Jangan Jadi Ahli Politik Berhati Jahat


Usul tidak percaya PM: Pemimpin Melayu tak perlu jadi gunting
BANGKAI gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.

Dari desakan bertalu-talu supaya disegerakan sidang Dewan Rakyat konon hanya mahu dibincangkan isu wabak COVID-19, rupa-rupanya motifnya satu – usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hairan. Masyarakat Malaysia kelihatan tabik dengan apa yang dilakukan beliau dalam tempoh dua bulan ini sejak angkat sumpah 1 Mac lalu.

Menangani wabak COVID-19? Champion. Pakej rangsangan ekonomi? Puas hati. Malaysia? Stabil, tiada tunjuk perasaan, orang lapar mahupun bakar kereta.

Pendek kata, Muhyiddin begitu steady, cool. Beliau pantas, fokus dan faham keinginan rakyat ketika negara-negara tetangga dan sebahagian besar negara suatu ketika `termangu-mangu’ dalam membendung pandemik dunia itu.

Tambah pelik lagi, kekalutan besar politik Malaysia ini bukan dicetuskan DAP? Tidak.

Walaupun memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak, parti itu sanggup `sedekah’ jawatan ketua pembangkang kepada orang Melayu.

Lihat DAP. Jadikan contoh. DAP `biasa-biasa sahaja’ dalam politik. Tapi cukup luar biasa dalam memperjuangkan nasib kaumnya. Bukan itu sahaja, cerdik membawa sesuatu isu. Piawaian mereka dalam politik cukup tinggi. Fokus dan tahu bila masuk Kabinet, apa itu untung nasib perjuangan.

Tak macam kita orang Melayu. Dalam politik, asyik bergaduhlah memanjang.

Itulah senario politik yang melanda pemimpin Melayu. Bukan hari ini sahaja, tapi sudah lama dah. ‘Meletop’ bermula 1987 lagi, merebak ke 1997/1998, 2008, 2013, 2018, 2019…ah! sudah menjangkau tiga dekad rupanya.

Bercakap pasal komitmen Perdana Menteri, kalaulah sekarang dibuat tinjauan atau kaji selidik mengenai prestasi Muhyiddin, pasti agak sukar musuhnya mencari silapnya.

Jadi, apa penyakit politik Melayu ini?

Dalam pelbagai bentuk genre Melayu sama ada klasik mahu pun moden, banyak disebut tentang `penyakit’ hasad dengki.

Epik-epik Melayu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Raja Donan sehinggalah novel-novel klasik hingga ke kontemporari mengungkapkan banyak `penyakit’ ini.

Pepatah Melayu berselirat merata memperkatakan “Air susu dibalas dengan air tuba; harapkan pegar, pegar makan padi; balik belakang, balik gagang; bau busuk tidak berbangkai; Berjalan peliharalah kaki, bercakap peliharalah lidah; Berkerat rotan, berpatah arang.”

Dalam The Malay Mind (1996), Abang Yusuf Puteh menyebut penyakit hasad dengki Melayu ini sebagai the most serious, dangerous and destructive traits of the Malay mind.

Ini diwakili dengki dan dendam. Kedua-duanya disingkatkan kepada 2Ds. Bagi beliau phd ini tidak lain ialah: ‘The basic philosophy in the Malay heart has been this ; that everybody should be equel inpoverty and misery, and that no one should be better off either in prosperity or social standing.’
Sesuatu yang harus ditelan oleh pesaing-pesaing politik ialah pasca pilihan raya umum ke-14 yang lepas dikatakan begitu berbeza dari apa yang pernah orang Melayu depani sebelum ini.

Tumbangnya Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada 9 Mei 2018 kelihatan melenyapkan penguasaan total politik bangsa Melayu.

Kata mereka, orang Melayu sudah hilang status quo dalam menentukan untung rugi, jatuh bangun dan simpang siur nasib bangsanya sendiri – meskipun masih membentuk bangsa majoriti dalam Malaysia.

Kefahaman mengenai kedudukan orang Melayu sebagai bangsa teras dalam kemajmukan Malaysia semakin pudar secara perlahan-lahan.

Prinsip first amongs equal atau ‘pertama di antara yang sama’ – sebagai prinsip asas pembinaan Malaysia semakin dicabar oleh pihak yang mahu menggantikannya dengan prinsip- prinsip yang lain.

Pembawakan ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh parti tertentu dan sekutunya telah mengancam, membelenggu dan meresahkan setiap tubuh dan jiwa raga orang Melayu. Sama ada di desa mahupun di pinggiran bandar, orang Melayu merasakan bahawa ‘Malaysian Malaysia’ telah mencengkam identiti dan jati diri ke-Melayuan mereka.

Kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU-14 itu seakan satu kejanggalan. Janggal kerana hari ini, apabila orang Melayu mahu membela kepentingan bangsanya, mereka dikatakan rasis, tidak toleran dan pada satu ketika digelar pula sebagai ‘Taliban’.

Janggal kerana apabila orang Melayu mahu mempertahankan kedudukan Islam, mereka dikatakan ekstrem, walhal Islam sudah sedia termaktub sebagai agama Persekutuan.

Janggal kerana apabila orang Melayu menuntut haknya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial, maka mereka digelar sebagai pengguna ‘tongkat’ yang tegar dan gagal untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Tetapi apabila wujud organisasi-organisasi dan individu yang memperjuangkan hak dan ideologi songang mereka, seperti LGBT, liberalisme dan cauvinisme, mereka pula dibenarkan atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi.

Dan apabila wujud pihak-pihak yang mempersoal hak keistimewaan Melayu dan mempersenda agama Islam serta Raja-Raja Melayu, dikatakan pula mereka sebagai reformis peneraju Malaysia Baharu.

Jangan sesekali lupa siapa Melayu dari sudut perjuangan.

Semenjak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman hingga sekarang kebanyakan isunya berpunca dari pergeseran pemimpin, bukannya dari bawah.

Bak ikan, kepalanya berbau dan mudarat dahulu dari yang lain.

Bila pemimpin bersengketa, warga di bawah terumbang-ambing mencari kejernihan dalam suasana tiada penjelasan menyeluruh.

Pemimpin-pemimpin politik Melayu mesti balik kepada kebijaksanaan perumpaan jarum – bila menusuk, ia menaub.

Bukan seperti gunting, bila ke depan ia memotong.

Tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Jangan biarkan orang sekeliling jadi `penasihat’ yang membodek.

Jangan ada `tukang-tukang amin’ yang tidak memperbetulkan langkah-langkah sumbang pemimpin.

Sesekali, renungkanlah kata-kata hikmah Presiden Amerika Syarikat ke-33 (1945-1953), Harry S. Truman ini: “Kamu tidak mungkin kaya-raya dalam politik melainkan kamu jadi ahli politik jahat.” – SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/05/jangan-jadi-ahli-politik-berhati-jahat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Undi Tidak Percaya Tun M Jangan Obses Kuasa Pemerhati Politik

Usul Undi Tidak Percaya Tun M Jangan Obses Kuasa Pemerhati Politik

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 322 hits
Pemerhati politik menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak terlalu obses terhadap kuasa semata mata sehingga sanggup membelakangkan keutamaan yang perlu diberi tumpuan pada waktu ini iaitu menangai wabak Covid 19 Pensyarah Kanan Univ...
Warkah Terbuka Untuk Ahli Ahli Politik Dan Penyokong Keadilan

Warkah Terbuka Untuk Ahli Ahli Politik Dan Penyokong Keadilan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 249 hits
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Saudara yang dihormati sekalian Saya mengajak saudara hidup berprinsip dan bermaruah Saya pernah berjumpa sedara Azmin Ali di kantin parlimen pada bulan November 2018 yang lalu...
Apakah Watak Yang Sesuai Untuk Ahli Politik Dalam Drama

Apakah Watak Yang Sesuai Untuk Ahli Politik Dalam Drama

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 507 hits
Tun M is like your old grumpy grandfather He is powerful and always be critical to you Nak melintas depan dia pun takut Tan Sri Muhyidin is like typical Malay father Quiet less talk only do what is necessary DS Najib is like your happy go l...
Rakyat Di Zon Hijau Berhati Hatilah Jangan Ingat Dah Selamat Bebas Bergerak Sana Sini Pm

Rakyat Di Zon Hijau Berhati Hatilah Jangan Ingat Dah Selamat Bebas Bergerak Sana Sini Pm

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 309 hits
Putrajaya 10 Mei Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang ramai di zon hijau COVID 19 agar terus berhati hati Katanya biarpun 94 4 peratus zon di Malaysia adalah zon hijau orang ramai di kawasan ini perlu berhati hati ker...
Orang Ramai Diminta Berhati Hati Lelaki Menyamar Setiausaha Politik Kkr Untuk Penipuan Kkr

Orang Ramai Diminta Berhati Hati Lelaki Menyamar Setiausaha Politik Kkr Untuk Penipuan Kkr

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 701 hits
Jika dilihat keadaan sekarang penularan wabak COVID 19 telah menyebabkan segelintir rakyat Malaysia terjejas pendapatannya Namun tidak dinafikan juga ada segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan ini dengan menipu orang ramai Menerusi...
Dua Adun Pkr Antara 348 Ahli Yang Dipecat Fahmi

Dua Adun Pkr Antara 348 Ahli Yang Dipecat Fahmi

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 394 hits
Dua Adun PKR antara 348 ahli yang dipecat FahmiDua wakil rakyat PKR adalah antara 348 ahli yang dipecat oleh majlis pimpinan pusat parti itu berikutan syor daripada lembaga disiplin Seramai 348 anggota dipecat Ini termasuk beberapa pimpinan...
Viral Bintang Turaya Pertanda Corona Akan Berakhir Ini Penjelasan Ahli

Viral Bintang Turaya Pertanda Corona Akan Berakhir Ini Penjelasan Ahli

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 575 hits
Viral video yang menunjukkan cahaya kecil di pagi hari di berbagai media sosial Cahaya kecil itu disebut sebut sebagai bintang Turaya serta diklaim sebagai pertanda bahwa wabah pandemi Covid 19 akan berakhir Video yang awalnya diunggah ke T...
Bukan Hanya Paru Ahli Sebut Corona Serang Otak Hingga Jantung

Bukan Hanya Paru Ahli Sebut Corona Serang Otak Hingga Jantung

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 374 hits
Virus Corona ternyata tak hanya menyerang paru paru Penyakit Covid 19 sebelumnya diketahui menyerang sistem pernapasan dan memiliki gejala infeksi saluran pernapasan Dokter dan para ahli patologi di seluruh dunia berusaha mengungkap kerusak...
Ibu Telefon Beritahu Bermimpi Nampak Wajah Saya Umpama Ahli Syurga Bersinar Ust Abu Syafiq

Ibu Telefon Beritahu Bermimpi Nampak Wajah Saya Umpama Ahli Syurga Bersinar Ust Abu Syafiq

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 374 hits
Sejak akaun Facebook digodam Ustaz Abu Syafiq dilihat memilih laman sosial Instagram bagi berkongsi maklumat atau apa sahaja berkaitan dirinya Ibu Telefon Beritahu Bermimpi Nampak Wajah Saya Umpama Ahli Syurga Bersinar Ust Abu Syafiq
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba