Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63


Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan pengalaman dimiliki Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan selama 17 bulan dalam pentadbiran sebelum ini nyata menyerlahkan kepimpinan dan kemampuannya. GAMBAR FAIL


KUALA LUMPUR: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berharap masalah semasa yang membelenggu rakyat dapat diberikan tumpuan dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Presidennya, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, kabinet baharu yang akan dilantik juga perlu beri tumpuan kepada isu Sabah dan Sarawak termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

‘’Jadi saya harap dengan penyelesaian kemelut politik itu, bolehlah kita menumpukan perhatian kepada isu-isu dan masalah yang kita hadapi sekarang, iaitu pandemik COVID-19 kerana kebajikan rakyat dan ekonomi.

‘’Dalam masa yang sama, saya berharap kabinet baru akan mengambil kira atau memberi tumpuan kepada isu Sabah dan Sarawak khususnya hak hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan dan juga MA63,’’ katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) wajar diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

ARTHUR JOSEPH KURUP, JEFFREY KITINGAN dan MAXIMUS ONGKILI Sementara itu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan pengalaman dimiliki Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan selama 17 bulan dalam pentadbiran sebelum ini nyata menyerlahkan kepimpinan dan kemampuannya.

“Sebelum ini, dia berjaya membuktikan tokoh kepimpinannya dan memainkan peranan sebagai Menteri Kanan Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri dalam memerangi pandemik COVID-19.

‘’Kami berkeyakinan Ismail Sabri mampu menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri dengan baik dan PBS akan terus bekerjasama dalam perkara-perkara melibatkan pembangunan dan keselamatan.

‘’Selain itu, kerjasama ini pastinya akan melibatkan keperluan keselamatan di Sabah dan Sarawak selain memberi tumpuan kepada penyelesaian Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),’’ katanya. Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat. Pemimpin Sabah sedia beri kerjasama dengan PM baharu Pemimpin politik Sabah sedia memberi kerjasama erat dengan Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan Kabinet yang bakal dibentuk.

Pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masing-masing menyifatkan pelantikan Ismail Sabri sebagai pilihan yang tepat berdasarkan sifat kepimpinan dan kemampuannya sebagai menteri kanan sebelum ini.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, sepanjang 17 bulan lalu, Ismail Sabri berpeluang menunjukkan sifat kepimpinan selaku Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kanan (Keselamatan). Malah, beliau memainkan peranan utama menguruskan pandemik Covid-19.

“Kami yakin Ismail Sabri akan melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dengan baik dan PBS sedia bekerjasama dengan beliau terutama dalam isu keselamatan di Sabah dan Sarawak serta menyelesaikan tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih tertangguh.

“Ismail Sabri sering bercakap tentang usaha memenuhi tuntutan MA63 dan menyokong keperluan Sabah dan Sarawak dan sekarang beliau akan mengambil alih tugas mempengerusikan Majlis Khas MA63 sebagai Perdana Menteri baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maximus, yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu ini berkata, tugas yang lebih penting ketika ini sebagai Perdana Menteri dan kerajaan adalah menangi peperangan terhadap pandemik Covid-19.

Sementara itu, Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, pelantikan Ismail Sabri itu akan membawa kepada kerjasama berterusan antara kerajaan Pusat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk dalam mengembalikan hak-hak Sabah.

“Selepas beberapa minggu pergolakan politik berlaku, saya harap isu siapa yang mendapat majoriti tidak akan dibangkitkan lagi kerana semua parti harus bekerjasama bagi meneruskan usaha menangani Covid-19.

“Saya juga mencadangkan Perdana Menteri dan kerajaan baharu akan mempertimbangkan bilik perang bipartisan untuk menangani Covid-19 dan menguruskan pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Turut senada menyokong pelantikan Ismail Sabri ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau yakin dengan kebolehan Ismail Sabri untuk menerajui negara berdasarkan pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan.

“Ketia ini, negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi menghadapi cabaran masa kini. Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti perlu memberi fokus kepada usaha-usaha untuk memerangi pandemik Covid-19, memulihkan semula ekonomi negara serta membantu rakyat berdepan dengan detik sukar ini.

“Semua parti-parti politik diminta untuk mengenepikan perbezaan dan kembali bertaut demi rakyat bagi menyelesaikan isu-isu semasa yang sedang melanda negara,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/pemimpan-sabah-harap-ismail-sabri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harap Ismail Sabri Tidak Abai Hak Sabah Sarawak

Harap Ismail Sabri Tidak Abai Hak Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 224 hits
Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan di hadapan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah KUALA LUMPUR Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kepimpinan baharu Perseku...
Raja Perlis Harap Pelantikan Ismail Sabri Bawa Kestabilan Negara

Raja Perlis Harap Pelantikan Ismail Sabri Bawa Kestabilan Negara

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 180 hits
KANGAR Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan akan membawa kepada kestabilan negara Baginda juga berharap Ismail Sabri mampu mengurus dan me...
Kabinet Besi Buruk Ismail Sabri Gagal Fahami Kebencian Rakyat

Kabinet Besi Buruk Ismail Sabri Gagal Fahami Kebencian Rakyat

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 300 hits
Melihat senarai menteri dan timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi kesimpulan paling jelas ia langsung tidak menampakkan sebarang perubahan dan pembaharuan Seolah olah kabinet yang dibentuknya ini tida...
Hari Pertama Pun Sudah Jadi Lauk Hari2 Seterusnya Pasti Ismail Sabri Adalah Makanan Kemarahan Rakyat

Hari Pertama Pun Sudah Jadi Lauk Hari2 Seterusnya Pasti Ismail Sabri Adalah Makanan Kemarahan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 200 hits
Semalam adalah hari pertama Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri menggantikan Mahiaddin Md Yasin Sepatutnya hari pertama memulakan tugas sebagai ketua kerajaan satu jawatan yang barangkali tidak pernah diimpikan ma...
Wakil Umno Sabah Dijangka Barisi Kabinet Baharu Pimpinan Ismail Sabri

Wakil Umno Sabah Dijangka Barisi Kabinet Baharu Pimpinan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 633 hits
Esok Ismail Sabri secara rasmi bakal memulakan tugasnya di pejabat Perdana Menteri dan mulai esok juga kemelut baharu pula menyusul dalam politik kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri iaitu mencari calon anggota Kabinet Kota Kinabalu Naib P...
Bukan Senang Jadi Ismail Sabri Yaakob

Bukan Senang Jadi Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 302 hits
Oleh kerana saya tidak bersama wakil media di pintu Istana Negara semalam ketika Raja Raja Melayu bermesyuarat untuk membincangkan soal siapa akan dilantik Perdana Menteri yang ke 9 saya perlu berpandukan laporan berita untuk memulakan arti...
Ismail Sabri Naik Meroket Turun Biarlah Macam Peracut

Ismail Sabri Naik Meroket Turun Biarlah Macam Peracut

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 358 hits
ULASAN PETANGIsmail Sabri sedang angkat sumpah AHLI Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob 61 telah mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri ke 9 Apa yang berlaku tidak perlu ditakwil takwi lagi Sudah muktamad khalas Ismail Sabri adala...
Hiburan Nak Hidup Normal Macam Sebelum Ni Ashraf Muslim Ucap Tahniah Pada Datuk Seri Ismail Sabri

Hiburan Nak Hidup Normal Macam Sebelum Ni Ashraf Muslim Ucap Tahniah Pada Datuk Seri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 294 hits
Pelakon Ashraf Muslim dedikasikan ucapan tahniah buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diatas perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang ke 9 berkuat kuasa semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Ashraf di dalam hantaran yang dibuat o...
All The Best Ismail Sabri

All The Best Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 266 hits
There is a tradition in America where the outgoing president leaves a handwritten note in the Oval Office for his successor whether or not they come from the same party and sometimes even for the person who had just beat the outgoing presid...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation