Kerajaan Ph Urus Bsh Macam Tikus Baiki Labu Menyusahkan Rakyat


TIGA kali kami pergi ke Bank BSN Rawang untuk buka akaun atas nama saya. Sebab tahun ni tiba-tiba kerajaan masukkan duit BR1M @ saraan hidup atas nama isteri.
Saya pergi dua hari sebelum raya. Dapat borang selepas beratur panjang dari jam 9.30 pagi dan sampai jam 12 tengah hari tunggu. Kata polis bantuan setiap orang akan dilayan dalam 20 minit.
Saya tunggu 3 jam. Gagal kami pulang. Sebab yang tunggu hari tu sampai jam 3 petang pun tak dapat buka akaun.


Orang ini saya jumpa semalam Jumaat. Kita raya Rabu. Dia kena isi borang baru. Saya, suami pergi minta borang balik. Giliran 50 orang lagi masa tu. Nasib baik balik. Masa tu semua buat manual. Ambil borang dan tunggu nama dipanggil.
Kami datang balik Jumaat 7 Jun. Tunggu lagi dari pagi sampai jam 12.30 tengah hari sebelum tutup rehat untuk solat Jumaat dan buka jam 2.30 petang. Jam 4.14 petang baru akaun selesai. Kali ni guna angka giliran. Saya dapat no 50052.
Petang datang jam 2.45 ehhh dia orang panggil manual balik semula. Nombor giliran semua tertera kat monitor. Dahlah bising nama tu sayup-sayup dengar. Nasib baik saya dapat kerusi duduk kat depan kaunter.
Okay kisahnya bukan fasal saya tapi fasal ibu-ibu yang bawa anak kecil. Tersadai di merata tempat. Bank bising gegak, hiruk pikuk dengan suara baby meraung, anak kecil kelaparan dan ibu yang berjam-jam dukung anak sambil badan bergoyang jadi buaian. Mungkin ibu tak bawa makanan sebab ingat cepat.


Ramai yang marah, saya nak tulis maki hamun kan bunyi kasar. Sebabnya dua tiga kali menunggu macam kerja bodoh kata si isteri dan suami. Macam kena dera, pajam. Tu belum lagi sakit hati dan telinga duk dengar kutukan kerajaan kata Melayu pemalas, makan dedak dan asyik tunggu subsidi.
Anak pemimpin dipuji hebat dan mereka dapat kontrak Telekom 11 juta, duit tabung harapan ratus juta dan projek kroni bilion dolar buka bandar Langkawi tapi rakyat dikeji sebab BR1M.
Bukan orang Melayu saja yang lalui proses ni, Cina tua yang guna ejen sebab tak reti tulis dan cakap bahasa Melayu, India dan saya taktahulah di Sabah Sarawak tu ada tak pribumi dapat benda ni. Selepas dikeji kerajaan, nah ambik duit ni dengan proses yang sakit otak kena lalui.
Duit BR1M ni dulunya diberi dengan lapang dada oleh kerajaan yang dipimpin oleh UMNO, MCA, MIC dan lebih 10 parti komponen. Dikeji DEDAK oleh kerajaan yang dipilih oleh pemakan dedak.

Ada yang datang sejauh Bukit Beruntung tak balik raya sebab takde duit. Ibu ni semalaman tak tidur sebab kerja di kedai 24 jam dan malam nanti kena kerja pula. Rata-rata ibu ini datang dari mana saja daerah kecil di Rawang yang tak ada bank BSN.
Saya dan ibu-ibu ini bukan saja marah dan sakit hati. Dahlah nak raya, macam-macam kena selesaikan. Sistem baru ni macam dibuat oleh orang cacat akal dan sangat dungu. Kenapa masa update info dulu, tak minta akaun isteri.
Tu yang lebih 300,000 tak dapat duit tu. Bukan sesat alamat, tapi duit tu kononnya nak bagi kat isteri. Akhirnya suami isteri tak buat kerja. ‘Tok laki dok teman, jadi drebar dan uruskan buka akaun, bini dok sebelah tunggu’.
Tak heranlah semalam, tiba-tiba India badan besar ni tinggikan suara kat staf bank tu. Kesian dua-dua jadi mangsa. Staf bank terkincit dalam seluar kot sebab dari buka bank sampai jam 1 tak rehat. Sat-sat lari ke mesin fotostat.
Nilah bila tikus mundok baiki labu. Hilang dah rasa syukur timbul pula maki hamun kat kerajaan. Menyusahkan rakyat. Ada yang cakap 14 hari bulan baru keluar surat dapat ke tidak dan cuba bayangkan wanita di ceruk kampung, ‘lagu mano dia nok gi bandar untuk buka BSN ni’.


Oklah lepas 3 kali pergi mari hingga terlepas ajakan ‘anok nantu gi’ shopping baju raya, sebab dua hari terakhir jer dia orang dapat curi masa nak bawa kami, saya gagal buka akaun, peti ais tertiba rosak dan habis barang basah raya buang ke tong sampah dan saya kepenatan. Akhirnya raya saya tahun ni ke laut jadinya.
Terima kasih Datuk Seri Najib Razak kerana ilhamkan BR1M yang terpaksa diteruskan oleh kerajaan sekarang. Akhirnya saya dapat DEDAK. Tiga hari lepas raya yang ‘kalu’ rezeki kita, tu tak ke mana ginya.
Sharelah post ni yang saya dan ratusan rakyat lalui di bank BSN. RM22 x 300,000 = ? RM10 simpanan dan RM12 servis buat kad. Satu janaan ekonomi baru ‘buto-buto’ dapat.
Kartini Mohd Noor
Bekas wartawan
Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan pendirian portal ini. Artikel ini pertama kali disiarkan dalam laman Facebook penulis.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/kerajaan-ph-urus-bsh-macam-tikus-baiki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Tikus Mondok Baiki Labu Kisah Buka Akaun Bsh Di Bsn

Bila Tikus Mondok Baiki Labu Kisah Buka Akaun Bsh Di Bsn

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 740 hits
Kartini Mohd Noor Kisahnya bukan fasal saya tapi fasal ibu ibu yang bawa anak kecil Tersadai di merata tempat Bank bising gegak hiruk pikuk dengan suara baby meraung anak kecil kelaparan dan ibu yang berjam jam dukung anak sambil badan berg...
Bebal Si Lim Guan Eng Memang Kelakar Tapi Sangat Menyusahkan Keseluruhan Rakyat Malaysia

Bebal Si Lim Guan Eng Memang Kelakar Tapi Sangat Menyusahkan Keseluruhan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 776 hits
April 2017 Malaysia telah diletakkan negara yang didakwa melakukan penipuan perdagangan Negara lain yang turut disenaraikan adalah Negara China Sedar sekiranya tuduhan tersebut tidak dilenyapkan dan diatasi Malaysia bakal menghadapi sekatan...
Rungutan Rakyat Kenaikan Bil Elektrik Kerajaan Perlu Serius Tangani

Rungutan Rakyat Kenaikan Bil Elektrik Kerajaan Perlu Serius Tangani

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR 3 Jun Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak Adnan Seman berkata pihak Tenaga Nasional dan kementerian yang berkenaan perlu segera mencari jalan penyelesaian berhubung kenaikan bil elektrik yang menimbulkan kemarahan rakyat serta...
Kerajaan Ph Jangan Aniaya Rakyat Segerakan Duit Raya Felda Dividen Risda Felcra

Kerajaan Ph Jangan Aniaya Rakyat Segerakan Duit Raya Felda Dividen Risda Felcra

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 483 hits
Aidilfitri hanya berbaki kurang seminggu namun harapan warga peneroka khususnya di tanah rancangan Felda RISDA dan Felcra di seluruh negara untuk menerima duit raya dari kerajaan Pakatan Harapan masih terbiar tinggal harapan Sehubungan itu ...
Kerajaan Jangan Gila Bayar Hutang Untuk Dapat Nama Sehingga Kebajikan Rakyat Didusta

Kerajaan Jangan Gila Bayar Hutang Untuk Dapat Nama Sehingga Kebajikan Rakyat Didusta

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 430 hits
Kemenangan dan sokongan rakyat untuk PH MENANG Dan Tun SEBAGAI PM adalah untuk kebajikan rakyat secara langsung bukan untuk membayar hutang sahaja JANGAN semuanya rakyat terkorban sedangkan Pak Menteri sudah Mula KUMPUL harta melalui kroni ...
Jangan Salahkan Rakyat Kalau Bersikap Sinis Terhadap Kerajaan Ph Nik Nazmi

Jangan Salahkan Rakyat Kalau Bersikap Sinis Terhadap Kerajaan Ph Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 388 hits
Nik Nazmi Nik Ahmad KUALA LUMPUR Pakatan Harapan tidak boleh menyalahkan pengundi jika mereka bersikap sinis atau ragu ragu terhadap pentadbiran kerajaan yang tidak mengotakan janji Ketua Setiausaha Pengelola Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad be...
Sejauhmana Rakyat Bijak Guna Kebebasan Bersuara Di Bawah Ph

Sejauhmana Rakyat Bijak Guna Kebebasan Bersuara Di Bawah Ph

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 353 hits
Di harap tahap maki Dan FITNAH era 10 tahun dahulu sudah pupus kecuali yang memang itu sudah jadi makanan ruji mereka Kita test kebijaksanaan mereka TUMPANG IKLANKambing utk DIJUAL lumsum10 ekorJantan 4 ekor Betina 6 ekorDetails Jantan 1 ek...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations

10 Malaysians Fined For Illegal Street Racing In Hatyai

Teen Runs Red Light Crashes Into Motorcyclist While Fleeing Police In Sungai Petani

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung