Jangan Sayang Duit Untuk Suntikan Pneumococcal Anak 2 Bulan Dah Boleh Cucuk


Kuman Pneumococcal (baca ‘neumokokal), nama sebenar: streptococcal pneumoniae. Kuman ni merupakan ‘kuman peliharaan’ di dalam hidung kanak-kanak di bawah umur 5 tahun (paling ramai, bawah 2 tahun).
Menurut Dr Salehuddin Sulaiman dalam perkongsiannya di Facebook, satu dalam lima kanak-kanak di Malaysia (dan juga di negara lain) ‘pembawa’ kuman ni.
Kuman ni boleh menyebabkan jangkitan di
1. telinga ( otitis media). Kesan jangka panjang: pekak
2. Paru paru (pneumonia). Kalau nasib tak baik, dapat paru-paru bernanah (empyema) atau masuk ICU
3. Dalam darah (bacteremia).
4. Selaput otak (meningitis). Kesannya, sama ada lumpuh atau cacat, atau meninggal.
Banyak orang sebut vaksin ni dapat cegah jangkitan paru-paru. Itu kurang tepat. Nanti saya explain.
Semua penyakit-penyakit bawaan kuman ni, majoriti kes berlaku di kalangan bayi atau kanak-kanak bawah dua tahun. Kenapa? Sebab yang saya sebut di atas (kuman ni ada dalam hidung kanak-kanak) dan juga kerana sistem pertahanan tubuh bayi tak sematang orang dewasa/ kanak-kanak besar.

Disyorkan suntik awal
Oleh sebab itu, vaksin ni sangat disyorkan dimulakan seawal mungkin (2 bulan dah boleh start cucuk).
Kuman yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (dan selaput otak) ni banyak. Ada virus (contoh influenza- pernah dengar selsema burung, H1N1? Adenovirus, RSV), bakteria (salah satunya Pneumococcal ni) dan juga kulat.
Bakteria pula, ada banyak jenis. Ada hemophilus, mycoplasma, streptococcal, legionella, chlamydia. Kalau dulu (sebelum tahun 2002), hemophilus influenzae b (Hib) merupakan pemenang tempat pertama untuk carta kuman yang menyebabkan pneumonia dan meningitis. Pneumococcal dapat no 2 je.
Tapi, selepas vaksin Hib diperkenalkan oleh kementerian kesihatan mulai 2002 (dalam vaksin yang 5 atau 6 serangkai tu lah), kes yang disebabkan oleh Hib ni turun mendadak. Yang naik jadi juara siapa?
Pneumococcal lah!
Saya pernah ditanya
‘Kenapa anak saya dah diberikan vaksin Pneumococcal ni. Tapi dia dapat juga pneumonia.’
Macam saya sebut tadi, bukan Pneumococcal je yang menyebabkan pneumonia. Banyyyaaakkk lagi kuman lain menjadi punca pneumonia.
Kalau nak mudah faham, macam ni lah. Saya bagi satu analogi mudah.
Di KL, disebabkan jem sangat teruk, walaupun dah ada MRT, highway baru bla bla bla, maka kerajaan memperkenalkan satu rule baru.
Semua kereta Myvi tidak dibenarkan masuk area KL. Sebabnya, jumlah kereta paling banyak di area KL ni ialah Myvi.
(Contoh je ni. Kau jangan dok bagi statistik kereta apa paling banyak di KL pulak!)
Adakah ini bermakna, kita boleh tidur atas jalan raya di KL? Sebab kereta myvi dah takde di atas jalan di KL? Of course takleh.
Sebab kereta orang di KL ni, bukan myvi je. Ada kereta jenama lain lagi. Toyota, Honda, BMW, jaguar, audi dan apa2 je lah.
Tapi kalau nak tengok myvi, susahlah. Sebab kena block awal2 lagi. Maybe ada la seekor dua myvi yg terlepas (maybe yang dah diubahsuai nampak macam Iris kot).
So macam tu la juga konsep vaksin Pneumococcal ni. Insya Allah, bila vaksin ni dimasukkan ke dalam jadual imunisasi kebangsaan (tak tau bila..), korang akan lihat kes Pneumococcal ni berkurang. Actually, bukan korang pun, tapi doktor dan juga pegawai kesihatan yang terlibat merawat pesakit akan nampak trend ni.

Inisiatif Sendiri
Buat masa ni, memang kena keluarkan duit sendiri, cari di klinik atau hospital swasta. Sekitar RM250 untuk satu suntikan. Ada 4 dos kalau start sebelum umur 6 bulan, iaitu 3 dos sebelum umur setahun, satu lagi selepas umur setahun. Sila consult doktor anda untuk jadual suntikan anak anda.
Mahal? Kalau anak anda cacat, pekak, masuk ICU sebab tak dapat bernafas, atau meninggal, duit banyak manapun tak boleh kembalikan anak anda kepada keadaan asal sebelum dia sakit.
Ada pesakit saya mendapat paru-paru bernanah kerana Pneumococcal (siap kena tebuk paru-paru, dan kena makan antibiotik selama sebulan, pastu tiap bulan dapat serangan paru-paru sempit macam asthma).
Satu je soalan dia.
 
Kenapa dia tak tahu pun pasal vaksin tambahan ini. Biar berapa harga pun, dia pasti sanggup bayar. (Nasib baik dia first time jumpa saya waktu tu)
So, ini hanyalah usaha kecil saya untuk memberi kesedaran kepada anda semua. Kalau anda decide tak nak ambil, jangan kata abang tak payung.

Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman
The post Jangan Sayang Duit Untuk Suntikan Pneumococcal. Anak 2 Bulan Dah Boleh Cucuk appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-sayang-duit-untuk-suntikan-pneumococcal-anak-2-bulan-dah-boleh-cucuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lokek Tunjuk Rasa Sayang Peluk Cium Anak Setiap Hari Agar Tak Ada Kesan Pada Otaknya

Jangan Lokek Tunjuk Rasa Sayang Peluk Cium Anak Setiap Hari Agar Tak Ada Kesan Pada Otaknya

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 446 hits
Anak kecil kita yang baru berusia 2 hingga tahun memang tak tahu apa apa Dunianya hanyalah bermain Walaupun mereka leka dengan dunia mereka sendiri tapi janganlah abaikan mereka Ada banyak kesannya pada perkembangan mereka lebih lebih lagi ...
Kaki Ayam Jangan Buang Mama Boleh Sediakan Sup Kaki Ayam Untuk Tingkatkan Antibodi Anak

Kaki Ayam Jangan Buang Mama Boleh Sediakan Sup Kaki Ayam Untuk Tingkatkan Antibodi Anak

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 417 hits
Kita selalu abaikan bahagian kaki ayam kerana merasakan kurang enak Hakikatnya bahagian inilah yang paling berkhasiat buat semua terutama anak kita Bagi ibu yang ada masalah anak kerap sakit atau kurang berat badan baik sediakan stok sup in...
Mama Boleh Tak Adik Nak Mainan Ni Jangan Berkira Dengan Anak Mereka Pembawa Rezeki Kita

Mama Boleh Tak Adik Nak Mainan Ni Jangan Berkira Dengan Anak Mereka Pembawa Rezeki Kita

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 365 hits
Bila kita nak belikan sesuatu buat anak kita selalu fikir berkali kali sedangkan bila kita nak belikan telefon mahal atau tudung sekalipun kita beli tanpa banyak fikir Jangan berkira sangat dengan anak anak amanah Allah pada kita Hakikatnya...
Ubat Anak Tak Habis Jangan Simpan Berbulan Bulan Dalam Peti Agak Dah Lama Buang

Ubat Anak Tak Habis Jangan Simpan Berbulan Bulan Dalam Peti Agak Dah Lama Buang

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 364 hits
Biasanya selagi stok ubat belum habis ibu bapa akan gunakan semula jika waktu kecemasan Persoalannya macam mana nak tahu ubat itu masih elok atau tak sebelum nak diberikan pada anak Jika diteliti pada botol memanglah tarikh luput lambat lag...
Jangan Malas Waktu Hamil Ibu Bersenam Buat Anak Aktif Dalam Perut

Jangan Malas Waktu Hamil Ibu Bersenam Buat Anak Aktif Dalam Perut

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 310 hits
Mungkin sesetengah wanita hamil menganggap waktu mengandung untuk berehat Tidak boleh bergerak aktif atau terlalu lasak dikhuatiri memberi kesan kepada kandungan Sebenarnya jika seseorang wanita hamil itu aktif dan banyak bersenam sewaktu m...
Kalau Ayah Ustaz Anak Tak Semestinya Hebat Mengaji Jangan Terlalu Keras Pada Anak

Kalau Ayah Ustaz Anak Tak Semestinya Hebat Mengaji Jangan Terlalu Keras Pada Anak

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 338 hits
Bukan mudah untuk membesarkan anak apatah lagi mendidik mereka mengikut cara yang kita inginkan Pendekatan perlu betul dan caranya tidak boleh terlalu keras dan memaksa Paling penting jangan letakkan harapan yangterlalu tinggi kepada anak a...
Jangan Risau Anak Tawaf Satu Masjid Yang Penting Kenalkan Dia Dengan Rumah Allah

Jangan Risau Anak Tawaf Satu Masjid Yang Penting Kenalkan Dia Dengan Rumah Allah

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 307 hits
Selalu terfikir nak bawa anak solat di masjid Kalau dia tak pandai solat pun sekurang kurangnya dapat pendedahan dan mengenali tempat suci ini Tapi itulah bila nak bawa tu satu kegusarannya ialah bila terkenangkan anak yang tengah lasak pas...
Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Menulis Blog

Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Menulis Blog

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 500 hits
Macam tak percaya Tak sangka rupa rupanya hanya dengan menulis blog kita boleh hasilkan ribuan ringgit setiap bulan Eh La Kenapa tak percaya pulak Sekarang ini orang buat duit online bukan semata mata melalui blog malahan dah banyak orang y...
10 Chat Orang Gengsi Mau Bilang Kangen Nahan Rindu Itu Susah Tapi Nahan Sayang Jangan Kelamaan Dong

10 Chat Orang Gengsi Mau Bilang Kangen Nahan Rindu Itu Susah Tapi Nahan Sayang Jangan Kelamaan Dong

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 439 hits
Mau ngumpulin orang yang kalau kangen aja gengsi banget akhirnya kalimatnya muter muter Siapa nih
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Apom Manis Bubur Campur

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord