Dua Adun Pkr Antara 348 Ahli Yang Dipecat Fahmi



Dua Adun PKR antara 348 ahli yang dipecat - FahmiDua wakil rakyat PKR adalah antara 348 ahli yang dipecat oleh majlis pimpinan pusat (MPP) parti itu berikutan syor daripada lembaga disiplin.

"Seramai 348 anggota dipecat.

“Ini termasuk beberapa pimpinan seperti Muhammad Jailani Khamis, See Chee How, Vernon Albert Kedit, Mohd Nazree Mohd Yunus dan Syarul Ema Rena Abu Samah," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan di Facebook.

Muhammad Jailani adalah Adun Rembia manakala See pula adalah Adun Batu Lintang.

Menurut Fahmi, parti itu turut menggantung keanggotaan 285 ahlinya berdasarkan keputusan yang dicapai semasa mesyuarat pada 21 Mac dan 26 April.

Fahmi berkata, mereka termasuk Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha; bekas timbalan ketua AMK, Dr Afif Bahardin: Anggota Majlis Pimpinan Pusat, Mohd Radzlan Jalaludin dan Ketua Wanita Sabah, Rahimah Majid.

“Dari jumlah ini satu melibatkan pimpinan iaitu (Naib Presiden PKR) Chua Tian Chang (Tian Chua).

“Ini sesuai dengan fasal 41.6 perlembagaan parti. Lembaga disiplin sedang meneliti setiap aduan dan bukti-bukti terhadap mereka dan akan mengesyorkan tindakan selanjutnya kepada MPP,” katanya.

PKR memulakan siasatan terhadap mereka yang diketahui bersekutu dengan bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali setelah beliau mendalangi "Langkah Sheraton" pada akhir Februari, yang menyebabkan kerajaan gabungan Pakatan Harapan tumbang.

Azmin kemudiannya bertindak keluar parti untuk menyertai Bersatu yang bergabung dengan Umno dan PAS untuk membentuk Perikatan Nasional, yang mengambil alih teraju kepemimpinan negara.

Tindakan itu disebut sebagai "Langkah Sheraton" kerana puak Azmin bertemu dengan ahli parlimen Umno dan PAS di hotel berkenaan pada malam 23 Februari, yang menjadi mangkin rantaian peristiwa yang mengakibatkan perubahan pemerintahan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, nama-nama mereka yang dipecat atau digantung akan dimuatnaik dalam laman web parti hari ini.

“Dalam mengendalikan setiap kes disiplin PKR berpandukan kepada perlembagaan parti dan menghormati prinsip keadilan sejagat.

“PKR akan terus menjalankan proses membaikpulih parti selepas episod pengkhianatan yang membawa kepada jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui mandat rakyat.

“PKR percaya selepas ini parti akan bertambah kukuh dalam usaha melaksana agenda Reformasi demi rakyat Malaysia,” katanya. - Malaysiakini
rePublish Berita Terkini MalaysiaDua Adun PKR antara 348 ahli yang dipecat - Fahmi Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/05/dua-adun-pkr-antara-348-ahli-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Four Pkr Leaders Among Members Suspended 348 Others Booted Fahmi

Four Pkr Leaders Among Members Suspended 348 Others Booted Fahmi

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 294 hits
Four PKR leaders are among 285 members suspended by the party s central leadership council following recommendations from the party s disciplinary board In a statement on social media PKR communications director Fahmi Fadzil said the party ...
Pkr Pecat 348 Ahli Pemimpin

Pkr Pecat 348 Ahli Pemimpin

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 299 hits
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi KUALA LUMPUR PKR memecat 348 ahli dan pemimpin termasuk dua wakil rakyatnya selepas didapati melanggar disiplin parti itu Wakil rakyat dipecat itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Rembia Datuk Muhammad Jailani Kh...
Lagi Bantahan Tindakan Pecat Ahli Pkr Tak Kena Masa

Lagi Bantahan Tindakan Pecat Ahli Pkr Tak Kena Masa

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 310 hits
SUNGAI PETANI Tindakan Parti Keadilan Rakyat memecat dan menggantung keahlian beberapa anggota parti itu di saat negara berdepan wabak koronavirus dianggap tidak kena pada masanya Ahli Dewan Undangan Negeri Sidam Dr Robert Ling Kui Ee berka...
Ahli Parlimen Dan Empat Adun Sepakat Agih Kurma Di Hulu Terengganu

Ahli Parlimen Dan Empat Adun Sepakat Agih Kurma Di Hulu Terengganu

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 312 hits
HULU TERENGGANU 23 April Buat pertama kali Ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Hulu Terengganu menggunakan resepi terbaik dalam pengagihan kurma sempena bulan Ramadan apabila bekerjasama menyumbangkan lebi...
Langkah Pembersihan Dalam Pkr Dikesali Adun Pkr Sg Acheh

Langkah Pembersihan Dalam Pkr Dikesali Adun Pkr Sg Acheh

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 253 hits
Kenyataan Umum29 April 2020KESAL DENGAN LANGKAH PEMBERSIHAN DALAM PARTISaya dengan ini menyatakan kesal dengan tindakan pengantungan keanggotaan parti YB Dr Afif Bahardin melalui surat bertarikh 14 April 2020 Surat tersebut sangat janggal k...
Pkr Didn T Sack You You Left Fahmi Reminds Santhara

Pkr Didn T Sack You You Left Fahmi Reminds Santhara

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 300 hits
PKR did not sack Edmund Santhara on his birthday on April 3 said party communications director Fahmi Fadzil He instead left the party earlier on Feb 24 said Fahmi In a posting on his official Twitter account this morning the Lembah Pantai M...
Pekerja Kargo Antara Lima Lelaki Ahli Sindiket Air Ketum Di Batu Maung

Pekerja Kargo Antara Lima Lelaki Ahli Sindiket Air Ketum Di Batu Maung

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 391 hits
Anbalagan bersama pegawainya menunjukkan 1 800 bungkusan air ketum yang dirampas BALIK PULAU Pekerja kargo antara lima lelaki yang ditahan dipercayai terlibat sindiket memproses air ketum selepas polis memeriksa sebuah kediaman di Taman Ipi...
Pegawai Ahli Parlimen Dap Didedah Antara Terlibat Pembikinan Video Menghina Ebit Lew

Pegawai Ahli Parlimen Dap Didedah Antara Terlibat Pembikinan Video Menghina Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 471 hits
Sejak beberapa hari lalu nama pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan selepas beliau dan pasukannya memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah Beliau diserang daripada pelbagai pihak termasuk pegawai khas kepa...
Ibadah Puasa Tempoh Suci Antara Dua Haid Mufti Wpkl

Ibadah Puasa Tempoh Suci Antara Dua Haid Mufti Wpkl

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 304 hits
Puasa di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam Sebagai seorang muslim meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar Wanita antara golongan yan...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo