Bagi Yang Nak Kena Qazaf Ini Kes Anwar Pemfitnah Dan Harga Diri




Oleh Zunar 






Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.


Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.


Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (Timbalan Perdana Menteri ketika itu). 


Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang AS$200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan hubungan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.
Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.
Azizan mengaku tidak diliwat


Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham) mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.


Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.


Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:


Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"
Azizan: "Ya"
Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"
Azizan: "Saya tak tahu".
Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"
Azizan: "Ya".
Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"
Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).


Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.


Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.
Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai-pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.


Kes Fitnah II 


Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri (PM).


Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondominium. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.


Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik ke dalam anusnya.
Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.


Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan tetapi dia enggan berbuat demikian.


Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan, bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.


Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-duanya enggan.  
Warga asing lebih berprinsip


Apa persamaan antara keempat-empat nama di atas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.


Jamal Amro ditawarkan sekitar RM838,000 hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihan raya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.


Saya catatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.


Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.


Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.


Secara moral, kita semakin terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/bagi-yang-nak-kena-qazaf-ini-kes-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keh Keh Keh Nak Kata Apa Ntahkang Dosa Kalau Kata Pilih Pm Macam Ni Boleh Melingkup Oooo Kes Kasa Camana

Keh Keh Keh Nak Kata Apa Ntahkang Dosa Kalau Kata Pilih Pm Macam Ni Boleh Melingkup Oooo Kes Kasa Camana

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 1982 hits
Aman MuhammadKalau orang macam ni adalah bakal PM dari PAS maka demi Allah negara akan rosak teruk melingkup jika golongan ruwaibidoh seperti ini menjadi PM 1 Orang ini akhirnya mengaku bahawa apa yang berlaku adalah perbuatan kerajaan terd...
Papagomo Diperintah Bela Diri Kes Hasut Datangkan Kebencian Terhadap Agong

Papagomo Diperintah Bela Diri Kes Hasut Datangkan Kebencian Terhadap Agong

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 867 hits
Malaysiakini nbsp Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membela diri atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di Pertu...
Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1703 hits
Duo pereka fesyen Razman Razmi meluahkan rasa terkilan selepas nama mereka dikaitkan dengan kontroversi pereka fesyen yang didakwa gemar menayang kemewahan tetapi enggan membayar hutang Menerusi Instagram Story Razman dan Razmi menafikan me...
Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik Pembersihan Amalan Ketirisan Pm Anwar

Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik Pembersihan Amalan Ketirisan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 791 hits
Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik Pembersihan Amalan Ketirisan PM Anwar SANDAKAN Pelaksanaan subsidi harga petrol RON95 pada harga RM1 99 untuk rakyat Malaysia hasil daripada usaha tatakelola pentadbiran yang baik s...
Kes Pelajar Dibuli Hingga Murung Cederakan Diri Dalam Tindakan Kpm Fadhlina Kosmo 27 09 2025

Kes Pelajar Dibuli Hingga Murung Cederakan Diri Dalam Tindakan Kpm Fadhlina Kosmo 27 09 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 859 hits
SEBERANG PERAI Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan segera berhubung kes buli melibatkan mangsa seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Hulu Langat Selangor yang didakwa mengalami tekanan emosi serius termasuk menunj...
Takat Nak Jumpa Tu Bagi Ja Jumpa Aku Rasa Pm Anwar Bagi Ja Nak Tunggu Dia Mai Baru Nak Cakap Poooodah

Takat Nak Jumpa Tu Bagi Ja Jumpa Aku Rasa Pm Anwar Bagi Ja Nak Tunggu Dia Mai Baru Nak Cakap Poooodah

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 109 hits
Sejujurnya abam ni tak mahu respon dan tak berminat nak ulas pon kenyataan PAS nih Sebab semua dah tahu PAS ni memang terkenal dgn kerja menunggang Cumanya yg abam nak sentuh sikit adalah walatoksakatua Kebelakangan ini walatoksakatua telah...
Pm Anwar Ulangi Jaminan Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Menjelang Akhir Bulan Ini

Pm Anwar Ulangi Jaminan Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Menjelang Akhir Bulan Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2250 hits
PM Anwar Ulangi Jaminan Harga RON95 Turun Kepada RM1 99 Seliter Menjelang Akhir Bulan Ini JOHOR BAHRU 13 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1 99 seliter menjel...
Nak Tunjuk Apa Mp Qazaf Ni Pada Perwakilan Baik Hang Usul Ekonomi Macamana Hangpa Nak Bagi Unyuk Negeri Sg 4

Nak Tunjuk Apa Mp Qazaf Ni Pada Perwakilan Baik Hang Usul Ekonomi Macamana Hangpa Nak Bagi Unyuk Negeri Sg 4

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1414 hits
Alif JamilAlhamdulillah PAS harini semakin berevolusi Dulu perjuangan RUU355 Sekarang perjuangan RXZ 135 Dulu slogan Islam Memimpin Sekarang RXZ konar baring Syukur abam tengok muktamar harini dah menjadi seperti konvoi club permotoran Moga...
Ex Mic Man Slams Pmx For Ushering In Deepavali Two Days Too Soon Use Open House To Make Political Statement

Dap Slams Pas Mp For Likening Malaysia To Palestine Calls Remarks Extreme

Kucing Pun Suka Makan Telur

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Lirik Lagu Kumbang Bunga Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza Dan Lesti

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl Park Festival 2025

Retro Rubber The Best Modern Tires For Your Vintage Build

Everyman Tracker Build Pt 9 Concluding Our Honda Cb550 Project

Andra Respati Feat Gisma Wandira Bertahan Di Tengah Ragu Chord

Jangan Sampai Salah Ini 7 Cara Memilih Laptop Terbaik Sesuai Kebutuhan Kamu

Dalca Kambing Angah Roti Jala Cik Ani