Berniaga Perlu Modal Nak Free Jangan Berniaga
Kadang kala saya suka melihat semangat anak muda yang beria-ria ingim ceburi industri perniagaan samada on line atau offline .
Ini adalah satu petanda anak-anak muda kita di Malaysia mempunyai kesedaran dalam dunia perniagaan ni.
Tetapi dalam dunia perniagaan ini kalau nak berjaya mesti ada modal. Kalau tiada modal macam mana anda hendak nak mulakan perniagaan anda.
Dan hari ni saya melihat komen anak muda ni ler yang berkata beliau adalah orang yang baru nak mula belajar bisnis online ini dan kalau nak invest pada coaching seseorang tu, beliau kena lihat prestasi tenaga pengajar tersebut.
Betul dan saya setuju. Sebab kat luar ni ramai gurus-gurus palsu yang menabik dada beliau handal. Tetapi tujuan sebenar hanya nak menipu jer...
Dan saya sendiri pernah lalui pelbagai seminar dan ada yang hampeh dan kosong. Beli modul tapi tapi tak membantu.
Itu pengalaman saya yang dahulu hendak belajar ilmu online, pelbagai pelaburan yang saya lakukan.
Dan saya juga nak tanya pada anak muda ni yang beria-ria bertanya macam-macam berapa sales anda, berapa jualan sebulan produk dan pernah membuat jualan di luar negara tak. Dan macam-macam untuk mengesahkan valid seseorang guru tersebut.
Pada pendapat saya, jika harga EBook itu RM40 anda akan dapat ilmu RM40 ler.
Jika harga EBook atau ilmu tu RM100 maka anda dapat ilmu RM100 ler.
Itu baru harga modal, bagaimana harga coaching 1 to 1 dengan guru anda. Itu pun kos jugak. Anda harapkan RM100 pelaburan anda, akan perolehi semua ilmu..wow!!!
Saya beritahu, masa saya nak belajar ECommerce. Saya habiskan hampir RM5 ribu ringgit hangus untuk ilmu termasuk kos buat website.
Seminar dengan Neal Pattel yang harganya RM1200 dan dapat ler program Ubet Suggest tapi anda yang kena buat sendiri.
Belum lagi buku FB ads serta kelas on line yang saya belajar hendak dapatkan funnel yang betul.
Dimana untuk kelas Jason Gan saya belajar untuk 3 kelas berjumlah RM900 dan belum lagi buku yang saya beli dari Peng Joon dan Russel Bronson yang berharga hampir RM1200.
Belum lagi ratusan jam saya buang untuk buat trial and error pelajari ilmu-ilmu ni. Dimana until FB ads saya rasa berhabis dalam RM4K hancus tanpa jualan.
Bercerita rentang blogging pula, saya hancurkan hanifidrus blogspot yang mempunyai pageview beribu dengan tukau domain dan hasilnya pageview saya drop hingga sehari 200 pageview sehari. Usaha 8 tahun blog saya ni hancur begitu sajer.
Berapa kos yang saya gunakan buat landing pages Ebook Shopee Funnel Meletup saya dan beberapa landing pages saya yang lain.
Jika nak cerita tentang Shopee berapa kali saya ubah produk di kedai Shopee saya berulang-ulang hingga saya menemui niche dan produk winning yang betul.
Jika anda mempunyai modal yang boleh dihanguskan, maka saya atau rakan saya yang lebih mahir boleh membantu anda dari A-Z.
Rakan saya founder kecantikan, belajar FB Ads diamond telah habiskan RM20K untuk dapatkan ilmu ni.
Manakala beliau menggunakan consultant untuk dapatkan nasihat bulanan bisnis beliau melalui Zoom bayar RM17K setahun.
Saya bukan marah tetapi ilmu bukannya percuma. Ramai yang berjaya dalam dunia bisnis ini bukan datang bergolek. Ada yang ambil masa hingga 10 tahun untuk dapatkan sales yang konsisten.
Jika anda harapkan RM100 sahaja dan takut keluar modal lain. Anda boleh berjaya tapi lambat ler..Sebab itu saya kata kedai Shopee anda ambil masa 6 bulan untuk berjaya jika modal bulanan anda RM50 sahaja.
Jangan tanya berapa sales anda tapi dapatkan ilmu dahulu. Jangan beria-ria sangat takut gagal nanti anda akan kecewa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2021/11/berniaga-perlu-modal-nak-free-jangan.html