Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Baru Nak Ubah Tekstur Makanan Anak Nak Elak Tercekik Tersedak
Bila dah masuk enam bulan mama memang dah teruja nak bagi anak-anak makan. Dari awal memang dah usha apa menu yang sesuai untuk diberi kepada anak-anak. Yang penting ia berkhasiat dan baik untuk tumbesaran mereka.
Bila anak dah boleh makan, itulah masanya untuk ibu-ibu terokai pelbagai makanan untuk diberikan kepada si kecil yang baru belajar makan. Dalam satu perkongsian oleh pakar pemakanan Fizah Sobri menerangkan bila masanya yang sesuai untuk ubah tekstur makanan anak supaya risiko tersedak atau tercekik dapat dikurangkan.
JANGAN TUNGGU GIGI TUMBUH BARU NAK UBAH TEKSTUR MAKANAN.
Kes cekik, kes tersedak ada terjadi dan ini akan menjadi sumber ketakutan dan kerisauan kepada mommies dan daddies untuk ubah tekstur makanan anak terutamanya yang antara 6-12bulan.
Tapi jangan tunggu ada gigi baru nak ubah tekstur.
Sebab
1. Kadar pertumbuhan gigi adalah berbeza dengan setiap anak.
Ada anak yang cepat dan ada anak yang lambat. Ada kes tumbuh gigi 4 bulan ada yang tumbuh gigi usia 1 tahun, takkan nak bagi makan bertekstur waktu macam tu?
2. Gusi baby memang dah kuat..hanya ibu kut yang merasa sebab kalau anak gigit waktu breastfeeding..adoiii menangis..
Gusi mereka kuat nak kunyah makanan..tapi bukan maksud makanan macam kita..tapi makanan yang bertekstur.
3. Baby perlu berkembang dan stimulasi seiiring dengan umur mereka ye
Kenapa kena tukar tekstur?
Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa?
Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun
Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang
Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah
6-7 BULAN PURI, CAIR, KISAR HALUS
– baby belajar merasa makanan dan telan
– sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
– transition dari susu ke makanan pelengkap
– jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup
– tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
7-8 BULAN : LENYEK, KISAR KASAR
– bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
– lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’
– sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
– transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan
– kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan
8-10 BULAN : CINCANG KASAR
– kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
– melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
– makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
– kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
– dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
10 -12 BULAN : POTONGAN KECIL/KIUB LEMBUT
– bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
– anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
– kuantiti 5 – 7 sudu besar
– memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
12 BULAN KE ATAS
– Sama seperti makanan dewasa
– anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri
– jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita
– sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun.
Ubahla tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak
Apa apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku.
Contoh 3x makan puri semasa nak introduce tekstur baru
Hari pertama bagi 1x makan lenyek 2x puri
Keesokan hari 2x lenyek dan 1x puri
Seterusnya 3x lenyek
Jangan risau rumah bersepah atau lantai makan lagi banyak dari anak..tu senang je nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah
Sekian
Dietitian fizah sobri
sumber: Fizah Sobri
The post Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Baru Nak Ubah Tekstur Makanan Anak, Nak Elak Tercekik & Tersedak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/jangan-tunggu-gigi-tumbuh-baru-nak-ubah-tekstur-makanan-anak-nak-elak-tercekik-tersedak/