Raja Muda Perlis Ingatkan Pengurusan Masjid Jaga Akaun Dengan Baik


Borhan Abu Samah


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak pentadbiran masjid supaya mewujudkan serta memastikan sistem perakaunan yang baik dan teratur supaya dapat memudahkan lagi pengurusan penerimaan dan penggunaan kutipan masjid sekali gus melicinkan pengurusan kewangan masing-masing di negeri ini dan seterusnya mengelakkan sebarang persepsi negatif khususnya dalam aspek penyelewengan dan salah guna kuasa.Setiap Ahli Jawatankuasa masjid yang dilantik juga perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam perolehan yang terdapat kepentingan seperti pemberian projek selenggara masjid kepada saudara-mara kerana ianya merupakan satu kesalahan salah guna kuasa.
Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Rakyat Perlis Benci Rasuah – Katakan Tidak Kepada Rasuah’ yang dianjurkan secara bersama oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Masjid Al Ariffin, Padang Katong, Kangar.
Program tersebut yang merupakan sebahagian daripada kempen ‘Perlis Hebat : Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ bersama-sama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) disekalikan dengan aktiviti ‘Hijrah Minda MAIPs’ Bilangan Ke 35 bagi tahun 2021 sebagai memperingati ‘Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA)’ yang sejak 31 Oktober 2003 telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar 9 Disember setiap tahun adalah tarikh ianya disambut.
Penolong Penguasa SPRM Negeri, Zurazman Noh menyampaikan taklimat dan nasihat di program yang diadakan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran akan bahaya rasuah serta keperluan satu usaha sama bagi menangani masalah global ini. Tema sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2021 adalah “Hak Anda, Peranan Anda : Katakan Tidak Kepada Rasuah”(Your Right, Your Role – Say No To Corruption). Tema ini adalah selaras dengan keperluan semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama memerangi rasuah secara habis-habisan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Elsekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor menyatakan bahawa, ‘Sesungguhnya mereka yang melakukan perbuatan rasuah merupakan orang yang tidak berintegriti, tidak bermoral, tidak jujur dan tidak amanah.
Rasullullah S.A.W. memberi peringatan kepada umatnya bahawa hilangnya sifat amanah dalam masyarakat merupakan antara tanda-tanda kecil berlakunya hari kiamat. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Anfal ayat 27:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah mengkhianati Allah dan rasulNya, dan janganlah kamu amanah-amanah (yang diamanahkan kepada) kamu sedang kamu mengetahunya”.
Terdahulu daripada itu Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11,200 kepada amil masjid berkenaan Mokhtar Jaafar untuk diagihkan kepada seramai 28 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah tersebut. Masing-masing akan menerima RM400 setiap seorang.
 
Di akhir program, Tuanku Raja Muda turut berkenan meluangkan masa bagi merasmikan kedai ‘Masjid Mart’ yang diusahakan oleh Koperasi Masjid Al Ariffin Padang Katong Perlis Berhad yang terletak di tepi kawasan parkir luar masjid itu. ‘Masjid Mart’ yang telah mula beroperasi sejak 1 Oktober 2021 ini selain membekal barang runcit kepada masyarakat setempat, juga menjual produk-produk tempatan keluaran anak kariah seperti makanan frozen, nira, ais krim, kacang, sabun dan sebagainya. Ia juga turut menyediakan perkhidmatan pembungkusan hamper kepada asnaf yang memerlukan bernilai RM30 dan RM50 yang mengandungi makanan asas.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/raja-muda-perlis-ingatkan-pengurusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas 100 Hari Ozylnn Masih Jaga Pantang Patutlah Badan Maintain Awet Muda

Lepas 100 Hari Ozylnn Masih Jaga Pantang Patutlah Badan Maintain Awet Muda

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 176 hits
Pelakon dan isteri kepada pelawak Johan Ozylnn Wati berjaya menamatkan tempoh berpantang selama 100 hari selepas melahirkan anak keenamnya Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismai...
Jangan Sorok Akaun Tabung Masjid

Jangan Sorok Akaun Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 208 hits
PENDEDAHAN Suruhanjaya Pen cegahan Rasuah Malaysia mengenai kekerapan menerima aduan orang ramai berkaitan penyelewengan kutipan dana dan tabung masjid sejak akhir akhir ini yang disifatkan semakin serius amat menggusarkan Manakan tidak sam...
V Bts Pecah 2 Rekod Dunia Guinness Untuk Jumlah Pengikut Akaun Instagram

V Bts Pecah 2 Rekod Dunia Guinness Untuk Jumlah Pengikut Akaun Instagram

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 213 hits
Memang bestul BTS Baru buat akaun Instagram pun tapi dah cipta rekod sana sini Terbaru Rekod Dunia Guinness mengesahkan bahawa V telah mencipta rekod dunia sebagai individu terpantas mencapai 1 juta dan 10 jua pengikut di Instagram Dia mera...
Isu Wang Rm42 Juta Dalam Akaun Najib Bhg 1

Isu Wang Rm42 Juta Dalam Akaun Najib Bhg 1

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 194 hits
December 12 2021Semalam saya ada habaq yang saya janji insyaAllah jika ada mood saya nak explain mcm mana wang RM 42 juta pi masuk dlm akaun peribadi YB Pekan 2 Alhamdulillah ada mood sikit 3 Sblm tu tok hakim habaq duit RM 42 juta tu berda...
Buli Baju Merah Semua Murid Pemilik Akaun Media Sosial Dipanggil

Buli Baju Merah Semua Murid Pemilik Akaun Media Sosial Dipanggil

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 206 hits
Oleh TANGKAP layar video viral pelajar dibuli rakan rakan KESEMUA individu yang terlibat dalam video yang didakwa kes buli murid berbaju merah di sebuah sekolah berasrama penuh akan dipanggil untuk memberi keterangan Pada masa sama pemilik ...
Berhenti Sekolah Jaga Empat Adik

Berhenti Sekolah Jaga Empat Adik

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 174 hits
Berhenti sekolah jaga empat adik KLANG Peribahasa berat mata memandang berat lagi bahu memikul amat sesuai digunakan bagi menggambarkan kesukaran hidup dihadapi lima beradik yang kisah hidup mereka diibaratkan kais pagi makan pagi kais peta...
Skandal Forex Adakah Wang Masuk Ke Dalam Akaun Saya Tun M

Skandal Forex Adakah Wang Masuk Ke Dalam Akaun Saya Tun M

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 120 hits
MALAYSIA POST BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang membangkitkan skandal dagangan tukaran wang asing pada 1990 an sebagai lebih memalukan negara Pada 8 Disember lalu Najib menol...
Ibu Hamil Stres Bayi Boleh Lahir Awal Dari Due Suami Mesti Jaga Emosi Isteri

Ibu Hamil Stres Bayi Boleh Lahir Awal Dari Due Suami Mesti Jaga Emosi Isteri

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 181 hits
Bertenang dan kekal positif itu yang sepatutnya untuk ibu mengandung Emosi kena jaga supaya tidak stres Kalau asyik tertekan ibu boleh jatuh sakit dan tumbesaran bayi dalam kandungan terjejas Bukan itu sahaja jika emosi ibu tak stabil kelah...
Cara Uruskan Akaun Syarikat Bagi Peniaga Kecil Kecilan

Cara Uruskan Akaun Syarikat Bagi Peniaga Kecil Kecilan

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 293 hits
Cara Uruskan Akaun Syarikat Bagi Peniaga Kecil Kecilan Anda ada syarikat yang melakukan bisnes sampingan seperti dropship peniaga tepi jalan jual kasut bundle di pasar malam Atau sebarang bisnes berskala kecil Tahukah anda dengan mendaftar ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan