Kerajaan Failkan Saman Terhadap Nfc Tuntut Rm253 6 Juta



KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia memfailkan saman menuntut wang RM253.6 juta yang dipinjamkan kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang diuruskan oleh suami dan tiga anak kepada bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Kerajaan selaku plaintif, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada Jumaat lepas.

Mahkamah menetapkan 17 Jun ini, bagi pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar Rumaizah Baharom.

Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan selaku plaintif tunggal, menamakan Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai defendan pertama manakala suami Sharizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, sebagai defendan kedua hingga kelima.

Selain itu turut dinamakan defendan adalah enam syarikat dikawal keluarga tersebut yang dinamakan "Keluarga Salleh” iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd; Real Food Corporation Sdn Bhd; Meatworks Corporation Sdn Bhd; Agroscience Industries Sdn Bhd; Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd; dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn Bhd sebagai defendan keenam hingga ke-11.

Dalam penyataan tuntutan itu, kerajaan menuntut daripada NFC dan keluarga Mohamad Salleh berjumlah RM253.6 juta, iaitu pinjaman daripada kerajaan, bersama dengan faedah dua peratus setahun.

Kerajaan memohon pengisytiharan dari mahkamah, agar keluarga Mohamad Salleh secara peribadi bertanggungjawab terhadap pembayaran balik hutang itu, sejumlah RM118.04 juta yang disalahgunakan daripada pinjaman dan keuntungan rahsia timbul daripadanya, serta hak Putrajaya untuk menuntut hak hartanah dibeli menggunakan pinjaman RM250 juta yang dipinjam oleh NFC daripada kerajaan.

Kerajaan pada 6 Dis 2007, menandatangani perjanjian dengan NFC untuk memberi pinjaman RM250 juta yang sebahagiannya membiayai penubuhan dan operasi sebuah Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan, selaras dengan dasar kerajaan untuk membangun dan memajukan pengeluaran daging lembu serta produk-produk daging tersebut.

Pada waktu itu, kerajaan mengagihkan pinjaman itu dalam tiga peringkat dalam akaun NFC, dari 9 Jan 2008 hingga 31 Mac 2009.

Pada masa sama melalui pinjaman itu, keluarga Mohamad Salleh yang mendapat kelulusan kerajaan telah membuat 10 pengeluaran berjumlah RM180.51 juta, dari 24 Jan 2008 hingga 3 Jan 2011.

Daripada jumlah tersebut (RM180.51 juta), hanya RM8.32 juta dibayar langsung kepada pihak ketiga untuk membiayai projek pusat cadangan nasional, manakala baki itu disalurkan ke akaun NFC lain, di mana RM118.04 juta telah disalahgunakan.

Daripada jumlah itu (RM180.51 juta) juga, sebanyak, RM9.76 juta didakwa disalahguna untuk membayar sebahagian dua unit kediaman di One Menerung Residence oleh National Meat & Livestock Corp yang merupakan defendan keenam.

Pada masa sama, sejumlah RM300,000 telah digunakan untuk membayar kepada seorang individu iaitu Shamsubarin Ismail, bagi tujuan yang tidak didedahkan, selain RM1.8 juta telah dibayar kepada individu sama.

Keluarga Mohamad Salleh juga didakwa menggunakan pinjaman itu, untuk membayar sewa bulanan sebanyak RM28,000 kepada defendan ketiga, bagi sebuah lot pejabat di Solaris Mont Kiara.

NFC juga membayar sewa bulanan sebanyak RM8,240 untuk lot pejabat milik defendan kedua dan ketiga yang terletak di tempat sama.

Perbelanjaan lain yang besar termasuk RM3.36 juta untuk pembelian dua bidang tanah di Putrajaya dan RM1.51 juta kepada dua syarikat guaman, dengan sebahagiannya turut dibayar bagi pembelian sebuah kedai empat tingkat di Solaris Mont Kiara oleh Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/06/kerajaan-failkan-saman-terhadap-nfc.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Linda Rafar Tuntut Doktor Bayar Rm4 Juta Kerana Dakwaan Guna Facebook Sebar Fitnah

Linda Rafar Tuntut Doktor Bayar Rm4 Juta Kerana Dakwaan Guna Facebook Sebar Fitnah

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 251 hits
Linda bakal mengambil tindakan undang undang terhadap empat pihak termasuk seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Pelakon dan penyanyi Linda Rafar mengambil tindakan undang undang terhadap seorang pengamal perubatan yang dikenali...
Mengapa Saman Tanya Salleh Pada Kerajaan

Mengapa Saman Tanya Salleh Pada Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 223 hits
News Diterbitkan Hari ini 6 31 petang Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd Mohamad Salleh Ismail mempersoalkan keputusan kerajaan memfailkan saman terhadap beliau dan keluarga nya untuk mendapatkan semula pinjaman RM253 juta meski...
Isu Fitnah Terhadap Nfc

Isu Fitnah Terhadap Nfc

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 397 hits
Walaupun bukan saya yang meluluskan pinjaman RM250 juta kepada syarikat National Feedlot Center nama saya sering dikaitkan dengan isu ini yang telah dijadikan antara propaganda utama PH selama 9 tahun Pinjaman ini diluluskan oleh Tan Sri Mu...
Dakwa Difittnah Linda Rafar Tuntut Rm4 Juta Dari Doktor

Dakwa Difittnah Linda Rafar Tuntut Rm4 Juta Dari Doktor

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 245 hits
Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai kemelut Linda Rafar dengan jururawat telah selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat pada 8 Mei lalu yang berakhir dengan saling bermaafan BACA Namun seorang pengamal perubatan yang dikenali seb...
Linda Rafar Tuntut Doktor Mohon Maaf Bayar Pampasan Rm4 Juta

Linda Rafar Tuntut Doktor Mohon Maaf Bayar Pampasan Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 234 hits
Awal Mei lalu Linda Rafar telah pun membuat permohonan maaf menerusi Instagram miliknya atas hasil persetujuan bersama Delegation of Nurses The post appeared first on
Nfc K Jaan Saman Suami Anak Anak Shahrizat

Nfc K Jaan Saman Suami Anak Anak Shahrizat

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 350 hits
Kerajaan memfailkan saman untuk mendapatkan semula pinjaman RM253 juta daripada National Feedlot Corp yang diuruskan oleh anggota keluarga bekas ketua wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil Jabatan Peguam Negara memfailkan saman itu minggu lepas...
Salleh Persoal Tindakan Saman K Jaan Nfc Bersedia Lunaskan Semua Hutangnya

Salleh Persoal Tindakan Saman K Jaan Nfc Bersedia Lunaskan Semua Hutangnya

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 255 hits
Pengerusi National Feedlot Corporation Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara yang memfailkan penyataan tuntutan terhadap tunggakan pinjaman syarikat tersebut Menurut Mohamad Salleh NFC bersedia untuk ...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja