Jangan Marah Terimalah Hakikat Ismail Sabri Memang Perlu Ramai Penasihat Di Sisinya


 
Semalam ramai yang terkejut dengan laporan tentang perlantikan Pengerusi UMNO Kedah, Jamil Khir Baharom sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Dengan perlantikan ini bermakna Ismail Sabri kini mempunyai tiga penasihat khas – kesihatan, undang-undang serta hak asasi manusia dan agama.
Dilaporkan lagi, belanja setiap penasihat khas itu adalah sebanyak RM50 ribu sebulan, termasuk untuk gaji beberapa kakitangan.
Bermakna, untuk tiga penasihat khas itu, kerajaan membelanjakan sebanyak RM150 sebulan, walhal peranan mereka adalah bertindih dengan menteri-menteri sedia ada dalam portfolio berkaitan.
Maka itu, ramai yang mempertikaikan untuk apa penasihat khas itu dilantik, sedangkan sudah ada menteri kesihatan, menteri menjaga undang-undang dan menteri hal-ehwal agama.
Dalam kes penasihat khas undang-undang yang dilantiknya, selain sudah ada menteri yang menjaga undang-undang dan Peguam Negara, Ismail Sabri sendiri seorang yang berlatarbelakangkan guaman sebelum itu.
Jadi, untuk apa penasihat khas berkaitan undang-undang dilantiknya?
Begitu juga dengan penasihat khas agama, bersama menteri agama yang sudah sedia ada, malah Pas sebagai parti agama juga ada bersama-sama dalam kerajaan, adakah kehadiran Jamil Khir untuk menjadikan Perdana Menteri lebih alim dan warak serta menjadikan dasar kerajaan lebih Islamik selepas ini?
Selain perlantikan itu difahami adalah untuk Ismail Sabri memberi gaji, jawatan serta habuan kepada kawan-kawannya dalam UMNO, beliau sendiri sebenarnya amat memerlukan penasihat-penasihat khas tersebut di sisinya.
Walaupun sudah ada barisan menteri kabinet dan puluhan pegawai lagi di sekelilingnya atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, semua itu ternyata masih tidak mencukupi baginya.
Sebab utama beliau memerlukan ramai penasihat khas ialah kerana Ismail Sabri, jika diteliti rekodnya sebagai menteri atau pemimpin UMNO sebelum ini, beliau adalah seorang yang diketahui memiliki kemampuan amat terhad dan bukanlah seorang yang dikenali dengan ada sesuatu kejayaan pernah diciptanya.
Hang Tuah bukan, Hang Jebat pun bukan – beliau lebih kurang seperti wujudnya Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi saja.
Maknanya, beliau bukanlah orang penting dalam senarai kepimpinan UMNO, jauh sekali pernah mencipta rekod kejayaan atau ada sesuatu perkara yang boleh dikaitkan dengannya.
Kalau dalam PRU14 pada 2018 lalu, BN tidak hilang kuasa, malah dapat mengekalkan kuasanya, belum tentu Ismail Sabri berpeluang menang Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang diadakan selepas kekalahan itu.
Sebagaimana beliau berjaya menjadi Naib Presiden UMNO banyak disebabkan oleh faktor nasib, kemenjadiannya sebagai Perdana Menteri juga lebih kerana nasib.
Jika BN tidak kalah PRU14 atau kalau Hishammuddin Hussein turut bertanding pada pemilihan UMNO 2018 itu, Ismail Sabri barangkali bukan Perdana Menteri ketika ini.
Dengan kemampuan dan kewibawaannya sebagai pemimpin diketahui amat terhad itu, Mara Digital yang merupakan idea kecilnya itu pun gagal digerakkan untuk membuahkan kejayaan.
Lantaran memiliki kemampuan dan keupayaan yang terhad juga, sudah tentulah beliau memerlukan ramai penasihat khas di sekelilingnya untuk menampakkan dirinya kelihatan lebih berkemampuan.
Tidak mustahil selepas ini beberapa lagi penasihat khas akan dilantiknya, mungkin mengikut portfolio setiap kementerian atau keghairahannya kepada perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan peranannya sebagai Perdana Menteri.
Mungkin selepas ini ada penasihat khas politik, budaya, bukan Melayu, pertanian, komunikasi, berkaitan Asean dan macam-macam lagi akan dilantiknya.
Lagi banyak perlantikan bermakna lagi banyak wang rakyat diperlukannya untuk membayar gaji-gaji mereka itu.
Itulah hakikatnya, tidak perlu kita marah atau bising-bising kerana inilah beban nyata yang rakyat terpaksa tanggung entah sampai bila lantaran memiliki seorang Perdana Menteri yang terhad kemampuannya.
Tapi kuasa kita sebagai rakyat masih ada untuk menamatkan semua itu – ShahbudinHusin 29/11/2021


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/jangan-marah-terimalah-hakikat-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebenarnya Berapa Ramai Penasihat Yang Ismail Sabri Ada

Sebenarnya Berapa Ramai Penasihat Yang Ismail Sabri Ada

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 302 hits
ISMAIL Sabri Yaakob yang dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos lalu membentuk barisan kabinet dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri bagi membantu beliau mentadbir negara Beliau juga meneruskan gaya awal pendahulunya Muhyiddin Ya...
Setelah Lama Membisu Akhirnya Ismail Sabri Akui Harga Barangan Keperluan Memang Naik

Setelah Lama Membisu Akhirnya Ismail Sabri Akui Harga Barangan Keperluan Memang Naik

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 292 hits
December 2 2021 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hari ini turun padang meninjau harga barang di sini mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini Namun katanya kenaikan yang berlaku bukan berpu...
Kalau Betul Bersatu Mahu Jatuhkan Ismail Sabri Memang Patut Pun Beliau Dijatuhkan

Kalau Betul Bersatu Mahu Jatuhkan Ismail Sabri Memang Patut Pun Beliau Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 313 hits
Kata bekas Perdana Menteri Najib Razak Bersatu kini sedang menyusun propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata objektif utama mereka berbuat demikian adalah untuk mengembalikan Mahiaddin Md Yasin sebaga...
Ismail Sabri Tambah Lagi Penasihat Khas Lantik Jamil Khir

Ismail Sabri Tambah Lagi Penasihat Khas Lantik Jamil Khir

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 270 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Jamil Khir Baharom Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menambah lagi seorang penasihat khas bagi membantunya dalam urusan pentadbiran kerajaan pusat terbaharu beliau melantik Datuk Seri Jamil Khir Baharom ...
3 Penasihat Pm Mana Cukup Tun M Sindir Ismail Sabri

3 Penasihat Pm Mana Cukup Tun M Sindir Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 299 hits
MALAYSIA POST TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini secara sinis menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik lebih ramai penasihat di bawah pentadbirannya Beliau berkata tiga penasihat untuk Perdana tidak cukup dan sepatut...
Pentadbiran Ismail Sabri Sumbang Kemenangan Bn Di Melaka

Pentadbiran Ismail Sabri Sumbang Kemenangan Bn Di Melaka

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 547 hits
Nilam Oshman KEMENANGAN besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka bukan sahaja membuktikan parti itu kini berada di landasan tepat tetapi menunjukkan pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ...
Pm Ismail Sabri Describes First Official Visit To Singapore A Success

Pm Ismail Sabri Describes First Official Visit To Singapore A Success

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 220 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob in a press conference with Malaysian media during his official visit to Singapore Bernama photo SINGAPORE Malaysian Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob today described his first offici...
Genap 100 Hari Ismail Sabri Jadi Pm Harga Barang Pun Naik Juga

Genap 100 Hari Ismail Sabri Jadi Pm Harga Barang Pun Naik Juga

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 466 hits
AGENDA DAILY Flash mob pemuda Amanah di ibu kota hari ini Cukup 100 hari Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri Malaysia kesembilan hari ini tetapi pada masa sama harga barang keperluan rakyat juga nampaknya naik mendadak Se...
Ismail Sabri Mulakan Lawatan Rasmi Ke Singapura

Ismail Sabri Mulakan Lawatan Rasmi Ke Singapura

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 184 hits
Ismail Sabri mulakan lawatan rasmi ke Singapura Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan rasminya ke Singapura hari ini dengan menghadiri majlis sambutan di Istana di sini Ia adalah lawatan rasmi kali pertam...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual