Jk Parlimen Gagal Bawa Reformasi Jangan Salahkan Pm


Susan Loone 
   
Adun PKR Dr Afif Bahardin tampil memberi maklum balas kritikan antaranya dari Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pelantikan Jawatan Utama Perkhidmatan Awam terhadap perdana menteri mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM

Adun PKR Dr Afif Bahardin menyalahkan jawatankuasa pilihan khas parlimen itu kerana tidak mengikhtiarkan reformasi untuk membataskan kuasa perdana menteri dalam hal tersebut.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata jawatankuasa itu sepatutnya telah memulakan langkah reformasi lebih awal dan tidak wajar mengkritik keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memilih peguam Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM.

Afif berkata isu sebenar dan pokok permasalahannya terletak kepada pihak yang sepatutnya membawakan reformasi mengenai bagaimana seharusnya hal-hal sebegitu dikendalikan di negara ini seelepas PRU14.

Katanya, pihak berkenaan telah "gagal dengan teruk" dalam melaksanakan tugas mereka.

Beliau memetik contoh jawatankuasa pilihan khas parlimen yang disifatkannya gagal membawakan reformasi yang diharapkan.

"Mereka tidak membawa cadangan pembaharuan kepada parlimen sejak tahun lepas. Mana reformasi itu?

"Kamu tidak boleh harapkan kerajaan yang sedang menumpukan usaha pembaikan ekonomi rakyat dan pada masa yang sama kena pula merangka cadangan reformasi tersebut.

"Sebab itulah ditubuhkan jawatankuasa (pilihan khas parlimen) untuk berbuat demikian," kata Afif kepada Malaysiakini.

Afif yang juga exco Pulau Pinang selanjutnya berharap supaya pihak yang berkenaan tidak membantutkan reformasi hanya kerana kemalasan
"Misalnya, jika jawatankuasa pilihan khas parlimen tidak menerima pelantikan ini, apa akan jadi, siapa yang akan putuskan? Adakah perdana menteri atau Yang di-Pertuan Agong? Semua ini perlu dijelaskan.

"Apa batasan atau had kuasa perdana menteri berhubung pelantikan jawatan-jawatan utama?

"Tolong jangan membantutkan reformasi hanya kerana kamu malas berbuat demikian," jelasnya lagi.

Menurut Afif sekarang bukan masanya melemparkan kritikan kerana prestasi MP dan jawatankuasa pilihan khas parlimen juga boleh dipertikaikan.

"Kami telah mempersoalkan prestasi kerajaan, kabinet tetapi bagaimana pula (prestasi) MP dan jawatankuasa yang dipimpin mereka?" Soalnya.

Jelasnya lagi apabila perdana menteri membuat keputusan berlandaskan bidang kuasanya, beliau dipertikaikan tetapi MP yang diamanahkan melakukan reformasi tidak berbuat demikian.

Afif menyoal anggota jawatankuasa pilihan khas mengenai cadangan dan adakah mereka telah melobi menteri serta MP, termasuk pembangkang mengenai syor reformasi mereka.

Beliau turut menggesa pihak tertentu, terutama anggota PKR, tidak memilih-milih dalam menyuarakan kritikan.

Menurutnya lagi, pengkritik pelantikan Latheefa telah berdiam diri ketika lantikan politik serupa dibuat pada masa lalu.

Contohnya termasuk pelantikan ketua PKR Kelantan, Mohamad Suparadi Md Noor sebagai pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional)

"Mereka juga senyap semasa pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

"Apa yang berbeza sangat dengan pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM?" Soal Afif lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/jk-parlimen-gagal-bawa-reformasi-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marcello Lippi Letak Jawatan Jika Gagal Bawa China Ke Piala Dunia 2022

Marcello Lippi Letak Jawatan Jika Gagal Bawa China Ke Piala Dunia 2022

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 318 hits
Ketua jurulatih skuad kebangsaan China Marcello Lippi memberi bayangan beliau akan melepaskan jawatannya jika gagal membawa pasukan negara itu layak ke Piala Dunia 2022 di Qatar China bakal menentang Filipina dalam satu perlawanan persahaba...
Jangan Salahkan Rakyat Kalau Bersikap Sinis Terhadap Kerajaan Ph Nik Nazmi

Jangan Salahkan Rakyat Kalau Bersikap Sinis Terhadap Kerajaan Ph Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 349 hits
Nik Nazmi Nik Ahmad KUALA LUMPUR Pakatan Harapan tidak boleh menyalahkan pengundi jika mereka bersikap sinis atau ragu ragu terhadap pentadbiran kerajaan yang tidak mengotakan janji Ketua Setiausaha Pengelola Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad be...
David Harbour Salahkan Mcu Sebab Hellboy Gagal Di Pawagam

David Harbour Salahkan Mcu Sebab Hellboy Gagal Di Pawagam

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 202 hits
Filem Hellboy versi 2019 terbit beberapa bulan lepas dan gagal untuk mendapat kutipan yang memberansangkan Filem itu juga gagal menerima pujian positif sekaligus menjatuhkan filem reboot kepada filem asal yang diterbitkan pada tahun 2004 He...
Tun M Jangan Sakitkan Hati Peneroka Felda Bawa Balik F1 Boleh Takkan Bagi Duit Raya Tak Boleh

Tun M Jangan Sakitkan Hati Peneroka Felda Bawa Balik F1 Boleh Takkan Bagi Duit Raya Tak Boleh

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 614 hits
Jawapan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sama ada peneroka Felda patut diberi duit raya atau sebaliknya pada tahun ini tidak lebih hanya menambahkan lagi sakit hati peneroka terhadap kerajaan Katanya beliau tidak tahu sama ada wang inse...
Jangan Bawa Bekalan Dosa Ke Akhirat

Jangan Bawa Bekalan Dosa Ke Akhirat

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 1039 hits
Kita tidak mengetahui bilakah masa ajal biarpun yakin saat itu adalah pasti Apabila tiba masa ajal tidak ada siapa pun dapat menghalangnya biarpun diketahui bekalan untuk hari akhirat belum mencukupi Firman Allah bermaksud Dan bagi setiap u...
Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 769 hits
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ...
Tangkapan Jho Low Jangan Beri Harapan Palsu Lagi

Tangkapan Jho Low Jangan Beri Harapan Palsu Lagi

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR Ramai rakyat Malaysia mahu ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dihadapkan ke muka pengadilan namun janganlah disebarkan khabar angin dan harapan palsu mengatakan kononnya lelaki itu telah ditangkap
Ada Yang Baru Di Toba Caldera World Music Festival Jangan Lewatkan

Ada Yang Baru Di Toba Caldera World Music Festival Jangan Lewatkan

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 286 hits
Event musik kelas dunia Toba Caldera World Music Festival 2019 akan kembali digelar
Jangan Lupa Walau Tengah Suka

Jangan Lupa Walau Tengah Suka

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 411 hits
Assalammualaikum wbtJANGAN LUPA WALAU TENGAH SUKABunga mawar harum baunyaTersusun rapi atas mejaBersederhanalah tidak kita dimanaItulah sikap menyelamatkan manusiaCantik mempelai disinggahsanaBersongket merah redup pandangannyaPastikan kend...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization