Ubat Anak Tak Habis Jangan Simpan Berbulan Bulan Dalam Peti Agak Dah Lama Buang


Biasanya selagi stok ubat belum habis, ibu bapa akan gunakan semula jika waktu kecemasan. Persoalannya macam mana nak tahu ubat itu masih elok atau tak sebelum nak diberikan pada anak.
Jika diteliti pada botol memanglah tarikh luput lambat lagi tapi adakah ia masih boleh digunakan dengan selamat. Berikut adalah perkongsian Pegawai Farmasi, Fahmi Hassan untuk panduan semua ibu bapa.
BERAPA LAMA BOLEH SIMPAN UBAT?
Saya sering menerima soalan dari orang awam berkaitan berapa lama ubat-ubatan boleh disimpan di rumah. Soalan ini walaupun nampak mudah sebenarnya memerlukan kepada penjelasan yang terperinci kerana terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan tarikh luput sesuatu ubat-ubatan berubah.

Secara amnya, ubat-ubatan di dalam BEKAS ASAL (sama ada blister tablet atau botol yang belum dibuka) akan berada di dalam kondisi yang baik sehingga tarikh luput ubat JIKA IA DISIMPAN MENGIKUT ATURAN YANG DITETAPKAN OLEH PENGILANG.
SEBAGAI PANDUAN UMUM, BERIKUT ADALAH CARA SIMPAN UBAT YANG BETUL
Baca label pada bungkusan ubat dengan teliti. Sekiranya perlu disimpan pada suhu bilik, simpan di tempat yang redup dan kering (15-30 darjah selsius). Sekiranya perlu pada suhu 2-8 darjah selsius, simpan di dalam peti sejuk (bukan ruangan sejuk beku). Simpan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Elakkan dari menyimpan ubat di tempat yang terdedah dengan sinaran matahari secara langsung. Jangan simpan ubat di dalam kereta. Asingkan ubat makan atau minum dengan ubat untuk kegunaan luaran. BAGAIMANA PULA DENGAN UBAT YANG TELAH DIBUKA?
Ada sesetengah ubat yang mempunyai tarikh luput tersendiri selepas dibuka. Maklumat ini boleh diperolehi melalui label ubat-ubatan. Contohnya; terdapat ubat yang berlabel ‘discard 30 days after opening’ yang bermaksud buang selepas 30 hari botol dibuka. Bagi ubat-ubatan yang berlabel seperti ini, tarikh luput adalah jelas.

Namun begitu terdapat banyak produk yang tidak menyatakan tempoh ketahanan setelah dibuka. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya pernah menghubungi beberapa syarikat farmaseutikal mengenai jangkamasa ubat mereka boleh bertahan sekiranya botol asal telah dibuka (ubat cecair) atau ubat-ubatan dikeluarkan dari bekas asal.
Jawapan yang diterima adalah mereka tidak membuat kajian tentang perkara tersebut dan kestabilan produk selepas dibuka tidak dapat dipastikan.
Oleh itu, saya suka menasihatkan orang ramai supaya membuang baki ubat-ubatan terutamanya di dalam bentuk sirap yang telah dibuka. Jangan simpan ubat-ubatan tersebut di dalam peti sejuk dengan tanggapan ia akan tahan lebih lama sekiranya disimpan pada suhu rendah. Penyimpanan pada suhu dan keadaan yang tidak sesuai akan menyebabkan stabiliti ubat berubah.
Namun begitu, hasil carian saya, terdapat beberapa garis panduan berkaitan penyimpanan ubat yang digunapakai di peringkat antarabangsa. Kebanyakan garis panduan ini dihasilkan daripada kajian-kajian kecil dan bukannya kajian rasmi dari syarikat pengeluaran.
Satu garis panduan yang saya nampak agak jelas dan praktikal adalah yang dikeluarkan oleh National Health Services, United Kingdom. Ringkasan garis panduan tersebut adalah seperti yang tertera pada jadual dalam gambar.
PERKARA PENTING YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN
Tarikh luput produk seperti yang tertulis pada label perlu dipatuhi terlebih dahulu. Cara simpanan ubat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan bagi setiap jenis produk. Semak bau, warna, keadaan fizikal dan rasa ubat. Sekiranya telah berubah, buang ubat tersebut. Tulis tarikh ubat dibuka. Saya ingin mengingatkan bahawa nasihat profesional dari saya selaku seorang pegawai farmasi adalah untuk tidak menyimpan baki dari ubat-ubatan terutama berbentuk sirap. Simpan ubat yang belum dibuka sekiranya perlu menyimpan bekalan ubat untuk kecemasan dirumah. Penulisan saya ini tidak mewakili praktis atau panduan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sumber: Fahmi Hassan
The post Ubat Anak Tak Habis Jangan Simpan Berbulan-Bulan Dalam Peti. Agak Dah Lama Buang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ubat-anak-tak-habis-jangan-simpan-berbulan-bulan-dalam-peti-agak-dah-lama-buang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sayang Duit Untuk Suntikan Pneumococcal Anak 2 Bulan Dah Boleh Cucuk

Jangan Sayang Duit Untuk Suntikan Pneumococcal Anak 2 Bulan Dah Boleh Cucuk

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 458 hits
Kuman Pneumococcal nama sebenar streptococcal pneumoniae Kuman ni merupakan kuman peliharaan di dalam hidung kanak kanak di bawah umur 5 tahun Menurut dalam perkongsiannya di Facebook satu dalam lima kanak kanak di Malaysia pembawa kuman ni...
Data Asyik Habis Anak Tengok Youtube Cili Kan Je

Data Asyik Habis Anak Tengok Youtube Cili Kan Je

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 264 hits
Salah satu kemelut yang melanda ibu bapa zaman sekarang ini ialah kehadiran telefon pintar sebagai peneman untuk anak anak Kalau tak bagi anak menangis tak berhenti kalau bagi pula boleh jadi ketagih dibuatnya Jika boleh jangan biasakan ana...
Minta Maaf Bila Mak Ayah Marah Anak Berlebihan Tapi Jangan Buat Anak Keliru Ada Tipnya

Minta Maaf Bila Mak Ayah Marah Anak Berlebihan Tapi Jangan Buat Anak Keliru Ada Tipnya

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 778 hits
Tanpa sedar kita memarahi anak berlebih lebihan hingga sudahnya kita menangis sendirian kerana menyesali perbuatan ini Hakikatnya sebagai mak ayah kita bukanlah berniat untuk memarahi anak namun ada sebabnya dan ini menjadi sebahagian darip...
Mengutip Masuk Benda Dalam Mulut Bagus Jangan Cepat Tarik Tangan Anak Cuma Pantau

Mengutip Masuk Benda Dalam Mulut Bagus Jangan Cepat Tarik Tangan Anak Cuma Pantau

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 311 hits
Semua benda nak masuk mulut kita pula yang risau takut anak tertelan Sebenarnya tindakan bayi memasukkan objek ke dalam mulut adalah satu proses pembelajaran baru untuk mereka Menurut Patologis Pertuturan Bahasa mouthing atau memasukkan obj...
2 Tahun Pun Anak Tak Bercakap Lagi Mak Ayah Jangan Salah Rangsang Pakar Kongsikan Tip Tepat

2 Tahun Pun Anak Tak Bercakap Lagi Mak Ayah Jangan Salah Rangsang Pakar Kongsikan Tip Tepat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 602 hits
Bila anak sudah berusia dua tahun dan ke atas mama mulalah risau bila anak masih tak dapat bercakap dengan lancar Sebenarnya anak anak ada waktunya sendiri dan bila masa sesuai dalam setiap perkembangan dirinya Pun begitu ransangan daripada...
Anak Bukan Alasan Tapi Keutamaan Mak Mak Jangan Rasa Bersalah Utamakan Anak Keluarga

Anak Bukan Alasan Tapi Keutamaan Mak Mak Jangan Rasa Bersalah Utamakan Anak Keluarga

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 541 hits
Dilema bagi mak mak terpaksa tolak undangan sebab komitmen Sebagai ibu dalam apa juga keputusan anak bukanlah menjadi alasan anak adalah keutamaan Hanis Zalikha menyuarakan isi hatinya yang terpaksa menolak undangan pada sebelah malam keran...
Jangan Biarkan Anak Anak Membeli Coklat Ghost Smoke

Jangan Biarkan Anak Anak Membeli Coklat Ghost Smoke

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 1234 hits
Ghost Smoke seolah olah mengajar budak merokok KKM akan ambil tindakan segeraTular satu rakaman video beberapa orang pelajar sekolah rendah sedang menikmati gula gula yang dikenali sebagai Ghost Smoke Jika gula gula tersebut adalah gula gul...
Jangan Bagi Alasan Tiada Masa Bawa Jalan Sekejap Pun Sampai Bila Bila Anak Ingat

Jangan Bagi Alasan Tiada Masa Bawa Jalan Sekejap Pun Sampai Bila Bila Anak Ingat

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 322 hits
Bila anak makin besar terasa cepatnya masa berlalu Pejam celik pejam celik dah makin lincah dan petah bercakap Jasad kecil yang di sambut dulu kini dah boleh berlari dan sentiasa menjadi penghibur hati Pandai merajuk pandai ikut apa yang ki...
Susu Ibu Pekat Tak Jamin Anak Kenyang Lama Kena Rajin Susukan Pam Kerap

Susu Ibu Pekat Tak Jamin Anak Kenyang Lama Kena Rajin Susukan Pam Kerap

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 346 hits
Ramai ibu yang obses mahu memekatkan susu ibu kerana percaya susu yang pekat berupaya menjadikan si menja kenyang lebih lama Tapi tahukah anda susu pekat atau cair bukan menjadi penentuan si kecil kekenyangan si manja Ikuti penerangan darip...
Who Is Bestinet Founder Aminul

Junk Fees Or Unbundling Airlines And Senators Battle Over Added Costs

Pas Mp Loses Defamation Case For Claiming Dap Trio Related To Chin Peng

Aktifkan Debit Card Maybank Di Mesin Kiosk Kuantan

Trump S Middle East Challenge

Rapid Kuantan Bakal Tamatkan Operasi Operator Swasta Baharu Ganti Bagi Tempoh 2025 Hingga 2030

Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

New For 72 An Immaculate Alloy Head Harley Xrtt Selling At Mecum


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


Resepi Kacang Pool

How Appointments Always Take Over My Day

Preserving Business Records With Data Archiving Strategies

New Ai Features And More For Android And Pixel

Ramadan And Hari Raya Get A Culinary Makeover With Aussie Lamb

Royale Chulan Festive Room Packages