hits
Mahadir Elis mengejar suspek yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis ke arah jalan utama kira kira 500m sebelum dilanggar sebuah motosikal Yamaha Y15 sewaktu melintasi jalan SUNGAI PETANI Seorang anggota polis maut selepas dil...
130 Anggota Polis Terengganu Dikena Tindakan Tatatertib

130 Anggota Polis Terengganu Dikena Tindakan Tatatertib

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 247 hits
Seorang Asisten Superintendan dibuang kerja setelah sabit kesalahan KEMAMAN Seramai 130 pegawai dan anggota polis di Kontinjen Terengganu telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lalu Ketua Polis Terenggan...
Guru Wanita Berhadapan 6 Pertuduhan Rasuah Anggota Polis

Guru Wanita Berhadapan 6 Pertuduhan Rasuah Anggota Polis

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 183 hits
Guru Norimi Hashim ketika hadir ke mahkamah atas enam pertuduhan memberi rasuah RM9 000 kepada tiga anggota polis di Kompleks Mahkamah Shah Alam Selangor foto AFIQ HAMBALI SHAH ALAM Seorang guru wanita berhadapan dengan enam tuduhan memberi...
Penerjun Base Jump Maut Ketika Latihan

Penerjun Base Jump Maut Ketika Latihan

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 334 hits
Oleh SITI A ISYAH SUKAIMI PUTRAJAYA Seorang peserta terjun tapak yang melakukan latihan penerjun Base Jump 2021 maut dalam kejadian di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di sini semalam Difahamkan kejadian berlaku pada p...
Operator Kilang Kekasih Didakwa Cuba Bunuh Anggota Polis

Operator Kilang Kekasih Didakwa Cuba Bunuh Anggota Polis

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 352 hits
Seorang operator kilang dan teman wanitanya ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis Khamis laluBUTTERWORTH Seorang operator kilang dan teman wanitanya mengak...
Airitam Anggota Polis Cedera Dilanggar Kereta Bekas Adun Pulau Pinang

Airitam Anggota Polis Cedera Dilanggar Kereta Bekas Adun Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 212 hits
Seorang anggota polis cedera selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang pesara di lampu isyarat di hadapan sebuah pasaraya Jalan Thean Teik Air Itam Pulau Pinang Dalam kejadian jam 11 30 malam Isnin itu anggota berpangkat Lans Koperal ...
2 Anggota Polis Paw Lelaki Beli Nombor Ekor Ditahan Polis

2 Anggota Polis Paw Lelaki Beli Nombor Ekor Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 228 hits
2 anggota polis paw lelaki beli nombor ekor ditahan polisPolis menahan dua anggotanya yang dilaporkan telah memeras ugut seorang lelaki untuk membayar sejumlah wang bagi mengelakkan dirinya ditahan kerana membeli nombor ekor Ketua Polis Dae...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air