Lima Putera Raja Ajak Rakyat Hayati Pengertian Merdeka


MALAYSIAKINI


Putera raja dari lima negeri iaitu Perlis, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan berkenan mengajak rakyat menghayati pengertian kemerdekaan.
Putera raja bertitah demikian menerusi program ‘Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka’ julung kali diadakan, anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang disiarkan secara dalam talian, malam tadi.
Titah diraja itu dimulakan dengan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz yang menzahirkan harapan agar rakyat berpegang teguh kepada lima prinsip Rukun Negara kerana ia adalah asas kepada pembentukan tanah air yang menyatukan rakyat negara ini.
“Perpaduan antara rakyat berasaskan prinsip Rukun Negara menjadi lebih penting ketika negara berdepan dengan cabaran Covid-19 apabila rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat berganding bahu membantu satu sama lain tanpa mengira perbezaan,” titah baginda.
Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra bertitah sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini berbeza berbanding sebelum ini apabila negara masih dibelenggu pandemik Covid-19.
“Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar hari untuk bersuka-suka, tetapi untuk kita menghayati dan mengenang erti kemerdekaan bahawa ia bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah dan datangnya dengan izin Allah,” titah baginda.
Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pula mengajak rakyat untuk terus bersatu padu dalam menangani wabak Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Baginda bertitah agar rakyat menyingkap semula sejarah pejuang kemerdekaan negara, sedar dan berpijak di bumi nyata serta berusaha membangunkan negara tercinta.
Seterusnya, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah rakyat Malaysia perlu bersatu hati, mengekalkan perpaduan dan meraikan perbezaan kaum supaya keharmonian yang terbina dapat dikekalkan.
“Marilah kita semarakkan bulan kemerdekaan ini dengan perkara-perkara yang positif,” titah baginda.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meminta rakyat bersama-sama berusaha membangunkan negara dan bangsa, serta memerdekakan diri daripada segala unsur negatif dan tidak saling menuding jari sebaliknya sentiasa mencari titik persamaan.
“Pada masa yang sama, sebarang pandangan haruslah membina, konstruktif dan mengetengahkan solusi kerana negara kita memerlukan rakyat mentaliti kelas pertama dalam tindakan dan mengamalkan cara hidup selamat, sihat, penyayang, berilmu, rajin serta berdisiplin,” titah baginda.
Kesemua putera raja juga turut menzahirkan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa Covid-19 dan mendoakan agar mereka terus tabah serta semoga penularan wabak ini berakhir dengan secepat mungkin.
Semua putera juga turut menitahkan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan negara atas jasa dan pengorbanan dalam memerangi wabak ini, selain mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-64 kepada seluruh rakyat Malaysia.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/lima-putera-raja-ajak-rakyat-hayati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 2 Dos Hanya Ajak Rakyat Berkelahi

1 2 Dos Hanya Ajak Rakyat Berkelahi

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 252 hits
Hakikatnya 1 2 dos tidak membezakan pun kerana kedua dua nya tidak kebal yang mungkin ada hanya perbezaan apabila sudah dijangkiti Oleh ITU peraturan 1 2 dos sekadar mengajak rakyat BERKELAHI sesama sendiri Undang tidak boleh dilaksanakan o...
Mendikbud Nadiem Ajak Mahasiswa Raih Mimpi Melalui Kampus Merdeka

Mendikbud Nadiem Ajak Mahasiswa Raih Mimpi Melalui Kampus Merdeka

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 184 hits
Mahasiswa itu bukan lagi seperti pelajar Menjadi mahasiswa berarti kalian memiliki kemerdekaan lebih luas untuk menentukan arah masa depan Itu menjadi kendaraan kalian untuk meraih mimpi di masa depan ujar Nadiem
Hari Kebangsaan 2021 Tun M Ajak Rakyat Ambil Iktibar Bersatumenerajui

Hari Kebangsaan 2021 Tun M Ajak Rakyat Ambil Iktibar Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 261 hits
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad percaya rakyat Malaysia mampu mengharungi semua cabaran yang dihadapi Tetapi kata Ahli Parlimen Langkawi itu penting untuk kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku SUBSCRIBE now ...
Pm Cadang Konsep Keluarga Malaysia Ajak Ahli Dewan Rakyat Bersatu

Pm Cadang Konsep Keluarga Malaysia Ajak Ahli Dewan Rakyat Bersatu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 248 hits
MALAYSIAKINIIsmail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan awam pertamanya sebagai perdana menteri hari ini menyeru semua ahli Dewan Rakyat untuk bersatu dan menggembleng tenaga sebagai keluarga Malaysia untuk memulihkan semula negara Ismai...
Jauh Ketinggalan Rakyat Sabah Tak Rasa Merdeka Yang Sama

Jauh Ketinggalan Rakyat Sabah Tak Rasa Merdeka Yang Sama

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 209 hits
Kain rentang yang dinaikkan penduduk Taman Bandar Sierra dan Taman Rimba di Telipok pada April KOTA KINABALU Apabila Yami Baga menonton televisyen beliau merasa sedikit terkilan melihat iklan Hari Merdeka yang menayangkan orang ramai gembir...
Mof Ajak Rakyat Kongsi Cadangan Untuk Bajet 2022

Mof Ajak Rakyat Kongsi Cadangan Untuk Bajet 2022

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 171 hits
Pandangan boleh dibuat selewat lewat pada 15 September ini BANGI Kementerian Kewangan hari ini mengajak seluruh rakyat berkongsikan cadangan untuk Bajet 2022 yang bakal dibentangkan pada Oktober depan Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abd...
Agong Seru Rakyat Pemimpin Bersatu Tolak Perbezaan Untuk Merdeka Daripada Wabak

Agong Seru Rakyat Pemimpin Bersatu Tolak Perbezaan Untuk Merdeka Daripada Wabak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 392 hits
PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah usaha memerdekakan negara dari wabak Covid 19 memerlukan kesepaduan dan kesatuan seluruh rakyat pemimpin serta kerajaan dengan menolak perbezaan pendapat serta m...
Awani Ringkas Joe Biden Ikrar Bawa Pulang Rakyat As India Luluskan Vaksin Dna Pertama Usahawira

Awani Ringkas Joe Biden Ikrar Bawa Pulang Rakyat As India Luluskan Vaksin Dna Pertama Usahawira

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 237 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Annuar Musa Jemaah Menteri Baharu Tak Banyak Berubah Wakil Rakyat Henti Ugutan

Annuar Musa Jemaah Menteri Baharu Tak Banyak Berubah Wakil Rakyat Henti Ugutan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 272 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Semua pihak digesa berhenti daripada terus membuat ugutan kepada kerajaan selepas pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu kerana ia boleh menganggu perjalanan perancangan dalam usaha mendepan...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport