Jangan Lupa Selain Sekarang Menteri Hannah Yeoh Juga Adalah Speaker Dun Selangor Sebelum Ini


 


Sekurang-kurangnya ada dua aspek yang dipertikaikan berhubung kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik bersama suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang sejak kebelakangan ini menjadi isu hangat dalam negara.


Pertama, selain Ahli Parlimen DAP Segambut itu sekarang ini merupakan anggota kabinet kerajaan madani pimpinan pejuang unggul reformasi, Anwar Ibrahim, beliau juga sebelum ini adalah Speaker DUN Selangor.


Dengan kontrak yang diperolehi suaminya itu, ia menimbulkan persoalan tentang kemungkinan wujudnya layanan keutamaan atau konflik kepentingan berhubung pemberian kontrak berkenaan.


Kedua, kontrak itu diperolehi bukan dengan cara tender terbuka, tetapi secara runding terus.


Sudah menjadi pengetahuan umum, antara umpan PH untuk menarik sokongan rakyat sejak bertahun-tahun dahulu ialah menjanjikan tender terbuka dalam semua kontrak kerajaan bagi memastikan ketelusan, keadilan dan mengelakkan ketiriaan.


Jadi, mengapa sekarang ini syarikat milik bersama suami seorang menteri PH dan bekas Speaker DUN Selangor boleh diberikan kontrak secara runding terus?


Hakikatnya, apa yang berlaku dalam isu yang sedang menjadi buah mulut rakyat ini, ia secara langsung menyebabkan wajah PH terconteng arang hitam yang tebal lagi pekat.


Di mana PH mahu letak mula apabila dengan selamba saja memungkiri janjinya sendiri?


Untuk itu, terdapat dua tindakan segera yang boleh dilakukan untuk memadamkan api kemarahan rakyat dalam kontrak tersebut.


Pertama, kerajaan negeri Selangor hendaklah membatalkan serta-merta kontrak pengangkutan yang telah diberi kepada syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh itu.


Kontrak berkenaan sebaliknya harus ditender semula secara tender terbuka dan syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh itu boleh menyertainya semula dan sama-sama bersaing secara sihat.


Yang kedua dan ini paling terpuji, suami Hannah Yeoh sendiri dengan sukarela tampil mengembalikan kontrak yang telah diperolehinya itu kepada kerajaan negeri Selangor.


Pengembalian kontrak itu bukan saja untuk menjaga nama baik PH, malah untuk mengelakkan nama isterinya, seorang menteri dalam kabinet kerajaan madani yang sebelum ini banyak dipuji daripada terus menjadi cecehan rakyat.


Sama seperti saranan pertama di atas, setelah kontrak dikembalikan, maka tender semula hendaklah dilakukan dengan segera.


Jangan berdiam diri saja ketika isu ini sedang panas dan jangan juga berlengah lagi daripada bertindak.


Salah satu pihak terbabit mesti mengambil tindakan yang segera.


Ingatlah, rakyat sentiasa memerhati dan jika tidak segera ditangani, ia boleh membawa kemusnahan sebuah kerajaan dalam PRU16 akan datang.


Yang terdekat, kalau dibiarkan tanpa apa-apa tindakan, bencana juga boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Bakap yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Jangan ingat menang di Kuala Kubu Bharu sudah boleh berasa selesa, ingatlah undi PH tidak banyak bertambah pun, malah undi Melayu dan undi orang muda masih memihak sebelah sana. – ShahbudinHusin 29Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/29/jangan-lupa-selain-sekarang-menteri-hannah-yeoh-juga-adalah-speaker-dun-selangor-sebelum-ini.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/jangan-lupa-selain-sekarang-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Should Just Cancel Transit System Project Awarded To Company Of Hannah Yeoh S Hubby

Selangor Should Just Cancel Transit System Project Awarded To Company Of Hannah Yeoh S Hubby

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 237 hits
Letter to editorI AGREE with Transparency International Malaysia that the Selangor state government and some related federal agencies should not have awarded the transport related project to two companies on the basis of negotiations An ope...
Mendesak Hannah Yeoh Meletak Jawatan Adalah Sama Seperti Desakan Kepada Shahrizat Dahulu

Mendesak Hannah Yeoh Meletak Jawatan Adalah Sama Seperti Desakan Kepada Shahrizat Dahulu

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 192 hits
DAP dan penyokong penyokong PH secara umumnya menolak gesaan pelbagai pihak agar Hannah Yeoh meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan susulan syarikat milik bersama suaminya diberikan kontrak pengangkutan oleh kerajaan negeri Sela...
Suami Hannah Yeoh Ceo Malaysiakini Selangkah Selangor Asia Mobility

Suami Hannah Yeoh Ceo Malaysiakini Selangkah Selangor Asia Mobility

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 314 hits
ASIA MOBILITY TECHNOLOGY SDN BHD Bendalah ni tersebar di XSo now kita tengok sejauh mana projek ni boleh memberi manfaat
Hannah Yeoh Jangan Berdiam Diri

Hannah Yeoh Jangan Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 178 hits
HANNAH YEOH JANGAN BERDIAM DIRI KELUARKANLAH SUARAMU Sejak timbul isu berkaitan syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh memperolehi kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor paling dirindui tentunya ialah komen daripada Menteri ...
Wan Rosdy Patahkan Persepsi Sekarang Adalah Masa Untuk Ofensif Dan Bukan Lagi Defensif

Wan Rosdy Patahkan Persepsi Sekarang Adalah Masa Untuk Ofensif Dan Bukan Lagi Defensif

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 172 hits
JERANTUT Sekarang adalah masa untuk ofensif dan bukannya defensif dalam usaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional tidak dihujani dengan pelbagai persepsi yang akhirnya merugikan parti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan ...
Luhut Bocorkan Sosok Orang Toxic Jangan Jadi Menteri Prabowo

Luhut Bocorkan Sosok Orang Toxic Jangan Jadi Menteri Prabowo

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 135 hits
Luhut juga percaya Prabowo tidak akan memilih mereka mereka yang memiliki track record buruk di pemerintahannya
Sepatutnya Anak Beranak Atau Menteri Jangan Langsung Terlibat Dalam Apa Apa Tander Ianya Menjadi Bebanan Pada Kerajaan

Sepatutnya Anak Beranak Atau Menteri Jangan Langsung Terlibat Dalam Apa Apa Tander Ianya Menjadi Bebanan Pada Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 130 hits
RESPON ANWAR MENGECEWAKAN MENGHAMPAKAN DAN TIDAK MENAMBAH KEYAKINAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN Berikut adalah respon Perdana Menteri berhubung itu kontrak pengangkutan daripada kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik suami ...
Luhut Beri Saran Ke Prabowo Jangan Ada Menteri Punya Track Record Tidak Bagus

Luhut Beri Saran Ke Prabowo Jangan Ada Menteri Punya Track Record Tidak Bagus

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 111 hits
Saran tersebut diberikan untuk memastikan pemerintahan berikutnya berjalan lancar
Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Durian Durian Durian Imam

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Al Imam Salim Dari Kota Hadhramaut Ke Alam Nusantara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Pelajar Kpsk Mencungkil Kebolehan Seni Orang Kurang Upaya Di Karnival Casaxoku 2025