Jangan Lebih Dua Jam Sehari



PENGGUNAAN peranti elektronik berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda.
Dalam aspek kesan penggunaan peranti elektronik kepada mata, ia boleh menyebabkan kanak-kanak berhadapan masalah rabun jauh dalam usia yang tidak sepatutnya, manakala dalam aspek mental dan emosi, ‘ketagihan’ peranti elektronik boleh membawa kepada sikap agresif jika tidak dapat menggunakan alatan itu.
Berkongsi berhubung kesan peranti elektronik kepada mata, Pakar Perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee daripada Prof Muhaya Eye & Lasik Centre (PMELC) berkata, peningkatan bilangan kanak-kanak mengalami rabun jauh atau ‘myopia’ akibat kerap menggunakan alatan itu adalah isu yang perlu ditangani pada peringkat awal.
“Penggunaan peranti elektronik terutamanya telefon pintar dan komputer tablet dalam kalangan kanak-kanak tidak seharusnya melebihi dua jam sehari,” katanya kepada Bernama.
Menurutnya, satu kajian pada 2005 mendapati kadar rabun kanak-kanak berusia tujuh tahun adalah 9.8 peratus manakala bagi kanak-kanak berusia 15 tahun pula adalah 34.4 peratus
“…kajian ini dilakukan pada 2005 dan penggunaan peranti elektronik dalam kalangan kanak-kanak (ketika itu) masih rendah, kini statistik itu dijangka meningkat dengan penggunaan yang tidak terkawal. Ramai pesakit yang datang untuk rawatan penglihatan kabur mempunyai tabiat melihat skrin digital dengan lama,” jelasnya.
Tambah Dr Azura, selain myopia kanak-kanak turut terdedah dengan ketidakselesaan dan kekeringan mata (digital eye strain) akibat mata kurang berkelip kerana asyik melihat alatan elektronik itu.
“Selain itu, melihat skrin digital dengan dekat dan silau daripada skrin akan turut mengakibatkan ‘digital eye strain’. Gejala digital eye strain termasuklah mata rasa penat, pedih, berair, gatal, penglihatan kabur dan pening,” katanya.
Menurutnya, American Academy of Pediatrics mengesyorkan tiada peranti elektronik bagi kanak-kanak di bawah dua tahun, satu jam sehari bagi yang berumur tiga hingga lima tahun, satu sehingga satu setengah jam sehari bagi kanak-kanak enam hingga 10 tahun dan dua jam bagi kanak-kanak 11 hingga 13 tahun.
Katanya, syor itu boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa untuk mula mengawal waktu penggunaan anak-anak bermain peranti elektronik.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, pengaruh peranti elektronik terhadap kehidupan harian kanak-kanak di negara ini membimbangkan dan satu tinjauan pendapat dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di Lembah Klang mendapati 78.3 peratus ibu bapa membenarkan anak-anak memiliki alatan itu.
Seorang ibu, Nurul Aida Abd Razak, 35, berkata, anak lelakinya Muhammad Fahmy Mohamed Fadzly, 9, mula memakai cermin mata akibat rabun jauh sejak berusia enam tahun kerana gemar melihat telefon bimbit dalam keadaan gelap pada waktu malam untuk menonton kartun dan bermain permainan video.
“Kuasa kanta cermin mata anak saya kini 250 untuk kedua-dua mata… dan sekarang saya hadkan penggunaan peranti elektronik kepada dia, hanya boleh guna pada hujung minggu iaitu dalam satu hingga dua jam sehari,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar ibu bapa lain memantau dan mengawal penggunaan peranti elektronik anak mereka supaya kanak-kanak ini tidak berisiko berhadapan dengan masalah penglihatan seperti yang dihadapi anaknya.
Sementara itu, pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Profesor Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, penggunaan peranti elektronik secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh memberi kesan negatif kepada proses perkembangan mental dan emosi mereka jika tidak ditangani dengan baik.
“Misalnya, jika tiada peranti elektronik, mereka yang agresif akan marah dan pamer tingkah laku seperti tendang pintu, hentak meja dan lain-lain manakala golongan kurang agresif akan pamerkan reaksi marah terpendam seperti merajuk, berdiam diri dan melarikan diri,” katanya.
Mohamed Fadzil berkata, ibu bapa boleh memainkan peranan dalam isu penggunaan peranti elektronik dengan mengurus secara produktif dan konstruktif iaitu mengawalnya secara tegas serta berkesan.
Tambah beliau, ketagihan kanak-kanak dengan peranti elektronik boleh diatasi secara perlahan-lahan melalui pendedahan kepada aktiviti lain misalnya melukis.
“Kanak-kanak boleh diajar dengan teknik ‘switch’ atau alih tumpuan kepada perkara lain apabila mereka mula tumpu kepada peranti elektronik. Ibu bapa perlu cekap untuk kawal dan selia anak tatkala menggunakan atau berhadapan dengan alatan itu,” ujarnya.
 
Sumber: hmetro.com.my
The post ‘Jangan Lebih Dua Jam Sehari’ appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/jangan-lebih-dua-jam-sehari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Botak Dua Kali Ganda Kalau Anda Kerja Lebih 52 Jam Seminggu Kajian

Risiko Botak Dua Kali Ganda Kalau Anda Kerja Lebih 52 Jam Seminggu Kajian

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 401 hits
Ia berkait rapat dengan stress yang membuatkan folikel rambut menjadi rosak Saintis menemui hasil kajian yang merumuskan jika seseorang itu berkerja lebih daripada 52 jam seminggu risiko untuk kehilangan rambut menjadi dua kali ganda lebih ...
3 Pelajar Padawan Dibelasah Lebih 10 Gengster Asrama Selama 2 Jam Sebelum Dibenarkan Tidur

3 Pelajar Padawan Dibelasah Lebih 10 Gengster Asrama Selama 2 Jam Sebelum Dibenarkan Tidur

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 515 hits
Tiga pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di Padawan Sarawak dibelasah selama dua jam sebelum dibenarkan tidur Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu di asrama sekolah berkenaan mangsa telah dipukul lebih dari 10 pelajar senio...
Lepas Beri Bayi Makan Bagi Air Masak 4 Ke 6 Oz Dalam Sehari Lebih Lebih Lagi Makanan Berprotien Yang Ada Beban Osmolar

Lepas Beri Bayi Makan Bagi Air Masak 4 Ke 6 Oz Dalam Sehari Lebih Lebih Lagi Makanan Berprotien Yang Ada Beban Osmolar

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 292 hits
Makanan pelengkap ataupun Complementary Feeding adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi selain daripada pemberian susu ibu atau susu formula Ia adalah penting kerana setelah mencapai satu peringkat susu ibu sahaja tidak memadai u...
Jangan Letakkan Maruah Ph Lebih Rendah Dari Lokman Adam

Jangan Letakkan Maruah Ph Lebih Rendah Dari Lokman Adam

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 313 hits
Lokman Adam tahu mengapa Zahid Hamidi dan beberapa kumpulannya mahu sangat bawa Umno untuk menyokong Tun M Beliau pun sedar mengapa parti lebai pun tiba2 sokong Tun M yang lebai pernah kata negara akan rosak binasa kalau Tun M jadi PM Lokma...
Inai Merah Vs Inai Putih Dua Dua Cantik Tapi Mana Lebih Elok Dipakai Pada Hari Bahagia

Inai Merah Vs Inai Putih Dua Dua Cantik Tapi Mana Lebih Elok Dipakai Pada Hari Bahagia

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 917 hits
Malam berinai dah jadi satu trend terutama sekali kepada pihak pengantin perempuan Setuju tak small Cover image via Twitter twtmalaywedding small Kalau dulu malam berinai diadakan malam sebelum majlis akad nikah dan pengantin perempuan akan...
Fathia Latiff Akui Lebih Tertarik Dengan Lelaki Cina

Fathia Latiff Akui Lebih Tertarik Dengan Lelaki Cina

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 716 hits
Pelbagai kontroversi terpalit dirinya tahun lalu sehingga mempunyai masalah mental seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak namun Fathia Latiff berharap tahun 2020 The post appeared first on
Anak Sapi Lahir Dua Mulut Dan Empat Mata Di Blitar Ditawar Rp 15 Juta

Anak Sapi Lahir Dua Mulut Dan Empat Mata Di Blitar Ditawar Rp 15 Juta

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 311 hits
Kelahiran Pahing anak sapi dengan dua mulut dua lidah dan empat mata menjadi magnet warga melihat dari dekat Bahkan karena dinilai sangat menarik ada seorang warga yang langsung menawarnya seharga Rp 15 juta Penawaran itu hanya selang tiga ...
Mayat Wanita Terbelah Dua Ditemui

Mayat Wanita Terbelah Dua Ditemui

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 583 hits
Gambar hiasanMelbourne Mayat seorang wanita yang terbelah dua ditemui di dua tingkat tempat letak kereta sebuah hotel di Australia semalam Polis dipanggil ke Bayview On The Park Hotel di Melbourne selepas pekerja pembersihan menemui bahagia...
Mulfachri Harahap Satu Dua Piring Pecah Di Kongres Pan Masih Wajar

Mulfachri Harahap Satu Dua Piring Pecah Di Kongres Pan Masih Wajar

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 216 hits
Bahwa ya ada riak riak kecil seperti yang teman teman dengar itu Itu sesuatu yang wajar menurut saya kata dia
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids