Kerjasama Persekutuan Sabah Perlu Kekal Kukuh Selepas Pilihan Raya Negeri Pm Anwar


Kerjasama Persekutuan, Sabah Perlu Kekal Kukuh Selepas Pilihan Raya Negeri – PM Anwar
KOTA KINABALU, 26 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Sabah terus diperkukuh dan sentiasa berada dalam keadaan baik selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Anwar berkata hal ini penting bagi memastikan Kerajaan MADANI berupaya untuk membantu Sabah mempercepat pelaksanaan pembangunan negeri termasuk dalam aspek infrastruktur jalan raya dan prasarana sekolah serta hospital yang lebih baik demi manfaat rakyat secara keseluruhan.
“Hubungan kerajaan Persekutuan dan negeri mesti baik supaya lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan untuk faedah rakyat. Apabila ada kuasa, kita mesti lakukan sebaik mungkin untuk negara dan rakyat.
“Impian saya adalah untuk rakyat bersatu dan memastikan anak-anak sama ada di Kuala Lumpur mahupun di Kelantan atau Keningau, Kota Marudu, Inanam dan semua kawasan di Sabah merasakan mereka ada peluang dan harapan di dalam negara Malaysia,” kata beliau.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian ketika berucap pada Program Rapat Umum dan Himpunan Keadilan bersempena dengan 27 Tahun Reformasi di Dewan Pisompuruan, Kampung Kobuni di Inanam, dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merangkap Ketua Penerangan PKR dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud yang juga Pengerusi PKR Sabah.
Anwar berkata beliau sentiasa peka dengan keperluan Sabah serta Sarawak bukan hanya dalam aspek pembangunan dan kebajikan rakyat kedua-dua negeri itu, tetapi juga usaha untuk merealisasikan tuntutan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau berkata banyak perkara dalam MA63 telah ditunaikan dan sedang dibincangkan untuk direalisasikan selepas Kerajaan MADANI menerajui kerajaan Persekutuan termasuk penambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
“Dalam mesyuarat (Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963) di Kuching, Sarawak baru-baru ini, saya meluluskan untuk menambah bilangan kerusi bagi Sabah dan Sarawak. Perkara ini telah dibincangkan sejak berpuluh tahun lepas, namun dapat direalisasikan ketika saya jadi Perdana Menteri,” kata beliau.
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Sabah akan mendapat berita gembira dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Okt ini.
“Walaupun saya anak Pulau Pinang, peruntukan untuk negeri Sabah adalah yang tertinggi. Ini untuk menyelesaikan segala projek pembangunan yang belum selesai dan sedang dalam proses pembinaan seperti air, elektrik dan jalan raya,” kata Anwar.
Justeru, Perdana Menteri mahu hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan semua negeri termasuk Sabah diperkukuh supaya pembangunan termasuk komitmen membasmi kemiskinan rakyat dapat dilaksanakan secara lebih efisien.
Anwar juga yakin Pakatan Harapan (PH) akan menjadi penentu kepada pembentukan pentadbiran kerajaan negeri Sabah selepas pilihan raya negeri akan datang meskipun jumlah kerusi ditandingi oleh gabungan parti itu tidak banyak.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita Anwar berkata PH kekal dengan pendirian untuk meneruskan kerjasama politik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN Sabah akan datang.
Sumber: BERNAMA
BACA: Ini Pilihan Warna Baju & Tudung Yang Betul Untuk Ambil Gambar IC  The post Kerjasama Persekutuan, Sabah Perlu Kekal Kukuh Selepas Pilihan Raya Negeri – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/26/kerjasama-persekutuan-sabah-perlu-kekal-kukuh-selepas-pilihan-raya-negeri-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Begins Two Day Visit To Sabah

Pm Anwar Begins Two Day Visit To Sabah

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 325 hits
KOTA KINABALU Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim who is also PKR president is on a two day visit to Sabah starting Friday He is scheduled to arrive at Kota Kinabalu International Airport this afternoon before attending three PKR gather...
Federal Sabah Ties Must Stay Strong Says Anwar

Federal Sabah Ties Must Stay Strong Says Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 957 hits
The prime minister says this is essential to accelerate development in critical areas such as roads schools and healthcare facilities in the state Prime Minister Anwar Ibrahim said there must be continued and strengthened cooperation betwee...
Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 718 hits
TAWAU Parliamentary seats in Sabah and Sarawak will be increased said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim He said that the two states had previously requested additional parliamentary seats in a meeting regarding the 1963 Malaysia Agree...
Lawatan Pm Anwar Ke Bwberapa Kawasan Terjejas Banjir Di Sabah

Lawatan Pm Anwar Ke Bwberapa Kawasan Terjejas Banjir Di Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1186 hits
Saya turun ke beberapa kawasan di Sabah petang tadi untuk meninjau sendiri kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di negeri ini Terkesan melihat keadaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan pangsapuri C...
Pm Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan

Pm Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1383 hits
PM Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan KOTA KINABALU 19 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah serta membaik pulih keros...
Pru16 Tin Milo Tak Cukup Pas Upgrade Ke Tong Drum Gegar Pilihan Raya Idris Ahmad

Pru16 Tin Milo Tak Cukup Pas Upgrade Ke Tong Drum Gegar Pilihan Raya Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 496 hits
Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad berkata partinya sudah menggerakkan kutipan derma sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 Idris yang juga Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan jentera Perikatan Nasional kini mula digerakkan le
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belian Online Amway Ramai Tak Tahu Cara Paling Jimat Ini

Ultimate Healthy Ground Beef Recipes Bodybuilding

Makam Pahlawan Mat Kilau

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam