Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik Pembersihan Amalan Ketirisan Pm Anwar


Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik, Pembersihan Amalan Ketirisan – PM Anwar
SANDAKAN, (Bernama) — Pelaksanaan subsidi harga petrol RON95 pada harga RM1.99 untuk rakyat Malaysia, hasil daripada usaha tatakelola pentadbiran yang baik serta pembersihan amalan ketirisan kewangan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata usaha menurunkan harga petrol untuk dinikmati rakyat itu, janji PKR dan Pakatan Harapan sejak dahulu dan ia akan direalisasikan menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Beliau berkata usaha itu dapat direalisasikan atas tekad Kerajaan MADANI dalam memastikan negara ditadbir dengan telus, serta amalan pengurusan kewangan negara yang baik dan membasmi rasuah.
“Ini janji kita sejak dahulu. Tetapi kita ambil masa (untuk realisasikan), hutang (negara) terlalu banyak, rasuah berleluasa, ketirisan dan kehilangan wang juga terlalu besar.
“Sebab itu saya bersama rakan-rakan dalam Jemaah Menteri dan kepimpinan, telah mengambil keputusan untuk clear the mess. Negara kita sebenarnya boleh jadi kaya, tetapi hanya jika kita ada sikap yang bersih dan jujur. Kalau tidak, kita tidak akan senang,” kata beliau.
Anwar yang juga Presiden PRK berkata demikian ketika berucap pada Program Rapat Umum dan Himpunan Keadilan sempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Yu Yuan, di sini malam tadi.
BACA: MARA Bantu Ringankan Beban Pengajian Adik Alis Di UPSI Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.
Pada Isnin, Anwar mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM2.05 seliter bermula 30 Sept bagi rakyat tempatan, tanpa mengambil kira tahap pendapatan menerusi BUDI95.
Di bawah program itu, anggota polis dan tentera akan mula menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter esok (Sabtu) manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada Ahad, sebelum diperluas kepada seluruh rakyat Malaysia pada 30 Sept.
Anwar berkata tiada negara termasuk negara pengeluar petrol yang menurunkan harga untuk rakyat mereka, sebaliknya Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga petrol untuk dinikmati rakyat.
“Arab Saudi antara pengeluar petrol terbesar dunia pun harga RM2.60 seliter, tapi Malaysia RM1.99 seliter untuk warganegara. Untuk warga asing kita beri harga RM2.60.
“Ini usaha terbaik yang kita boleh buat untuk rakyat keseluruhannya,” kata beliau.
Beliau berkata menerusi BUDI95 kerajaan dijangka mendapat penjimatan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion dan hasil penjimatan itu akan disalurkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai bantuan lain.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan bulan depan akan menggariskan lebih banyak bantuan dan inisiatif untuk dinikmati rakyat.
Sumber: Bernama
The post Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik, Pembersihan Amalan Ketirisan – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/27/janji-turun-harga-petrol-direalisasi-hasil-tatakelola-baik-pembersihan-amalan-ketirisan-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Ulangi Jaminan Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Menjelang Akhir Bulan Ini

Pm Anwar Ulangi Jaminan Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Menjelang Akhir Bulan Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2330 hits
PM Anwar Ulangi Jaminan Harga RON95 Turun Kepada RM1 99 Seliter Menjelang Akhir Bulan Ini JOHOR BAHRU 13 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1 99 seliter menjel...
Bagi Yang Nak Kena Qazaf Ini Kes Anwar Pemfitnah Dan Harga Diri

Bagi Yang Nak Kena Qazaf Ini Kes Anwar Pemfitnah Dan Harga Diri

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1317 hits
Oleh Zunar Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media terutama media arus perdana Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mul...
Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 5738 hits
YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025 Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 untuk manfaat rakyat Kerajaan MADA...
Turun Anwar Tapi Lain Yang Turun Terima Kasih Ds Anwar Berita Baiknya

Turun Anwar Tapi Lain Yang Turun Terima Kasih Ds Anwar Berita Baiknya

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1649 hits
Bermula 30 September ini seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1 99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam atau menerusi aplikasi stesen minyak Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota...
Minyak Petrol Ron95 Pada Harga Rm1 99 Seliter Apa Anda Perlu Tahu

Minyak Petrol Ron95 Pada Harga Rm1 99 Seliter Apa Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 2533 hits
Original Content Harga Minyak RM1 99 Seliter Harga petrol RON95 bakal menyaksikan penurunan bermula 30 September ini apabila kerajaan mengumumkan kadar baharu sebanyak RM1 99 seliter berbanding harga semasa RM2 05 seliter Inisiatif ini dium...
Anwar Trump Set To Witness Trade Pact Signing At Next Month S Asean Summit

Anwar Trump Set To Witness Trade Pact Signing At Next Month S Asean Summit

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 352 hits
Investment trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz says both countries have agreed on the core elements and are finalising the agreement Prime Minister Anwar Ibrahim and US president Donald Trump are expected to meet when Malaysia ho...
Federal Sabah Ties Must Stay Strong Says Anwar

Federal Sabah Ties Must Stay Strong Says Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1109 hits
The prime minister says this is essential to accelerate development in critical areas such as roads schools and healthcare facilities in the state Prime Minister Anwar Ibrahim said there must be continued and strengthened cooperation betwee...
Kerjasama Persekutuan Sabah Perlu Kekal Kukuh Selepas Pilihan Raya Negeri Pm Anwar

Kerjasama Persekutuan Sabah Perlu Kekal Kukuh Selepas Pilihan Raya Negeri Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 474 hits
Kerjasama Persekutuan Sabah Perlu Kekal Kukuh Selepas Pilihan Raya Negeri PM Anwar KOTA KINABALU 26 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Sabah terus diperkukuh dan s...
Dr M Presses Anwar To Bar Trump Calls Him Enabler Of Atrocities

Dr M Presses Anwar To Bar Trump Calls Him Enabler Of Atrocities

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 558 hits
Dr Mahathir Mohamad has called on his successor Prime Minister Anwar Ibrahim to rescind the invitation extended to United States President Donald Trump to attend the Asean Summit in Kuala Lumpur I appeal to Anwar to revoke the invitation to...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Attention

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Rumah Menanti Cahaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Revolusi Perjalanan Ets3 Pendekkan Masa Perjalanan Kl Jb

Akmal Saleh Batalkan Hasrat Tunai Haji Serah Rm120 000 Untuk Rawatan Hati Adik Medina