Mendesak Hannah Yeoh Meletak Jawatan Adalah Sama Seperti Desakan Kepada Shahrizat Dahulu






DAP dan penyokong-penyokong PH secara umumnya menolak gesaan pelbagai pihak agar Hannah Yeoh meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan susulan syarikat milik bersama suaminya diberikan kontrak pengangkutan oleh kerajaan negeri Selangor.


Mereka berhujah, tiada alasan untuk Ahli Parlimen Segambut itu berbuat demikian kerana kontrak diperolehi suaminya itu bukan daripada kementerian isterinya.


Bahkan, penyokong pekat PH turut menolak saranan agar Hannah Yeoh memberi respon terhadap isu melibatkan suaminya itu.


Kata mereka, tiada keperluan lagi untuk Hannah Yeoh memberi sebarang respon (mujur menteri itu baru memberi responnya sebentar tadi) lantaran KP SPRM, Azam Baki telah pun tampil mengatakan tiada kes untuk disiasat.


Ada penyokong PH yang lagi pekat pula berkata, isu tersebut bukan isu besar dalam negara untuk kita sibuk-sibuk mengenainya.


Ayoyooo….


Tetapi, kalau dibuat perbandingan, isu suami Hannah Yeoh ini sebetulnya lebih kurang sama saja dengan kes suami Shahrizat Jalil dahulu.


Suami Hannah Yeoh memperolehi kontrak daripada kerajaan negeri Selangor, sedangkan isterinya adalah Menteri Belia dan Sukan, manakala suami Shahrizat mendapat kontrak membela lembu daripada Kementerian Pertanian, walhal isterinya ketika itu adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Meskipun perjalanan dan liku-liku dana syarikat digunakan antara kedua-duanya jauh berbeza, tetapi dari segi amalan kronisme dan nepotisme, ia tidak berbeza sama sekali.


Bahkan, Hannah Yeoh ketika era BN berkuasa dahulu begitu kuat menentang amalan memberi projek kerajaan kepada kroni dengan menyifatkannya sebagai amalan tidak bermoral.


Sebab itu, bagi yang sudah lama berjuang bersama PH, turut sebelum ini menentang amalan kronisme dan nepotisme serta pernah mendesak Shahrizat meletak jawatan, mereka harus kembali menyemak jati diri masing-masing.


Apakah pendirian mereka ketika PH jadi pembangkang dulu masih sama setelah gabungan itu mengetuai kerajaan sekarang?


Janganlah cepat emosi bila Hannah Yeoh didesak meletak jawatan kalau dalam kes Shahrizat dahulu, mereka juga lantang bersuara mendesaknya meletak jawatan.


Sebagaimana bumi ini bulat, perjalanan kehidupan juga adalah macam roda – sekejap di atas dan sekejap di bawah.


Dapat jadi kerajaan bukan bererti tidak boleh kembali jadi pembangkang semula.


Bagi yang baru berubah menjadi penyokong PH setelah gabungan itu berjaya menjadi kerajaan, janganlah pula berlebih-lebihan menyokong kerajaan sehingga bukan saja yang kelabu dikata putih, malah yang hitam pun dinyatakan putih juga.


Berpada-padalah dan jangan sampai sokongan itu membawa rebah kerana rakyat kebanyakan masih boleh berfikir dan membezakan antara hitam dengan putih.


Hakikatnya, dalam kehidupan atau perjuangan, kita tidak harus berbeza pendirian walau dalam apa keadaan sekali pun.


Kita juga tidak harus takut menyatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang ada dalam hati nurani kita.


Kalau hati kata ia betul, katalah di mulut sebagai betul dan kalau hati kata tak betul, jangan takut untuk bersuara mengatakan ia tidak betul – barulah kita jadi manusia yang betul.


Berbalik kepada isu suami Hannah Yeoh dan yang terbaru SPRM sendiri sudah berubah nada dengan mengatakan akan segera memulakan siasatan berikutan beberapa petunjuk baru telah diterima, ini bermakna keperluan untuk Menteri Belia dan Sukan itu meletakkan jawatan semakin menjadi kewajipan.


Bahkan, amat terpuji jika Perdana Menteri sendiri menasihatkan Hannah Yeoh agar berundur pergi.


Mengekalkan lagi beliau dalam kerajaan menunjukkan PH pimpinan Anwar Ibrahim yang mengetuai kerajaan madani sekarang tidak cukup tegas dalam perjuangan menolak amalan kronisme dan nepotisme yang didendangkan sejak lebih 25 tahun lamanya.


Jika tidak berani berbuat apa-apa, eloklah dihalalkan saja amalan kronisme dan nepotisme dalam kerajaan madani ini. – ShahbudinHusin 01Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/01/mendesak-hannah-yeoh-meletak-jawatan-adalah-sama-seperti-desakan-kepada-shahrizat-dahulu.html








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/mendesak-hannah-yeoh-meletak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lupa Selain Sekarang Menteri Hannah Yeoh Juga Adalah Speaker Dun Selangor Sebelum Ini

Jangan Lupa Selain Sekarang Menteri Hannah Yeoh Juga Adalah Speaker Dun Selangor Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 200 hits
Sekurang kurangnya ada dua aspek yang dipertikaikan berhubung kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik bersama suami Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang sejak kebelakangan ini menjadi isu...
Gentle Letak Jawatan Kata Ti Lian Ker Kepada Hannah Yeoh

Gentle Letak Jawatan Kata Ti Lian Ker Kepada Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 384 hits
Bekas Naib Presiden MCA Ti Lian Ker mendesak Hannah Yeoh meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan berhubung isu Projek Rintis Demand Responsive Transit Menurutnya isu projek tersebut menimbulkan isu kecekapan akauntabiliti dan ket...
Hannah Yeoh Jangan Berdiam Diri

Hannah Yeoh Jangan Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 215 hits
HANNAH YEOH JANGAN BERDIAM DIRI KELUARKANLAH SUARAMU Sejak timbul isu berkaitan syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh memperolehi kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor paling dirindui tentunya ialah komen daripada Menteri ...
Kdnfc Menafikkan Timbalan Presiden Ceo Meletak Jawatan Berikutan Tunggakan Gaji Pemain

Kdnfc Menafikkan Timbalan Presiden Ceo Meletak Jawatan Berikutan Tunggakan Gaji Pemain

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 222 hits
KOTA BHARU Kelantan Darul Naim FC menafikan bahawa pengunduran diri Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan Ketua Eksekutif Wan Mohd Zul Ikman disebabkan oleh isu pembayaran gaji pemain atau kekalahan pasukan dalam pertandingan Liga ...
Projek Diperolehi Suami Hannah Yeoh Bukan Idea Baru Ia Mirip Grab Saja

Projek Diperolehi Suami Hannah Yeoh Bukan Idea Baru Ia Mirip Grab Saja

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 198 hits
Perkhidmatan demand responsive transit atau transit responsif atas permintaan yang ingin diperkenalkan kerajaan Selangor bukanlah sesuatu yang baru mahupun ground breaking technology seperti yang digambarkan oleh sebuah syarikat yang kini t...
Selangor Should Just Cancel Transit System Project Awarded To Company Of Hannah Yeoh S Hubby

Selangor Should Just Cancel Transit System Project Awarded To Company Of Hannah Yeoh S Hubby

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 301 hits
Letter to editorI AGREE with Transparency International Malaysia that the Selangor state government and some related federal agencies should not have awarded the transport related project to two companies on the basis of negotiations An ope...
Suami Hannah Yeoh Ceo Malaysiakini Selangkah Selangor Asia Mobility

Suami Hannah Yeoh Ceo Malaysiakini Selangkah Selangor Asia Mobility

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 425 hits
ASIA MOBILITY TECHNOLOGY SDN BHD Bendalah ni tersebar di XSo now kita tengok sejauh mana projek ni boleh memberi manfaat
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma