Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Menulis Blog


Macam tak percaya! Tak sangka, rupa-rupanya hanya dengan menulis blog, kita boleh hasilkan ribuan ringgit setiap bulan.
 
Eh! La… Kenapa tak percaya pulak?
 
Sekarang ini, orang buat duit online bukan semata-mata melalui blog, malahan dah banyak orang yang berjaya buat duit dengan berbekalkan akaun media sosial seperti facebook, twitter dan juga instagram.
 
Kalau guna media sosial pun boleh buat duit, dengan blog sudah tentu boleh hasilkan duit juga. In fact, sebelum penggunaan media sosial begitu meluas di negara kita (mungkin juga didunia) pengguna internet terlebih dahulu menggunakan blog sebagai medium untuk buat duit online.

Takkan tahun 2019 ni anda baru tahu yang dengan menulis blog pun boleh buat duit?
 
Ok saya faham. Mungkin konsep buat duit dengan blog agak baru bagi anda. Boleh jadi sebelum ini anda terlalu sibuk dengan kerja hakiki, urusan seharian, atau mungkin sibuk dengan belajar sampai terlepas pandang, yang rupa-rupanya disana terdapat peluang untuk jana pendapatan melalui blog.
 
Hanya apabila anda benar-benar terdesak perlukan duit tambahan, anda perlukan extra income dek kerana bertambahnya komitmen, barulah anda mencari-cari cara macam mana nak tambahkan pendapatan di internet.
 
Ada beberapa laman web yang mengelaskan blogging ini sebagai salah satu cara mudah untuk buat duit online. By the way, ada ke pembaca blog ini yang mencari cara mudah untuk jana pendapatan online? Saya rasa mudah atau tidak buat duit dengan blog, anda sendiri yang nilaikan.

 
5 Langkah mudah untuk mula menjana pendapatan menerusi blog Saya mula menulis blog sejak dari tahun 2009 lagi. Sepanjang tempoh tersebut saya sudah mempunyai beberapa buah blog.
 
Ada blog yang saya bina menggunakan platform percuma wordpress.com dan ada juga yang guna blogspot. Ada banyak juga blog yang saya bina menggunakan platform wordpress self hosted yang mana saya perlu daftar nama domain dan sewa hosting.
 
Untuk blog yang saya bina menggunakan wordpress self hosted, ada yang berjaya hasilkan pendapatan, ada yang langsung tak berjaya buat duit, dan ada juga yang dah tak wujud sebab saya dah tak renew hosting.
 
Maklumlah, projek blogging tersebut saya sifatkan sebagai projek yang gagal. Jadi nak buat apa saya renew hosting lagi.
 
Dari pengalaman saya buat blog sebelum ini, apa yang saya perhatikan, sebenarnya proses untuk membina laman blog yang boleh menjana pendapatan hanya perlukan 5 langkah mudah sahaja. Ini dia yang anda boleh follow.
 
(1) Mulakan dengan membina blog anda Sebelum anda terus menempah nama domain dan hosting untuk memasang sistem blog, saya harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk fikirkan terlebih dahulu jawapan bagi persoalan, apakah topik, subjek, kategori, atau niche bagi blog yang anda ingin bangunkan?
 
Sama ada anda nak tulis blog berkaitan dengan topik kewangan, berita semasa, percutian, politik, keagamaan, gaya hidup, motivasi, kesihatan dan sebagainya. Apa yang penting, blog anda mempunyai satu topik utama.
Baca juga: Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
 
Bila dah ada jawapannya, barulah pergi ke langkah untuk buat tempahan nama domain dan hosting.

Syarikat web hosting yang saya boleh syorkan kepada anda adalah NetKL Network. Saya juga adalah pengguna perkhidmatan mereka dan telah menjadi pelanggan mereka sejak dari tahun 2009 lagi.
 
Kalau sebelum ini anda tak pernah ada pengalaman beli domain dan hosting, bolehlah rujuk pada artikel blog ini yang bertajuk Panduan langkah demi langkah beli domain dan hosting melalui NetKL.
 
Kemudian bila dah dapat nama domain dan hosting, langkah seterusnya adalah memasang sistem wordpress pada hosting anda.
 
Proses pemasangan sistem wordpress sangatlah mudah. Anda boleh gunakan perisian softaculous yang anda bakal perolehi secara percuma apabila melanggan perkhidmatan webhosting dengan NetKL. Ini pula adalah artikel langkah-demi langkah panduan pemasangan sistem wordpress pada hosting.
 
Untuk blog utama, saya lebih suka gunakan blog dengan nama domain sendiri dan sewa hosting. Tapi kalau sekadar blog sokongan, atau blog yang saya bina untuk tujuan short term project, saya akan gunakan blog percuma sahaja.
 
(2) Pilih kaedah buat duit yang anda rasakan sesuai dengan anda Dalam artikel sebelum ini, saya telah kongsikan sekurang-kurangnya 10 kaedah untuk anda buat duit melalui blog.
Baca disini: 10 Cara buat duit dengan blog – Cara keempat dah berikan saya ribuan ringgit
 
Kalau anda rasa ada kemampuan, bolehlah cuba kesemua 10 cara yang saya senaraikan disitu. Daripada 10 cara, saya sendiri hanya berikan tumpuan kepada tiga cara buat duit sahaja, iaitu penyiaran iklan berbayar dari program CPC, program affiliate dan juga advertorial.
 
Ikutkan hati, memang saya nak buat semua, tapi setelah mencuba beberapa kaedah saya dapati tiga kaedah yang saya sebutkan itu lebih sesuai dengan saya.
 
Kalau anda mampu buat semua, silakan buat. Tapi kalau tak mampu, buatlah satu atau dua yang sesuai dengan anda.
 
(3) Sentiasa kemas kini blog anda dengan konten baru yang relevan dengan topik dan pembaca sasaran anda Kita ni menulis untuk siapa? Tak kan menulis sebab nak syok sendiri dan puaskan hati sendiri.
 
Ok kalau anda menulis just for fun, sebagai hobi, atau sekadar nak meluahkan apa yang terpendam dan terbuku dihati, saya rasa pembaca UTAMA blog anda adalah diri anda sendiri. Kalau anda rasa puas hati, itu dah cukup.
 
Tapi berbeza halnya kalau kita menulis blog sebab nak buat duit. Dalam situasi ini, kita perlu tahu siapa sebenarnya pembaca blog kita. Kembali kepada persoalan “siapa sebenarnya pembaca sasaran blog kita?”
 
Apabila kita jelas, siapa pembaca yang kita sasarkan, dari situ barulah kita mula menyusun strategi untuk menyiarkan konten yang bagaimana dalam blog kita.
 
Umumnya, pendapatan yang bakal kita hasilkan adalah berpunca daripada pembaca yang masuk ke blog kita dan yang baca isi kandungan blog kita.
 
Kalau anda mensasarkan program pengiklanan, anda akan dapat duit apabila ada pembaca blog anda yang tekan klik pada iklan-iklan yang anda siarkan.
 
Sekiranya anda mensasarkan untuk buat duit menerusi program affiliate, anda hanya akan dapat duit apabila ada pembaca blog anda yang beli produk melalui link affiliate anda.
 
Jadi tulislah artikel yang menepati selera golongan sasaran anda, dan nescaya pembaca ini akan selalu datang dan akan terus memberikan pendapatan kepada anda.
 
(4) Cuba berinteraksi dengan pembaca anda dan fahami apa kehendak mereka Macam mana kita nak tahu, apa sebenarnya yang dimahukan oleh pembaca blog kita? Apa sebenarnya yang mereka cari diinternet, dan bagaimana blog yang kita hasilkan boleh dijadikan sumber rujukan kepada mereka?
 
Ada beberapa cara untuk kita ketahui, apa yang dimahukan oleh pembaca sasaran kita. Antaranya adalah dengan merujuk kepada data-data yang boleh diperolehi menerusi laman web
(1) Keyword Google Planner
(2) Answer The Public [https://answerthepublic.com]
(3) Keywordtool [https://keywordtool.io/]
(4) Ubersuggest [https://neilpatel.com/ubersuggest/]
 
Kesemua lawan web diatas mampu untuk memberikan maklumat yang berharga tentang tingkah laku pengguna internet dan apa maklumat yang mereka cari apabila menggunakan enjin carian google.
 
Selain itu, anda juga perlu peka terhadap statistik trafik blog anda.
 
Mana satu artikel yang paling banyak menerima trafik? Artikel yang sentiasa ada pembaca, anda perlu pastikan kandungannya sentiasa up to date. Baca balik artikel yang telah anda siarkan, kalau rasa perlu tambahkanlah maklumat baru, jika ada.
 
Anda juga boleh pasang sistem live chat pada blog anda. Dengan ini pengunjung blog boleh terus bertanya apa-apa soalan kepada anda. Kalau ada soalan, maknanya ada kandungan blog anda yang masih kurang lengkap.
 
Tambahkan maklumat yang dicari oleh pembaca blog anda berdasarkan kepada soalan yang ditanyakan.
 
(5) Buat penambahbaikkan pada konten yang telah anda siarkan jika perlu Perkara ini optional, tapi saya amat galakkan anda lakukan kemaskini pada artikel-artikel terdahulu yang pernah disiarkan diblog anda. Mungkin sebelum ini ada artikel yang terlalu ringkas, kurang informasi, lebih banyak menimbulkan tanda tanya berbanding memberikan penyelesaian kepada satu masalah atau isu.
 
Cari balik artikel-artikel lama, kemudian kemaskini. Matlamat yang ingin kita capai adalah untuk jadikan blog yang kita tulis sebagai satu rujukan PENTING untuk topik yang anda bincangkan.
 
Manalah tahu, satu hari nanti akan ada pembaca blog anda yang menganggap anda sebagai seorang yang pakar dalam bidang yang anda tulis, walau hakikatnya anda tidak mempunyai PhD dalam bidang tersebut.
 
Saya dapati, hanya dengan fokus melakukan lima perkara mudah ini, pendapatan melalui blog yang berjaya saya hasilkan bertambah dengan sendirinya.
 
Saya percaya ianya disebabkan oleh faktor seperti
(1) Jumlah trafik blog saya yang makin bertambah dengan bertambahnya artikel baru yang saya siarkan
(2) Kualiti konten atau artikel yang saya hasilkan makin bertambah baik, sebab saya akan cuba selalu kemaskini artikel dan masukkan info-info tambahan jika ada

Saya pernah tulis sebelum ini, lagi banyak kita tulis artikel dalam blog, lagi tinggi peluang kita untuk dapat lagi banyak income. Cubalah.
 
Berapa banyak pendapatan yang boleh dihasilkan melalui blog? Saya tidak mempunyai jawapan yang spesifik. Kalau anda nak tahu satu angka, berapa yang boleh dihasilkan melalui blog, ianya bergantung kepada banyak faktor.
 
Umumnya, saya boleh katakan, mereka yang menulis blog, sama ada
(1) Mampu untuk hasilkan pendapatan sampingan melalui blog
Bila kita kata pendapatan sampingan, maknanya jumlahnya tidaklah begitu besar, tapi memadai untuk kita gunakan bagi tujuan bayar bil utiliti, bayar kos langganan internet setiap bulan, boleh guna untuk renew domain dan hosting, serta ada lebihan untuk di laburkan semula bagi tujuan peningkatan dan pembangunan blog.
 
Kadang-kadang blog kita ini, kalau nak pergi lebih jauh kenalah invest sikit untuk beli premium plugin, premium theme, beli software untuk buat keyword research atau mungkin nak beli gadget seperti kamera atau smartphone yang bagus untuk memudahkan kita mendapatkan gambar-gambar yang bagus dan berkualiti.
 
Andai kata anda cuma target nak dapatkan income tambahan let say dalam RM500++ setiap bulan, In Shaa Allah blogging boleh berikan pendapatan sedemikian. Sudah tentu, kenalah buat dengan strategi yang tepat.
 
Lepas ini tak perlulah anda susah payah nak buat kerja part time seperti jadi driver Grab, rider penghantar makanan dan sebagainya lepas habis kerja. Bila dah habis kerja, boleh terus balik rumah, luangkan dalam masa dua jam setiap hari untuk menulis blog, dan In Shaa Allah satu hari nanti apabila blog anda sudah ada trafik yang stabil, waktu itu anda tak menulis pun blog anda masih akan produce income.
 
Macam duit pencen lah, lebih kurang.
 
(2) Pendapatan dari blog mampu untuk menampung kos hidup seperti gaji bekerja di syarikat swasta
Ini biasanya berlaku kepada mereka yang menulis blog secara full time. Income yang diperolehi dari menulis blog boleh digunakan untuk membayar komitmen bulanan, dan pada masa yang sama cukup untuk bayar kereta, beli rumah, buat simpanan dan sebagainya.
 
Kalau nak income yang gempak, cara kerja pun kenalah gempak dan smart juga. Dalam satu hari, kenalah usahakan untuk menulis mungkin dalam 5 – 10 artikel yang berkualiti tinggi, kena pandai bab copywriting, ada kemahiran menjual melalui artikel dan sebagainya.
 
Benda ni skil sahaja. Maknanya ia boleh dipelajari dan dikuasai dengan latihan yang berterusan. Cuma jangan cepat mengalah ya, kalau awal-awal tu nampak macam tak ada hasil.
 
(3) Langsung tak ada income dari blog
Ya, ini juga tak mustahil untuk berlaku dan saya rasa tak salah untuk saya katakan ada ramai juga penulis blog yang tak berjaya nak buat duit dengan blognya.
 
Kalau nak tahu apa puncanya, kena tengok blog jenis apa yang dihasilkan. Kalau blog pun nampak macam tak ada hala tuju, saya tak hairan kalau pemiliknya langsung tak berjaya buat duit dengan blog miliknya.
 
Apabila anda melihat blogging ini seperti membangunkan sebuah syarikat dan perniagaan, pada waktu itu barulah anda akan nampak apa sebenarnya yang kurang dengan blog anda.
 
Tentang sumber pendapatan dari blog Setelah saya menyenaraikan 10 cara buat duit dengan blog dalam artikel sebelum ini, saya tertanya-tanya, dari senarai tersebut kaedah manakah yang anda suka untuk cuba atau lebih anda sukai?
 
Pada saya, saya meletakkan program affiliate sebagai sumber pendapatan utama bagi blog saya. Kemudian diikuti dengan program pengiklanan, dan seterusnya baru advertorial.
 
Saya lebih suka fokus pada program affiliate sebab saya boleh berkarya secara bebas. Saya boleh tulis apa sahaja yang saya suka, yang saya rasakan relevan dengan produk yang saya promosikan.
 
Kemudian apabila artikel yang saya tulis dah berjaya masuk ke halaman pertama search engine bagi kata kunci yang saya sasarkan, pada waktu itu saya akan memperolehi pembaca secara automatik, dan proses jualan akan berlaku secara automatik.
 
Pendapatan menerusi program affiliate juga tidak bersifat one-off. Selagi mana ada sales, selagi itu saya akan dibayar komisen.
 
Sebaliknya, kalau advertorial sebagai kaedah buat duit utama saya rasa agak terbatas dan kadang-kadang job penulisan yang saya terima agak boring (walaupun upahnya lumayan sehingga RM500++ untuk satu job).
 
Lagi satu, job advertorial ni bayaran dia sekali sahaja, sedangkan artikel yang saya tulis ada potensi untuk hasilkan sales berulang-ulang kali kepada pemilik bisnes.
 
Setiap orang ada citarasa dan pilihan tersendiri. Saya kenal ramai penulis blog yang sangat berjaya dan selalu dapat job menulis artikel review dan advertorial. Disamping dapat job menulis artikel review berbayar, dia juga dapat produk untuk di review dan produk tersebut boleh simpan terus tanpa perlu bayar apa-apa.
 
Sesetengah penulis blog berpendapat buat duit dengan menulis artikel review lebih mudah, sebab dia boleh tulis apa sahaja mengikut kreativiti dia.
 
Terpulanglah. Saya melihat dari sudut pandang orang bisnes. Bila dia melabur untuk tujuan iklan, sudah tentu dia mengharapkan ada hasil yang bakal diperolehi.
 
Sebagai contoh, seorang pemilik bisnes ini berikan anda produk smartphone bernilai RM1,000 untuk anda review. Kemudian anda juga dibayar upah sebanyak RM200 untuk menulis artikel, menjadikan jumlah pelaburan pemilik bisnes itu tadi berjumlah RM1,200.
 
Persoalannya, adakah artikel review yang dihasilkan oleh blogger tersebut nanti mampu untuk berikan pulangan kepada pemilik bisnes tersebut?
 
Saya harap jawapannya, boleh! Sebab kalau artikel review yang anda hasilkan tak convert kepada sales, nanti apa pula kata pemilik bisnes tu. Bimbang nanti, dia akan ada satu anggapan yang kaedah iklan melalui blogger ni langsung tak berkesan.
 
Berapa lama masa yang diperlukan untuk nampak hasilnya? Kalau kita kerja dengan majikan, lazimnya kita akan dapat bayaran gaji setiap bulan. Tapi kalau kita nak jadi blogger, bila kita akan dapat bayaran?
 
Saya akan cerita secara umum sahaja ya. Penerangan saya ini saya akan fokus kepada tiga jenis sumber pendapatan, iaitu melalui program affiliate, program pengiklanan dan juga job artikel review.
 
(1) Program Affiliate
Lazimnya pihak penganjur program akan berikan masa lebih kurang 30 hari selepas pembelian dilakuan, barulah dia akan buat bayaran komisen ke akaun bank kita.
 
Tujuannya? Sesetengah penjual produk menawarkan jaminan pulangan wang jika pelanggan tak puas hati dengan produk yang dibeli. Katakanlah, jaminan yang ditawarkan adalah jaminan pulangan wang dalam masa 30 hari.
 
Andaikata dalam masa 30 hari tu, pelanggan tak puas hati dan dia minta semula duit yang telah dibayar, maka pihak penjual perlu lakukan pulangan wang tersebut. Ini secara tak langsung akan menyebabkan komisen yang telah kita hasilkan akan di reject.
 
Apa jadi kalau penjual tawarkan jaminan pulangan wang, kemudian pelanggan minta refund dan masih tetap bayar komisen kepada kita?
 
Jawapannya sudah tentu penjual akan alami kerugian berganda, dan silap-silap perniagaan yang dia jalankan juga tak akan bertahan lama.
 
Jadi saya harap anda jelas, tentang tempoh 30 hari (atau lebih) untuk proses approval komisen dan dibayar ke akaun bank kita.
 
Sesetengah program affiliate menetapkan jumlah komisen tertentu yang anda perlu capai, barulah mereka akan buat bayaran komisen. Sebagai contoh
i. Program Affiliate Lazada meletakkan syarat minimum komisen RM90
ii. Program Affiliate Involve Asia syarat minimum dapat bayaran komisen ialah RM80
iii. Program Affiliate Bookcafe syarat minimum untuk dapat bayaran komisen adalah RM100
 
Setelah anda berjaya capai jumlah komisen minimum yang ditetapkan, barulah anda akan terima bayaran. Selagi masih belum cukup, maka komisen yang telah anda hasilkan akan dibawa ke bulan seterusnya dan hanya akan dibayar setelah cukup jumlah minimum terkumpul.
 
(2) Program Pengiklanan
Konsepnya lebih kurang sama dengan program affiliate. Kebanyakkan program affiliate menetapkan syarat kena buat jualan baru boleh dapat bayaran.
 
Dalam program pengiklanan, pihak penganjur akan buat analisa terlebih dulu untuk melihat sama ada klik yang terhasil itu valid atau tidak. Sebab boleh jadi, banyak-banyak klik yang diperolehi sebenarnya adalah klik fraud atau klik sendiri.

Program pengiklanan Google Adsense meletakkan syarat anda kena dapat USD100 minima baru anda akan dibayar. Selagi tak cukup amaun USD100 (atau lebih kurang RM400) selagi itulah kena tunggu.
 
Dalam sebulan ada 30 hari. Targetlah income adsense USD4 minima setiap hari, nescaya anda akan dapat bayaran setiap bulan dari Adsense. Setiap bulan dapat payment sebanyak RM400 dari syarikat terkemuka Google Inc ok ke tak ok untuk anda?
 
Kalau boleh dah tentulah nak lagi banyak, tapi dapat RM400 extra setiap bulan dari Google pun dah kira banyak bersyukur.
[Anda tak reti buat duit dengan Google Adsense? Download panduan ini sekarang]
 
(3) Job artikel review atau advertorial
Saya akui, saya jarang dapat job tulis artikel review. Pada masa yang sama, saya pun tak mencari job ini. Kalau ada ofer, saya akan nilaikan dulu. Kalau saya rasa menarik, saya boleh deliver the task barulah saya akan terima job tersebut.
 
Kadang-kadang dalam situasi saya sendiri, pemilik bisnes yang akan approach saya dan minta saya tulis tentang bisnes mereka.
Ada juga keadaan, PR Officer yang approach saya untuk tulis artikel bagi mempromosikan bisnes tertentu.
 
Kalau dari segi bayaran, biasanya saya akan minta full payment sebelum saya mulakan kerja. Bayar dulu, then baru saya akan buat kerja. Kalau deal dengan pemilik bisnes, kebiasaannya begini flownya.
 
Tapi kalau deal dengan PR, kena tunggu 30 hari la, 60 hari la baru bayaran akan dibuat. Apa pun, terpulang pada anda sama ada nak terima tawaran job tersebut atau tidak.
 
Bukannya orang PR tu nak paksa anda buat kerja. Memandangkan advertorial bukanlah target utama saya, jadi saya tak begitu berharap dan tak kisah pun kalau tak ada offer tersebut.
 
Kalau hari ini saya buat blog, bila saya boleh dapat duit? Instinct saya mengatakan, orang yang bertanya pasal bila dia akan dapat hasil dari blogging ini sebenarnya nak tahu bila blog dia akan memberikan hasil, bukan nak tahu pasal perkara teknikal dan sela masa pembayaran.
 
Sekali lagi, jawapannya ialah bergantung kepada apa cara buat duit yang anda target! Pada masa yang sama, kenalah ukur baju dibadan sendiri.
 
Kalau anda sudah memiliki semua skil yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang penulisan blog, saya rasa tak sampai sebulan dah boleh nampak hasilnya.
 
Anda buat blog, kemudian fokus untuk buat duit menerusi program affiliate. Walaupun blog anda tak banyak trafik sebab masih baru, asalkan konten blog anda berkualiti tinggi, pelawat yang masuk ke blog anda adalah pelawat yang highly targeted untuk kata kunci tertentu, In Shaa Allah pasti akan convert kepada sales.
 
So 30 hari atau sebulan, itu adalah jangka masa yang munasabah kalau nak buat duit dengan affiliate marketing. Akan tetapi, kalau anda target nak buat duit melalui pengiklanan Adsense, anda perlukan trafik yang banyak barulah income adsense anda akan meningkat dengan pantas.
 
Setiap orang bermula pada tahap berbeza Kalau anda merupakan selebriti, mempunyai populariti, ada pengikut yang ramai, perjalanan anda untuk buat duit dengan blog akan jadi lebih smooth. Tulislah apa perkara sekalipun, pasti ramai orang nak baca.
 
Andai kata anda seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, dikenali dan ada pengikut, saya boleh katakan sekejap sahaja blog anda akan mula dikenali dan jadi viral.
 
Tapi, saya tak mempunyai kelebihan seperti itu. Saya perlu bermula dari tak ada apa-apa. Orang tak kenal, dan saya rasa, tak ada siapa yang pedulikan saya pada peringkat awal saya menulis blog. Dari situ saya mula bina dan bangunkan blog saya perlahan-lahan, sehinggalah saya dapat capai apa yang saya ada pada hari ini.
 
Saya percaya, ada banyak orang yang macam saya. Kena mula dari bawah. Saya bukan selebriti, bukan artis, bukan orang yang dikenali, langsung tak popular.
 
Apa yang saya boleh buat, saya tetapkan dalam mindset, saya nak hasilkan artikel blog yang dapat menyelesaikan masalah dan membantu memberi maklumat yang tepat dan berguna kepada pembaca sasaran saya.
 
In Shaa Allah, anda mula sekarang, beberapa tahun dari sekarang anda juga boleh berjaya buat duit dengan blog. Anda ada sebarang soalan berkenaan buat duit dengan blog? Boleh tanyakan pada saya dibahagian komen.
 
 
The post Betul ke boleh buat duit dengan menulis blog? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/buat-duit-dengan-menulis-blog/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Cloud Betul Atau Tipu

Duit Cloud Betul Atau Tipu

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 467 hits
Pendedahan Sebenar Applikasi Duit Cloud Betul Atau Tipu Pernah dengar atau terbaca tentang Duit Cloud Mungkin anda pernah ternampak atau terdengar Duit Cloud yang sekarang tengah heboh yang konon boleh buat duit yang banyak dengan cara yang...
10 Cara Buat Duit Dengan Blog Cara Keempat Dah Berikan Saya Ribuan Ringgit

10 Cara Buat Duit Dengan Blog Cara Keempat Dah Berikan Saya Ribuan Ringgit

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 724 hits
Adakah anda masih lagi mencari cari cara untuk buat duit di internet yang tidak scam dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu menjadi seorang genius dalam bab komputer Saya cadangkan anda cubalah buat duit dengan menjadi seorang ...
Jangan Tengok Mata Dia Nanti Jangkit Betul Ke Sakit Mata Boleh Berjangkit Jika Lihat Mata Pesakit Ini Jawapannya

Jangan Tengok Mata Dia Nanti Jangkit Betul Ke Sakit Mata Boleh Berjangkit Jika Lihat Mata Pesakit Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 590 hits
Sakit mata atau nama lainnya conjunctivitis merupakan satu mimpi ngeri buat kebanyakan orang Dengan rasa gatal panas di mata dan tidak selesa dengan mata berair situasi ini pastinya mengganggu rutin harian Penyakit ini boleh berpunca daripa...
Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 558 hits
Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya Hari ni daku nak kongsikan info tentang blogging berdasarkan apa yang ku tahu Nak kata daku ni tahap sifu memang jauh panggang dari api cuma apa yang bakal ku...
Jangan Sayang Duit Untuk Suntikan Pneumococcal Anak 2 Bulan Dah Boleh Cucuk

Jangan Sayang Duit Untuk Suntikan Pneumococcal Anak 2 Bulan Dah Boleh Cucuk

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 474 hits
Kuman Pneumococcal nama sebenar streptococcal pneumoniae Kuman ni merupakan kuman peliharaan di dalam hidung kanak kanak di bawah umur 5 tahun Menurut dalam perkongsiannya di Facebook satu dalam lima kanak kanak di Malaysia pembawa kuman ni...
Bagaimana Blogger Profesional Buat Blog Cari Duit Online

Bagaimana Blogger Profesional Buat Blog Cari Duit Online

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 216 hits
Anda mahu buat blog dan boleh cari duit online macam blogger profesional Jangan susah anda hanya perlu baca artikel ini hingga habis dan buat keputusan Buat blog memang menyusahkan dan membuang duit jika anda bukan blogger profesional Enam ...
Kalau Berlakon Boleh Cium Perempuan Cium Isteri Betul Tak Boleh Pulak Letak Dalam Instagram Ahya Rosli

Kalau Berlakon Boleh Cium Perempuan Cium Isteri Betul Tak Boleh Pulak Letak Dalam Instagram Ahya Rosli

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 625 hits
Sejak berkahwin Ahya Rosli tidak segan silu mempamerkan kemesraannya dengan isteri tercinta secara terbuka menerusi laman sosial Instagram Baru baru ini anak kepada Normah Damanhuri itu telah memuatnaik gambarnya bercium dengan isteri tetap...
Betul Ke Mengintai Orang Lain Mata Boleh Ketumbit Ini Jawapan Dan Fakta Sebenarnya

Betul Ke Mengintai Orang Lain Mata Boleh Ketumbit Ini Jawapan Dan Fakta Sebenarnya

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 455 hits
Saya percaya ramai daripada kita pasti pernah terkena ketumbit pada mata sekurang kurangnya sekali dalam seumur hidup Pernah tak bila kita ada ketumbit mata kawan kawan tuduh kita mengintai orang lain Betul ke Hakikatnya ia adalah mitos dan...
Kos Tak Cukup Punca Selenggara Jalan Tak Boleh Buat

Kos Tak Cukup Punca Selenggara Jalan Tak Boleh Buat

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 300 hits
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kos yang terhad punca jalan tidak dapat diselenggara dengan baik JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook co...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip