Lepas Beri Bayi Makan Bagi Air Masak 4 Ke 6 Oz Dalam Sehari Lebih Lebih Lagi Makanan Berprotien Yang Ada Beban Osmolar


Makanan pelengkap ataupun ‘Complementary Feeding’ adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi selain daripada pemberian susu ibu atau susu formula. Ia adalah penting kerana setelah mencapai satu peringkat, susu ibu sahaja tidak memadai untuk menepati keperluan pemakanan bayi, terutamanya zat besi dan zink.

Bilakah masa yang terbaik untuk memperkenalkan makanan kepada bayi?
Makanan yang terbaik setelah bayi dilahirkan adalah susu ibu. Menurut World Health Organization (WHO) dan juga American Academy of Paediatrics (AAP), setelah bayi mencecah usia  6 bulan, bayi disarankan agar diberi makanan selain daripada susu ibu atau susu formula.
Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anak saya sudah bersedia untuk diperkenalkan makanan?
Selain daripada umur bayi, kesediaan bayi untuk memulakan makanan pelengkap juga bergantung kepada kematangan sistem percernaan dan aspek perkembangannya untuk menerima makanan selain daripada susu. Setiap anak adalah berbeza dan berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan anak anda sudah bersedia untuk diberi makanannya yang pertama:
Bayi dalam posisi duduk dengan sendiri tanpa disokong Bayi mempunyai kawalan kepala yang baik dan dapat mengekalkan kepala dalam keadaan menegak Bayi dapat membuka mulut dan badan condong ke hadapan apabila ditawarkan makanan Pada umur 6 bulan atau lebih, bayi juga akan mempunyai perkembangan dari aspek koordinasi di bahagian lidah dan bibirnya.  Koordinasi ini adalah penting kerana ia membantu bayi untuk menerima makanan tanpa menolak makanan keluar semula dengan menggunakan lidah dan tiada lagi reflex tujahan lidah atau ‘tongue-thrust reflex’. Jadi, bayi dapat mengumpul makanan di dalam mulut, menggerakkannya di sekeliling mulut dan menghalakan makanan ke bahagian hujung lidah untuk ditelan.
Anak saya yang berumur 4 bulan sudah mula mencapai makanan dan kelihatan lebih lapar dari biasa. Bolehkah saya mula memberi makanan kepadanya walaupun usianya masih belum mencapai 6 bulan?
Pakar-pakar kesihatan dan juga pakar penyusuan ibu seperti WHO, AAP dan UNICEF menyarankan agar bayi diberi susu ibu secara ekslusif 6 bulan yang pertama dan seterusnya diberi makanan pelengkap setelah umur mencapai 6 bulan. Kebanyakan bayi akan bersedia untuk makan dari aspek perkembangan dan juga fisologi apabila umur mereka di antara 6 hingga 8 bulan.
Di antara sebab-sebab mengapa ibu perlu menunggu sehingga bayi betul-betul bersedia untuk diberi makanan adalah:
Bayi akan mendapat lebih perlindungan terhadap penyakit Kajian menunjukkan bahawa apabila bayi diberi susu badan secara ekslusif selama 6 bulan yang pertama, ia akan mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan, telinga, usus (necrotising enterocolitis), Sindrom kematian bayi secara mengejut ataupun Sudden Infant Death Syndrome (SIDS), alahan dan Kencing Manis Jenis 1. Usus bayi lebih matang dan mengurangkan risiko alahan dan jangkitan kuman Sekiranya makanan pejal diberi sebelum usus matang, ia akan menyebabkan reaksi yang tidak diingini seperti masalah penghadaman, angin dan juga sembelit. Sel-sel di usus yang belum matang juga mempunyai ronga-rongga di antara sel yang boleh memberi laluan kepada protein yang boleh menyebabkan alahan dan juga jangkitan kuman. Mengurangkan risiko obesiti Kajian menunjukkan apabila makan pelengkap diberi terlalu awal sebelum usia 6 bulan, ia boleh menyebabkan kenaikan berat yang mendadak di usia remaja dan dewasa. Mengekalkan bekalan susu ibu Bagi bayi yang masih diberi susu ibu, kajian menunjukkan apabila bayi diberi makan sebelum usia 6 bulan, susu ibu akan berkurangan kerana bayi sudah kenyang dengan makanan yang diberi dan kekerapan minum susu akan berkurangan. Lama kelamaan, ini akan mengurangkan tempoh penyusuan susu ibu. Mengurangkan risiko untuk mengandung Apabila bayi menyusu secara ekslusif 6 bulan yang pertama, tanpa mengambil sebarang makanan lain, ia akan melambatkan ovulasi secara semulajadi. Kaedah perancang keluarga ini adalah 98% efektif sekiranya haid ibu masih belum kembali. Anak saya berumur 6 bulan dan sudah bersedia untuk diberi makanan pelengkap. Berapa kerap saya perlu beri anak saya makan?
Menurut WHO (World Health Organization), bayi diberi makanan pelengkap selepas umur 6 bulan dan  penyusuan susu ibu diteruskan. Pada peringkat awal, ibu boleh memberi makanan kepada bayi  2 ke 3 kali sehari semasa umur 6 ke 8 bulan, kemudian dinaikkan ke 3 ke 4 kali sehari pada umur 9 ke 11 bulan, dan seterusnya menambah lagi 1 ke 2 kali sehari snek yang bernutrisi pada umur 12 ke 24 bulan.
Apakah makanan yang digalakkan untuk bayi saya?
Pemakanan yang sihat perlu dimulakan dari awal lagi untuk menggalakan tabiat yang sama sehingga mereka dewasa kelak. Tawarkan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, daging dan tenusu. Buatlah seperti satu pelangi di atas pinggan anak anda yang mempunyai makanan yang bewarna-warni.

Contoh makanan digalakkan adalah seperti:
Buah: Pisang, Pir, Avakado, Oren Sayur-sayuran: Lobak merah, Bayam, kacang pis, keledek Bijiran penuh: Roti gandum penuh (wholegrain), pasta Daging: Ayam, ikan, daging lembu yang dihancurkan Tenusu: Yogurt dan keju yang dipasteur Apakah makanan yang tidak boleh diberi kepada bayi berumur 6 bulan?
Madu: Madu boleh mengandungi bacteria yang menghasilkan toksin di usus bayi yang membawa kepada ‘Infant Botulism’. Ia adalah satu penyakit yang serius. Adalah disarankan agar tidak memberi madu kepada bayi sehingga mereka mencecah umur 1 tahun. Kekacang yang utuh seperti kacang tanah: Kacang yang utuh tidak boleh diberi kepada kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun  kerana risiko kanak-kanak itu akan tercekik. Anda boleh memberi anak ada kekacang sekiranya ia sudah dihancurkan seperti mentega kacang. Garam: Garam yang berlebihan sehingga 1g setiap hari boleh merosakkan buah pinggang bayi. Elakkan makanan yang mengandungi garam seperti makanan segera seperti sosej dan nugget, sup atau bubur yang mengandungi kiub dan juga kerepek. Gula: Gula adalah tidak baik untuk gigi bayi. Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, aiskrim dan kek. Elakkan juga minuman seperti jus buah yang ditambah gula. Makanan yang mengandungi lemak tepu seperti kek dan biskut Kerang mentah seperti kupang dan tiram yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Apakah minuman yang sesuai untuk diberi setelah bayi mula makan?
Anda perlu meneruskan penyusuan seperti biasa. Sekiranya anda masih menyusu badan, susu anda akan melindungi terhadap penyakit-penyakit selagi anda masih meneruskan penyusuan. Semasa diberi makan, bayi boleh diberi sedikit air masak, lebih-lebih lagi apabila diberi makanan protein kerana ia mempunyai beban osmolar. Bayi boleh diberi air masak sebanyak 4 ke 6 oz dalam sehari. Elakkan daripada memberi air seperti teh dan kopi yang boleh mengurangkan jumlah zat besi yang diserap dari makanan. Minuman berkabonat juga adalah dilarang.
Oleh:Dr Tengku Putri Zainab bt Tengku Ab Malek
Pakar Pediatrik
Sunway Specialist Centre Damansara
FB: Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Putri
The post Lepas Beri Bayi Makan, Bagi Air Masak 4 ke 6 Oz Dalam Sehari. Lebih-Lebih Lagi Makanan Berprotien Yang Ada Beban Osmolar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-beri-bayi-makan-bagi-air-masak-4-ke-6-oz-dalam-sehari-lebih-lebih-lagi-makanan-berprotien-yang-ada-beban-osmolar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Makanan Tak Sihat Biasanya Lepas 10 15 Tahun Kalau Sejak Kecil Dah Makan Macam Macam Tengoklah Kesannya Nanti

Kesan Makanan Tak Sihat Biasanya Lepas 10 15 Tahun Kalau Sejak Kecil Dah Makan Macam Macam Tengoklah Kesannya Nanti

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 545 hits
Kesan makan makanan tidak sihat ini selalunya lepas 10 15 tahun Kalau dari umur 10 tahun dah makan jajan makanan banyak MSG pengawet perasa pewarna dan transfat minum air gas makanan banyak refined karbo minuman sangat manis tak minum air k...
Letih Jadi Suri Rumah Untuk Sehari Isteri Upah Makanan Punyalah Happy Suami Ni

Letih Jadi Suri Rumah Untuk Sehari Isteri Upah Makanan Punyalah Happy Suami Ni

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 342 hits
Jangan marah kalau isteri kuat makan atau suka sangat kirim makanan pada suami Ada masanya selera makan itu datang tanpa dipinta Mungkin sebab letih sangat dan mahu kurangkan stres makan adalah cara yang terbaik Sesekali cuba suami duduk di...
Lepas Mandikan Bayi Urut Macam Ni Bayi Mudah Tidur Dan Kurang Merengek

Lepas Mandikan Bayi Urut Macam Ni Bayi Mudah Tidur Dan Kurang Merengek

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 698 hits
Mengurut bayi memang banyak manfaatnya Selain mengukuhkan ikatan antara bayi dengan ibu ia juga memberi pelbagai kebaikan dari segi kesihatan dengan membantu melancarkan peredaran darah Ada juga pendapat menyatakan urutan boleh mengurangkan...
Tadika Ini Hidang Makanan Macam Bagi Makan Kucing

Tadika Ini Hidang Makanan Macam Bagi Makan Kucing

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 493 hits
Sekali pandang gambar tersebut pasti ramai yang akan menyangkakan ianya seperti makanan kucing tetapi ianya bukanlah makanan kucing tetapi makanan yang disediakan oleh satu pusat jagaan untuk kanak kanak yang dihantar di tempat tersebut Fot...
Bayi Baru Lahir Meragam Lepas Bf Bukan Tak Cukup Susu Mungkin Sebab Lain

Bayi Baru Lahir Meragam Lepas Bf Bukan Tak Cukup Susu Mungkin Sebab Lain

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 672 hits
Sekiranya seseorang ibu menyusukan anak terus dari badan agak sukar untuk mengagak seberapa banyak amaun susu yang diminum bayi Untuk ibu yang baharu melahirkan mungkin mengalami kesukaran untuk menentukan sama ada anak cukup menyusu atau t...
3 Bulan Liburan Raffi Ahmad Keluarkan Uang Lebih Dari Rp600 Juta Hanya Untuk Makan

3 Bulan Liburan Raffi Ahmad Keluarkan Uang Lebih Dari Rp600 Juta Hanya Untuk Makan

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 239 hits
Zaskia Sungkar dan Irwansyah tampak penasaran dengan biaya Raffi Ahmad selama perjalanan kelilng dunia Salah satu yang mencengangkan adalah biaya untuk makan Raffi dan keluarganya serta timnya yang berjumlah total 10 orang Zaskia dan Irwans...
Penderita Gangguan Makan Lebih Rentan Mengalami Kecanduan Olahraga

Penderita Gangguan Makan Lebih Rentan Mengalami Kecanduan Olahraga

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 200 hits
Penelitian terbaru menunjukkan bahwa kecanduan olahraga empat kali lebih umum dialami seseorang yang mengalami gangguan makan Dilansir dari Medical Xpress hal ini terungkap berdasar penelitian oleh Mike Trott dari Anglia Ruskin University
Jangan Lebih Dua Jam Sehari

Jangan Lebih Dua Jam Sehari

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 317 hits
PENGGUNAAN peranti elektronik berlebihan dalam kalangan kanak kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda Dalam aspek kesan penggunaan peranti elektronik kepada m...
Cium Pasangan Lebih Sekali Sehari Mampu Kurangkan Berat Badan

Cium Pasangan Lebih Sekali Sehari Mampu Kurangkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 539 hits
Untuk pengetahuan anda bercium adalah salah satu aktiviti yang sihat dan mampu meningkatkan kesihatan badan anda Mungkin ianya kedengaran agak lucu tapi itu adalah salah satu fakta Jangan pula anda mencium sebarangan orang ya apa yang henda...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu