Jangan Salahkan Rakyat Kalau Bersikap Sinis Terhadap Kerajaan Ph Nik Nazmi


Manzaidi Mohd Amin Nik Nazmi Nik Ahmad.
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menyalahkan pengundi jika mereka bersikap sinis atau ragu-ragu terhadap pentadbiran kerajaan yang tidak mengotakan janji.

Ketua Setiausaha Pengelola Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rakyat semakin jauh dengan PH berikutan beberapa isu yang timbul kebelakangan ini dan ditambah pula dengan pelantikan seorang peguam sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegas beliau, kerajaan PH harus mengambil perhatian isu itu sekiranya berhasrat mengekalkan sokongan rakyat untuk maju ke hadapan, dan lebih penting lagi memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan yang lepas.

“Perkara ini tiada kena mengena dengan kelayakan Ketua Pesuruhjaya tersebut atau kepentingan politik beliau semasa masih dalam parti.

“Apa yang pasti, dan rakyat mempunyai hak untuk menduga adalah bahawa beliau akan menjalankan tugas dengan saksama,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook beliau, hari ini.

Nik Nazmi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan mengulas kejutan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa itu, Latheefa Koya adalah seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia.

Selain daripada kes berprofil tinggi, beliau juga merupakan salah seorang peguam yang pernah mewakilinya dalam perbicaraan yang berkait dengan Akta Perhimpunan Awam dan beliau secara tidak langsung berterima kasih atas penglibatan itu.

Namun begitu, katanya, pelantikan Latheefa Koya di SPRM telah menimbulkan tanda tanya kepada persoalan yang harus ditangani dengan segera.

Kata beliau, Latheefa Koya sehingga beberapa hari lepas merupakan seorang anggota Keadilan dan penggal lalu, beliau adalah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat.

“Walaupun beliau telah meletakkan jawatan daripada parti, tindakan tersebut dilakukan selepas pelantikannya.

“Oleh itu, kebimbangan terhadap ketidakadilan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang merupakan institusi awam yang penting dalam proses reformasi negara, tidak boleh dipandang sebelah mata.

“Apa yang penting ialah seperti yang dilaporkan oleh media, cara pelantikan beliau diputuskan oleh Perdana Menteri sendiri dan ini tidak selari dengan janji yang dibuat oleh PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum yang lepas,” katanya.

Janji ke-14 Buku Harapan jelas menyatakan bahawa di bawah kerajaan PH: “SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri.

Untuk memastikan semak imbang yang efektif, bilangan Pesuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli SPRM.

Kata Nik Nazmi, salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempunyai jaminan pelantikan tetap.

Ujar beliau, pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.

“Benar, pindaan undang-undang belum lagi dilakukan untuk memberi ruang kepada janji ini, termasuk pengesahan Pesuruhjaya oleh Parlimen.

“Bagaimanapun, pelantikan itu sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam untuk menunjukkan bahawa kerajaan pusat PH berniat untuk mengotakan janji-janjinya.

“Namun, cara pelantikan beliau menjadi tumpuan perhatian kerana ia menimbulkan persoalan mengenai komitmen kerajaan kepada agenda reformasi.

“Kita telah dilantik atas dasar reformasi institusi dan ekonomi. Kekurangan kemajuan kita dalam kedua-dua aspek tersebut amat membimbangkan,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/jangan-salahkan-rakyat-kalau-bersikap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ph Jangan Aniaya Rakyat Segerakan Duit Raya Felda Dividen Risda Felcra

Kerajaan Ph Jangan Aniaya Rakyat Segerakan Duit Raya Felda Dividen Risda Felcra

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 448 hits
Aidilfitri hanya berbaki kurang seminggu namun harapan warga peneroka khususnya di tanah rancangan Felda RISDA dan Felcra di seluruh negara untuk menerima duit raya dari kerajaan Pakatan Harapan masih terbiar tinggal harapan Sehubungan itu ...
Kerajaan Jangan Gila Bayar Hutang Untuk Dapat Nama Sehingga Kebajikan Rakyat Didusta

Kerajaan Jangan Gila Bayar Hutang Untuk Dapat Nama Sehingga Kebajikan Rakyat Didusta

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 400 hits
Kemenangan dan sokongan rakyat untuk PH MENANG Dan Tun SEBAGAI PM adalah untuk kebajikan rakyat secara langsung bukan untuk membayar hutang sahaja JANGAN semuanya rakyat terkorban sedangkan Pak Menteri sudah Mula KUMPUL harta melalui kroni ...
Bantah Kerajaan Rakyat Dinasihatkan Jangan Sampai Angkat Senjata Mat Sabu

Bantah Kerajaan Rakyat Dinasihatkan Jangan Sampai Angkat Senjata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 308 hits
foto sumber internetSUNGAI PETANI 24 Mei Rakyat terutama golongan muda diingatkan supaya membangkang secara demokrasi dan tidak sesekali mengangkat senjata jika tidak berpuas hati dengan mana mana pihak terutamanya kerajaan Menteri Pertahan...
Kerajaan Perlu Tumpu Suara Rakyat Yang Mengharapkan Janji Ditunaikan Tun Daim

Kerajaan Perlu Tumpu Suara Rakyat Yang Mengharapkan Janji Ditunaikan Tun Daim

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 295 hits
THE MALAYSIAN TIMES MACHANG Selepas setahun Pakatan Harapan memerintah negara sudah sampai masanya bagi kerajaan menumpukan dengan lebih serius mendengar suara rakyat yang kini terus bergelut dengan kos sara hidup tinggi Pengerusi Majlis Pe...
Kerajaan Ph Urus Bsh Macam Tikus Baiki Labu Menyusahkan Rakyat

Kerajaan Ph Urus Bsh Macam Tikus Baiki Labu Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 372 hits
TIGA kali kami pergi ke Bank BSN Rawang untuk buka akaun atas nama saya Sebab tahun ni tiba tiba kerajaan masukkan duit BR1M saraan hidup atas nama isteri Saya pergi dua hari sebelum raya Dapat borang selepas beratur panjang dari jam 9 30 p...
Kerajaan Failkan Saman Terhadap Nfc Tuntut Rm253 6 Juta

Kerajaan Failkan Saman Terhadap Nfc Tuntut Rm253 6 Juta

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Malaysia memfailkan saman menuntut wang RM253 6 juta yang dipinjamkan kepada Pusat Fidlot Nasional yang diuruskan oleh suami dan tiga anak kepada bekas menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahriz...
Dasar Kerajaan Baharu Sabah Terhadap Pati Gugat Keselamatan Sabah

Dasar Kerajaan Baharu Sabah Terhadap Pati Gugat Keselamatan Sabah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 267 hits
KOTA KINABALU Pelaksanaan dasar baharu kerajaan negeri berkaitan pemutihan pendatang asing tanpa izin melalui pendaftaran dan kebenaran penggunaan bot pam di kawasan perairan Sabah dilihat mengugat keselamatan di negeri ini PATI masalah Sab...
Jk Parlimen Gagal Bawa Reformasi Jangan Salahkan Pm

Jk Parlimen Gagal Bawa Reformasi Jangan Salahkan Pm

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 303 hits
Adun PKR Dr Afif Bahardin tampil memberi maklum balas kritikan antaranya dari Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pelantikan Jawatan Utama Perkhidmatan Awam terhadap perdana menteri mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM ...
Amanat Tok Guru Nik Aziz Kalau Hendak Kerajaan Perpaduan Sila Keluar Pas

Amanat Tok Guru Nik Aziz Kalau Hendak Kerajaan Perpaduan Sila Keluar Pas

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 661 hits
Semalam Tulang Besi beraya di rumah seorang orang lama dan veteran PAS Dia menyaksikan sendiri Tok Guru Nik Aziz pernah memanggil Haji Hadi Mustafa Ali dgn Nasa Mat Isa bertemu dalam satu mesyuarat khas yg tidak rasmi Tok Guru telah bersyar...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini