Jangan Sorok Akaun Tabung Masjid


PENDEDAHAN Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kekerapan menerima aduan orang ramai berkaitan penyelewengan kutipan dana dan tabung masjid sejak akhir-akhir ini yang disifatkan semakin serius amat menggusarkan.

Manakan tidak, sampai ke tahap hal berkaitan sumbangan dana tabung masjid pun nak diselewengkan. Sesuatu yang tak dijangka oleh akal manusia yang waras tetapi tidak mustahil berlaku.

Kata Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd. Noor, ada sesetengah kes pihaknya membuka kertas siasatan, namun keba­nyakannya rungutan tanpa laporan lengkap.

“Bagi saya, perkara ini serius, saya harap orang ramai sama ada ahli jawatankuasa (AJK) masjid atau ahli kariah dapat datang terus ke SPRM dan berbincang dengan pegawai kami, barulah boleh tentukan hala tuju siasatan.

“Ini sekadar rungutan sahaja. Kami terima ketika pegawai berada di lapangan. Walaupun ia rungutan, kami tetap ambil perhatian serius.Kami masih memerlukan kerjasama orang ramai,” katanya kepada Utusan Malaysia di Seremban, kelmarin.

Masyarakat menaruh harapan yang tinggi kepada AJK masjid apabila menghulurkan dana atau sumbangan. Matlamatnya mahu melihat setiap ringgit yang disalurkan itu dibelanja untuk mengimarahkan masjid baik dari segi program keagamaan atau pun untuk pembangunan dan infrastruktur.

Justeru, janganlah hendaknya harapan itu dimusnahkan oleh tindakan pecah amanah oleh mana-mana orang yang dipertanggungjawab menguruskan rumah Allah. Tidak kira berapa pun nilainya waima 10 sen sekali pun, setiap wang masjid mesti dicatat masuk atau keluarnya oleh bendahari.

Sebab itulah sebahagian besar jabatan agama Islam negeri antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan kursus-kursus pengurusan kewangan kepada bendahari dan penolong bendahari masjid dan surau di negeri itu.

Kursus secara berkala itu diadakan untuk memberi ilmu dan kefahaman kepada AJK masjid tentang prosedur kewangan yang sepatutnya diamalkan dalam menguruskan masjid. Wang masjid tidak boleh digunakan sesuka hati.

Bagi mengelakkan penyelewengan, setiap transaksi wang masuk atau keluar mesti disertakan bil atau baucar pembayaran. Sebab itulah untuk mengira kutipan wang Jumaat pun mesti dilakukan secara berjemaah. Jangan hanya seorang atau berdua yang mengira duit.

Selain mengurangkan kemungkinan penyelewengan, ia juga lebih telus dan dapat mengelak berlakunya fitnah. Lebih-lebih lagi bagi masjid yang jumlah kutipan Jumaatnya mencecah puluhan ribu ringgit seminggu.

Syaitan itu tidak pernah leka dan lalai menjalankan misinya. Barangkali semasa kita dalam kesempitan wang terutama akibat kesan Covid-19, adakala kita boleh termakan dengan pujuk rayu syaitan. Akhirnya gelap mata dan menggelapkan wang masjid.

Ia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Iblis menjawab, kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (al-A’raf: 16-17)

SEMAK DAN IMBANG
Sedarlah bahawa menjaga dan melaksanakan amanah adalah tanda kesempurnaan iman. Tidak sempurna iman bagi seorang yang tidak amanah. Ia sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji.” (Riwayat Ahmad)

Dalam masa sama, AJK masjid disaran mempamerkan penyata kewangan kepada umum supaya lebih telus. Yang terbaik dipamerkan setiap bulan atau dua bulan sekali.

Yang lebih utama, setiap keputusan mengeluarkan perbelanjaan wang masjid hendaklah mendapat kelulusan mesyuarat AJK dan dibahaskan baik dan buruknya sebelum dibuat sebarang keputusan. Mesti ada kumpulan semak dan imbang dalam AJK.

Hal yang perlu juga diberi perhatian, dana yang didermakan itu hendaklah dimanfaatkan supaya pahala para penyumbang dapat digandakan. Janganlah pula wang tersebut disimpan sahaja dalam bank. Kita tak mahu melihat nazir atau AJK yang bangga dengan jumlah simpanan duit masjid tetapi tidak menggunakannya untuk manfaat para jemaah.

Jemaah yang menyumbang juga pasti gembira jika sumbangan mereka digunakan untuk membantu golongan terdesak dan memerlukan. Ini selain menampung pelbagai kuliah dan pengajian masjid.

Untuk itu, pihak masjid disaran menyediakan beberapa tabung yang menyatakan dengan jelas tujuan dana tersebut. Contohnya tabung untuk utiliti, tabung untuk asnaf, tabung untuk pembangunan masjid dan tabung umum.

Mengenai hal ini, mari kita hayati Syeikh Zakaria al-Ansari r.h yang bermaksud: Sekiranya seseorang itu memberikan beberapa dirham kepadanya dan berkata: ‘’Belilah buat diri kamu serban dengan wang ini atau bawalah serban ini ke dalam tempat mandi, atau (ucapan) seumpamanya, maka menjadi tuntutan kepadanya melakukan perkara tersebut bagi meraikan tujuan individu yang menyumbangkan (wang tersebut)”(Asna al-Mathalib, Zakariya Al-Ansari (2/479)

Beliau menambah: “Sekiranya seseorang (yang memberi duit) bertujuan untuk (orang yang diberikan wang tersebut) menutup kepalanya dengan serban dan membersihkannya, dengan cara membawanya masuk ke dalam bilik air, berdasarkan apa yang dia lihat dari orang tersebut dari sudut kepala terdedah (tidak tertutup) dan juga kekusutan serta kotoran yang terdapat pada badan orang tersebut.

“Sekiranya tidak, iaitu jika dia tidak menyertakan tujuannya (niat sedekah umum), seperti dia menyebut (gunakanlah wang) dalam bentuk penuh keluasan yang mengikut adat kebiasaan, maka tidak ditentukan wang tersebut untuk diguna pada perkara (yang ditetapkan itu). Bahkan dia (yang menerima wang) memilikinya atau boleh dia menggunakan wang tersebut sebagaimana yang dia kehendaki.” (Asna al-Mathalib, Zakariya Al-Ansari -2/480). - UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/jangan-sorok-akaun-tabung-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Withdraw Duit Tabung Mae Ke Akaun Maybank

Cara Withdraw Duit Tabung Mae Ke Akaun Maybank

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 495 hits
Cara Withdraw Duit Tabung Mae ke akaun Maybank Hai pernah tak korang terfikir nak simpan duit untuk kegunaan masa depan tapi tak tau caranya Busyra pilih Mae Maybank tempat paling selamat untuk saving duit kita Macam macam jenis tabung yang...
Raja Muda Perlis Ingatkan Pengurusan Masjid Jaga Akaun Dengan Baik

Raja Muda Perlis Ingatkan Pengurusan Masjid Jaga Akaun Dengan Baik

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 214 hits
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak pentadbiran masjid supaya mewujudkan serta memastikan sistem perakaunan yang baik dan teratur supaya dapat memudahkan lagi pengurusan penerimaan dan penggunaa...
Jangan Jadi Macam Pelampau Pas Guan Eng Bidas Ahli Dap Tegur Hannah Yeoh Bertudung Di Masjid

Jangan Jadi Macam Pelampau Pas Guan Eng Bidas Ahli Dap Tegur Hannah Yeoh Bertudung Di Masjid

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 439 hits
December 4 2021 Hannah Yeoh memakai selendang ketika melawat sebuah masjid di Kuala Lumpur minggu lalu PETALING JAYA Seorang pemimpin DAP Johor hari ini diselar Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng kerana mengkritik tindakan Ahli Parlimen Segam...
Mudah Buka Akaun Tabung Haji Anak Secara Online Cepat Mudah Sangat

Mudah Buka Akaun Tabung Haji Anak Secara Online Cepat Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 280 hits
Simpanan untuk anak penting bagi jaminan masa depannya Antara tempat simpanan yang biasa menjadi pilihan ibu bapa adalah Tabung Haji kerana ia menawarkan pelbagai faedah dan patuh syariah Tabung Haji adalah salah satu institusi kewangan yan...
Jangan Marah Terimalah Hakikat Ismail Sabri Memang Perlu Ramai Penasihat Di Sisinya

Jangan Marah Terimalah Hakikat Ismail Sabri Memang Perlu Ramai Penasihat Di Sisinya

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 222 hits
Semalam ramai yang terkejut dengan laporan tentang perlantikan Pengerusi UMNO Kedah Jamil Khir Baharom sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Dengan perlantikan ini bermakna Ismail Sabri kini mempunyai tiga penas...
Nga Kor Ming Dan Dap Jangan Cuba Bermain Dengan Api

Nga Kor Ming Dan Dap Jangan Cuba Bermain Dengan Api

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 221 hits
Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming memohon Timbalan Menteri Pendidikan I Senator Datuk Dr Mah Hang Soon mengambil tindakan tegas terhadap Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Ia susulan tindakan jabatan itu menggantikan tulisan Cina pada papan tand...
Saksikan Drama Jangan Ganggu Jodohku

Saksikan Drama Jangan Ganggu Jodohku

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 481 hits
Slot Megadrama minggu ini akan memainkan sebuah drama tempatan terbaru tahun 2021 iaitu Jangan Ganggu Jodohku yang akan mula bersiaran pada 29 November 2021 di Astro Ria BACA Drama ini bakal menggantikan dram Jiwa Yang Kau Puja sebelum ini ...
Nak Otak Anak Cergas Wajib Buat Sarapan Pagi Jangan Skip

Nak Otak Anak Cergas Wajib Buat Sarapan Pagi Jangan Skip

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 352 hits
Sesibuk mana pun seorang ibu lebih lebih lagi bagi yang bekerjaya anda tetap perlu luangkan masa untuk sediakan sarapan pagi buat anak anak Sarapan yang disediakan sendiri oleh ibu lebih terjamin kebersihan dan tentu sekali dibuat dengan pe...
Berniaga Perlu Modal Nak Free Jangan Berniaga

Berniaga Perlu Modal Nak Free Jangan Berniaga

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 261 hits
Kadang kala saya suka melihat semangat anak muda yang beria ria ingim ceburi industri perniagaan samada on line atau offline Ini adalah satu petanda anak anak muda kita di Malaysia mempunyai kesedaran dalam dunia perniagaan ni Tetapi dalam ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly