Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut Lagi Lagi Pada Anak Kecil Ini Sebabnya


Setiap kali terkena ulser mulut atau mata ikan, sudah pasti semua akan jadi serba tidak kena bukan? Hendak makan dan minum pun payah!Ini kerana walaupun ia mungkin kelihatan kecil sahaja namun kepedihan yang disebabkannya adalah sangat mengganggu.
Disebabkan itu, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan pelbagai cara merawat ulser pada mulut ini haruslah dicuba. Di sinilah hadirnya manfaat ubat gel mulut.

Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut atau lebih dikenali sebagai mata ikan dalam kalangan masyarakat kita adalah sejenis kondisi di mana muncul tompok berwarna putih pada kawasan oral.
Kebiasaannya, ia akan muncul di bibir, gusi, lidah, dalam pipi atau pada tekak dan akan mengakibatkan kepedihan apabila sesuatu menyentuhnya. Ia akan berlaku apabila lapisan permukaan kulit pada kawasan oral ini terhakis atau terluka lantas mendedahkan deria kesakitan pada anasir luar.
Berita baiknya, kepedihan yang dialami akibat mata ikan selalunya tidaklah begitu lama kerana ia boleh sembuh secara sendiri dalam masa beberapa hari atau minggu.
Ramai yang mengaitkannya dengan dehidrasi akibat tidak cukup minum air putih! Selain itu, apa punca ia berlaku agaknya ya?
Puncanya?
Seperti yang sudah selalu dimomokkan kepada kita, mata ikan mungkin boleh terjadi akibat mulut yang terlalu kering ekoran dehidrasi akibat tidak cukup minum air.
Dalam pada itu, kondisi ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah:
Pemakaian gigi palsu atau pendakap gigi Kecederaan ketika memberus atau memflos gigi Kelecuran akibat makanan atau minuman yang panas dan kasar Kerengsaan akibat penggunaan antiseptik yang kuat seperti ubat kumur Kedudukan gigi yang tidak rata dan tajam Jangkitan virus seperti virus herpes simplex Tergigit bahagian dalam mulut secara tidak sengaja Mengalami reaksi alahan terhadap ubatan tertentu Ruam kulit di mulut (lichen planus) Perubahan hormon tubuh badan Penyakit jangkitan kelamin (STD) Penyakit autoimun Penyakit gastrousus Kanser mulut
Ternyata, mata ikan juga boleh menjadi indikator kepada penyakit lain yang mungkin boleh mendatangkan mudarat sekiranya tidak dirawat dengan segera!
Ini cara merawat ulser mulut yang berkesan!
sindrom mulut terbakar
Disebabkan kondisi ini sangat kerap berlaku, terdapat pelbagai cara merawat ulser mulut yang boleh dicuba sama ada secara moden atau tradisional. Selain mendapatkan ubatan daripada doktor, anda mungkin mahu cuba merawatnya dengan bantuan unsur semula jadi seperti berikut:
Garam Madu Mentega Santan Ais Minyak kelapa Soda penaik Cara menggunakannya juga adalah amat mudah iaitu hanya dengan menyapukan bahan-bahan ini pada kawasan oral yang terkena mata ikan. Dalam pada itu, ada satu ubat gel yang sangat popular digunakan sebagai cara merawat ulser mulut dan sangat mudah ditemui iaitu bonjela.
Namun, ada sesuatu yang anda perlu tahu mengenai ubat ini menurut Public Health Malaysia!
Guna ubat gel bonjela rawat ulser mulut?
Buat anda yang mungkin belum tahu, bonjela adalah ubat gel yang digunakan untuk mengurangkan dan mengebaskan kesakitan ulser mulut. Produk ini mengandungi salicylate salts iaitu sejenis bahan kimia mempunyai kesan yang sama dengan Aspirin.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ubat gel ini dicipta sebagai ubat tahan sakit dan kesannya sangat efektif. Pun begitu, ada satu berita terbaharu yang terjadi di luar negara telah menggemparkan dunia berkaitan ubat gel bernama bonjela ini.
Seorang bayi dari New Zealand hampir maut setelah mengalami salicylate overdose selepas disapu cecair bonjela berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Ibu bapanya melakukan hal sedemikian ekoran ingin mencuba merawat mata ikan yang dialami si kecil mereka.
Malangnya, bayi berusia 7 bulan itu secara tiba-tiba sahaja berhenti bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Berita baiknya, bayi malang itu dapat diselamatkan namun ia menunjukkan bahawa ubat gel ini sebenarnya adalah kurang selamat untuk diambil.
Ini terutamanya jika ia disapu secara berulang kali dalam tempoh waktu yang singkat dan diberikan kepada golongan bayi atau kanak-kanak. Medicines & Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran sejak tahun 2006 lagi agar ubat ini digunakan secara terkawal. Ada risiko yang memungkinkan golongan kanak-kanak menghidapi Sindrom Reye sekiranya produk ini tidak digunakan secara terkawal dan berwaspada.
Kesimpulannya, kita masih boleh sapu ubat gel dalam mulut tapi jangan gunakannya berulang-ulang dalam tempoh yang singkat. Dapatkan juga konsultasi doktor pediatrik sebelum menggunakan ubat gel pada anak kecil.
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

The post Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut, Lagi-lagi Pada Anak Kecil! Ini Sebabnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-terus-sapu-ubat-gel-jika-terkena-ulser-mulut-lagi-lagi-pada-anak-kecil-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bahaya

Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bahaya

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 270 hits
Kegagalan sesetengah ibubapa memberikan imunisasi kepada anak anak bukan saja menyebabkan risiko kesihatan kepada anak itu sendiri malah juga kepada kanak kanak lain Jangan risikokan anak kecil kita Biarkan mereka hidup sihat atas pilihan y...
Anak Kerap Demam Hidung Tersumbat Jangan Abaikan Elemen Pengudaraan Penting

Anak Kerap Demam Hidung Tersumbat Jangan Abaikan Elemen Pengudaraan Penting

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 322 hits
Bergelar ibu dan bapa sebenarnya bukan mudah Bukan hanya melihat setiap perkembangan anak bahkan pelbagai perkara perlu diberikan perhatian Berdepan dengan masalah anak tidak sihat demam dan sebagainya menjadi salah satu cabaran terawal bag...
Lepas Kafan Muka Saya Jangan Tutup Tunjuk Kepada Anak Saya Beritahu Kepadanya Ibu Imran Sudah Mati

Lepas Kafan Muka Saya Jangan Tutup Tunjuk Kepada Anak Saya Beritahu Kepadanya Ibu Imran Sudah Mati

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 253 hits
Tular dimedia sosial sepucuk surat terakhir yang ditulis oleh seorang ibu sebelum meninggal dunia meminta jenazahnya dikafankan di hospital dan memaklumkan kepada anaknya seorang OKU bahawa beliau telah meninggal dunia mengundang rasa sebak...
Rushing Pagi Hari Buat Mood Anak Tak Baik Jangan Biasakan Biar Anak Cool

Rushing Pagi Hari Buat Mood Anak Tak Baik Jangan Biasakan Biar Anak Cool

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 293 hits
Bila anak buat hal di pagi hari moody dan sebagainya kita sendiri rasa tak selesa Makin bertambah lambat jadinya Jadi jangan rosakkan mood pagi hari anak Biar anak tenang tenang saja menikmati waktu paginya Parenting Influencer turut berkon...
Jangan Pandang Pelik Kalau Ada Ibu Ayah Guna Tali Ikat Tangan Anak Ini Sebabnya

Jangan Pandang Pelik Kalau Ada Ibu Ayah Guna Tali Ikat Tangan Anak Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 291 hits
Berbanding di luar negara tidak banyak ibu bapa di Malaysia yang menggunakan tali ikat tangan anak atau child leash semasa berada di luar Tetapi perlu ke memakaikan tali keselamatan untuk kanak kanak ini Pemakaian tali ikat tangan anak Chil...
Anak Kerap Demam Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak Jadi Tak Selesa Jangan Biarkan

Anak Kerap Demam Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak Jadi Tak Selesa Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 359 hits
Selalu sangat anak kita demam dan mengadu sakit tekak Jangan dibiarkan jika anak kerap demam sepanjang setahun berkemungkinan anak berdepan masalah lain Masalah tonsil antara salah satu yang tidak boleh dipandang ringan Menurut Pakar Bedah ...
Dah Besar Tapi Ada Anak Tak Pandai Pakai Baju Sendiri Jangan Paksa Ajar Teknik Ni

Dah Besar Tapi Ada Anak Tak Pandai Pakai Baju Sendiri Jangan Paksa Ajar Teknik Ni

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 283 hits
Melatih anak memakai dan menanggalkan baju sendiri bukanlah mudah Ada anak mula rasa rendah diri bila tidak dapat menyarung baju sendiri Satu tanggungjawab besar buat dirinya Sudahnya bila gagal anak mula malas untuk mencuba Berilah galakan...
Anak Demam Mandi Mula Dari Kaki Jangan Guna Air Sejuk Risau Lagi Serius

Anak Demam Mandi Mula Dari Kaki Jangan Guna Air Sejuk Risau Lagi Serius

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 352 hits
Jika anak demam JANGAN lakukan sponging menggunakan air terlalu sejuk atau mandikan bagi berendam berendam dalam air sejuk atau berais Hypothermia boleh berlaku Bahaya Ini mungkin baru kita dengar Tapi ia bukan mitos Anak demam memang antar...
Swab Test Bukan Perkara Mudah Buat Anak Kecil

Swab Test Bukan Perkara Mudah Buat Anak Kecil

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 318 hits
Sekalipun tak kasihankan diri sendiri tolong kasihankan mereka yang lain Terutamanya untuk anak anak yang masih kecil Mak cik kira beruntung kerana balik sahaja dari luar negara terus berkuarantin di rumah sendiri Kemudahan banyak Bila lapa...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Berpeluh Sewaktu Tidur Normal Bahaya Atau Tanda Awal Penyakit

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility