Jauh Ketinggalan Rakyat Sabah Tak Rasa Merdeka Yang Sama


Kain rentang yang dinaikkan penduduk Taman Bandar Sierra dan Taman Rimba di Telipok pada April. (Gambar Facebook)


KOTA KINABALU: Apabila Yami Baga menonton televisyen, beliau merasa sedikit terkilan melihat iklan Hari Merdeka yang menayangkan orang ramai gembira menyambut banyak kemajuan dalam kehidupan mereka sejak Merdeka.

Sekalipun bangga dengan kemajuan Malaysia, Yami dan jiran-jirannya tidak dapat berkongsi kegembiraan seperti yang dilihat di kaca TV.

“Semua orang kampung saya tanya, bila nak ‘merdeka’ daripada masalah air,” katanya kepada FMT.

“Kami saksikan Kuala Lumpur bina menara berkembar, sementara di sini, kami masih bergantung kepada air sungai yang perlu kami kumpul setiap hari.”

Kampung lereng bukit didiami Yami, Kampung Kionsom terletak di Inanam, Kota Kinabalu. Mereka tidak pernah menikmati bekalan air yang selamat dan dirawat. Penduduknya bergantung kepada sistem graviti air yang dibina atas inisiatif sendiri pada 1981.

Sistem ini membawa air daripada sungai dan mata air ke dalam tangki yang terletak tinggi daripada kampung tanpa menggunakan pam. Ini adalah satu-satunya sumber air untuk semua keperluan harian mereka.

Tidak jauh dari kampung itu, di sebuah kejiranan berpagar di kawasan pembangunan moden Bandar Sierra, Telipok, pensyarah Tony Paridi Bagang berkata, mereka berdepan gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan.

Situasinya begitu buruk sehingga mendorong penduduk yang terdesak membina sistem graviti air mereka sendiri.

Bagang, yang bekerja di Universiti Teknologi Mara Sabah, berkata Sabah masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding Semenanjung.

Di daerah Kota Marudu, Nurziati Solboy berkata, lebih baik jangan bertanya kepada penduduk kampungnya, Kampung Sungai Magandai, bagaimana mereka meraikan Merdeka.

“Penduduk kampung di sini akan jawab, ‘Merdeka apa?’ Tiada perubahan di kampung kami,” katanya.

Masalah terbesar bagi mereka adalah satu-satunya jalan ke kampung menjadi berlumpur ketika hujan lebat. Penduduk kampung telah meminta pihak berkuasa menurap jalan tersebut, tetapi tidak ditunaikan.


Gambar menunjukkan seorang lelaki terperangkap dalam lumpur ketika cuba melalui jalan ke Kampung Sungai Magandai di daerah Kota Marudu menjadi tular di media sosial pada Januari. – Foto Facebook Kampung ini juga bergantung kepada panel solar untuk mendapatkan tenaga, sistem graviti untuk air, dan bertahan tanpa akses Internet.

“Jujurnya, kami tak dapat rasa kemeriahan Merdeka dengan keadaan di kampung kami. Hari Merdeka sama saja seperti hari-hari lain,” kata Nurziati.

“Kami sentiasa harap keajaiban daripada kerajaan, tetapi hampir putus asa.”

Ahli ekonomi James Alin memberitahu FMT, tidak tepat untuk mengatakan tiada sebarang pembangunan bagi Sabah sejak menyertai Persekutuan pada 1963.

“Terdapat banyak perubahan, tetapi kita semua perlu maju pada kadar sama sebagai sebuah negara, dan ini tidak berlaku,” katanya.

Tambahnya, jurang antara Kota Kinabalu dan kawasan luar bandar, dan selat antara Borneo dan Semenanjung sangat ketara.

“Kanak-kanak di tempat lain perolehi 12 tahun persekolahan, tetapi di Sabah, hanya lapan. Jadi, ada ramai kanak-kanak yang buta huruf kerana mereka tidak cukup bersekolah,” katanya.

Ahli ekonomi Firdausi Suffian berkata, Sabah kaya “tetapi terlalu ramai rakyatnya masih miskin”.

Tambahnya, tahap kemiskinan di Sabah tetap lebih tinggi daripada purata nasional.

Statistik kerajaan menunjukkan, peratusan isi rumah di Sabah miskin mutlak meningkat daripada hanya bawah 20% pada 2019 kepada lebih 25% tahun lepas.

Alin berkata, Malaysia sudah separuh jalan ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi, dengan pendapatan per kapita USD20,000 (RM84,000) tetapi Sabah masih jauh ketinggalan, dengan jurang semakin melebar.

“Purata pendapatan isi rumah di Sabah sekitar USD5,000 (RM20,000). Namun, bukan semua orang dapat meraih sebanyak itu, tambahan penduduk kampung di Kionsom,” katanya.

“Inilah sebabnya, jika tanya rakyat biasa Sabah sama ada mereka meraikan Merdeka, mereka tidak akan beri jawapan yang lurus.”

Sekalipun dengan kualiti kehidupan yang rendah di Sabah, Bagang menegaskan mereka bersyukur kerana terlepas daripada cengkaman penjajah masa lalu.

“Mereka bagaimanapun mengharapkan sesuatu lebih baik dengan pertukaran kerajaan,” katanya.

“Hari Merdeka sepatutnya masa kita meraikan apa yang kerajaan lakukan untuk rakyat seluruh negara.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/jauh-ketinggalan-rakyat-sabah-tak-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantikan 6 Pemimpin Dari Sabah Satu Pengiktirafan Buat Rakyat Negeri Ini Bung Moktar

Lantikan 6 Pemimpin Dari Sabah Satu Pengiktirafan Buat Rakyat Negeri Ini Bung Moktar

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 308 hits
Bung Moktar pada sidang akhbar di Jabatan Kerja Raya Sembulan Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Pelantikan enam Ahli Parlimen Sabah dalam pembentukan Kabinet baharu disifatkan sebagai satu pengiktirafan buat rakyat negeri itu Timbalan Ke...
Perjuangan Tun Sakaran Dandai Demi Sosioekonomi Pendidikan Rakyat Sabah

Perjuangan Tun Sakaran Dandai Demi Sosioekonomi Pendidikan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 346 hits
Sakaran yang berasal dari Semporna pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke 8 pada 1994 KOTA KINABALU Negara khususnya Sabah har...
Agong Seru Rakyat Pemimpin Bersatu Tolak Perbezaan Untuk Merdeka Daripada Wabak

Agong Seru Rakyat Pemimpin Bersatu Tolak Perbezaan Untuk Merdeka Daripada Wabak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 393 hits
PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah usaha memerdekakan negara dari wabak Covid 19 memerlukan kesepaduan dan kesatuan seluruh rakyat pemimpin serta kerajaan dengan menolak perbezaan pendapat serta m...
Kabinet 6 Wakil Sabah Pengiktirafan Kepada Rakyat

Kabinet 6 Wakil Sabah Pengiktirafan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 403 hits
Oleh SURAIDAH ROSLAN BUNG MOKTAR RADINKOTA KINABALU Pelantikan dua menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sabah merupakan satu pengiktirafan kepada rakyat di negeri ini Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin be...
Jangan Berebut Nama Dan Tpm Baik Jaga Rakyat Sama Sama Sembelih Ayam Curi Ke

Jangan Berebut Nama Dan Tpm Baik Jaga Rakyat Sama Sama Sembelih Ayam Curi Ke

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 297 hits
Berebut pulak dah nama kerajaan Pak Mail kata kerajaan Umno sebab Umno tiada kaitan dengan PN Abah cow pulak perasan kerajaan tebuk atap 2 0 sekarang ini adalah kerajaan PN yang gagal tu Kalau tanya lebai Hadi dia mesti kata ini kerajaan ya...
Sama Macam Makan Gaji Buta Yang Selalu Orang Dok Jaja Tak Rasa Malu Kah

Sama Macam Makan Gaji Buta Yang Selalu Orang Dok Jaja Tak Rasa Malu Kah

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 422 hits
Panas Menantu Hadi kena serang dalam DUN sebab tak buat kerjaAugust 26 2021 Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang mempersoalkan peranan Exco Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin yang dikataka...
Rasa Sama Kat Korea Maryam Ryzal Durian Kimchi Approve Cu Malaysia

Rasa Sama Kat Korea Maryam Ryzal Durian Kimchi Approve Cu Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 517 hits
Bila tengok k drama automatik rasa jealous dengan kedai serbaneka kat sana Macam macam pilihan snek makanan dan minuman yang ditawarkan Malah nak masak mi segera pun ada mesin khas Daebak Tapi korang tau tak kat Malaysia sekarang pun dah ad...
Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 308 hits
Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan pengalaman dimiliki Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan selama 17 bulan dalam pentadbiran sebelum ini nyata menyerlahkan kepimpinan dan kemampuannya GAMBAR FAIL KUALA LUMPUR Parti Solidariti Tanah Airku...
Lima Putera Raja Ajak Rakyat Hayati Pengertian Merdeka

Lima Putera Raja Ajak Rakyat Hayati Pengertian Merdeka

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 129 hits
MALAYSIAKINI Putera raja dari lima negeri iaitu Perlis Selangor Terengganu Kelantan dan Negeri Sembilan berkenan mengajak rakyat menghayati pengertian kemerdekaan Putera raja bertitah demikian menerusi program Harapan Diraja Pewaris Negara ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization