Jangan Ganti Azam Baki




4 December 2025


Pelbagai pihak, termasuk Rafizi Ramli, terus mendesak agar kontrak Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak lagi disambung selepas ini.


Setakat ini, kontrak Azam Baki telah disambung sebanyak tiga kali.


Kali terakhir ia disambung ialah selama setahun pada 13 Mei 2025 dan berakhir 12 Mei 2026.


Walaupun PH sering menjadikan Azam Baki sebagai sasaran ketika bergelar pembangkang dahulu, tetapi Anwar Ibrahim, setelah menjadi Perdana Menteri, nampaknya selesa mempunyai KP SPRM sepertinya.


Sepertinya juga, apabila sudah ada kuasa, isu Azam Baki memiliki saham berjuta-juta dan membenarkan pula  adiknya menggunakan namanya untuk pembelian saham itu sudah boleh dilupakan begitu saja.


Selain itu, Anwar turut beberapa kali memuji Azam Baki kerana dikatakan berani menyiasat dan menangkap jerung-jerung besar yang terkait amalan rasuah.


Ertinya, Anwar begitu menghargai dan menyayangi kedudukan Azam Baki sebagai KP SPRM.


Kalau tidak, tentulah tak mungkin kontraknya disambung sampai tiga kali serta pujian melambung diberikan kepadanya.


Dengan kekalahan PKR dalam PRN Sabah dan kebingungan masyarakat kerana masih ada sejumlah Adun negeri itu tidak didakwa di mahkamah, meski video mereka menerima duit sudah bertebaran hingga langit ketujuh, desakan agar khidmat Azam Baki tidak disambung lagi mula kedengaran kembali.


Ada yang berhujah bahawa imej PKR dan kerajaan madani dalam memerangi rasuah dapat dipulihkan jika kontrak Azam Baki tidak lagi disambung kontraknya.


Sejujurnya isu Azam Baki ini bukanlah isu pertama yang memperlihatkan amalan cakap lain dan buat lain oleh PH setelah ia berjaya menjadi kerajaan.


Maka itu, kerajaan tidak perlu gusar dengan amalan tersebut, sebaliknya mesti menggunakan sepenuhnya kemampuan komunikasi dan keupayaan cybertrooper berbayar mereka untuk menanganinya.


Jika selama ini, tiga kali kontrak Azam Baki sudah disambung dan Anwar masih mampu bertahan sebagai Perdana Menteri, apa masalahnya kalau disambung lagi buat kali keempat?


Lagi pun, penyokong-penyokong PH secara majoriti juga bersetuju dengan penyambungan demi penyambungan kontrak Azam Baki itu.


Mereka malah memuji gandingan Anwar dan Azam Baki adalah regu paling mantap seumpama pasangan Razif dan Jailani Sidek untuk kerajaan madani memerangi rasuah di negara ini.


Tambahan lagi, dengan pendakwaan di mahkamah terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin, bekas Setiausaha Politik Kanannya sendiri, ini adalah petunjuk baharu bahawa Anwar tidak memilih bulu dalam memerangi rasuah.


Sekaligus, pendakwaan terhadap Shamsul Iskandar itu adalah hujah termahal yang boleh digunakan untuk mewajarkan Azam Baki disambung lagi kontraknya.


Bukan saja Anwar perlu meneruskan khidmat Azam Baki ketika tempoh kontraknya berakhir nanti, bahkan Azam Baki sendiri harus sentiasa bersedia untuk khidmatnya disambung lagi.


Gandingan Anwar dan Azam Baki amat cantik jika mereka dapat setia sehidup semati dan hanya dipisahkan apabila kerajaan bertukar tangan nanti. – ShahbudinHusin 04Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/jangan-ganti-azam-baki/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/jangan-ganti-azam-baki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azam Baki Bertekad Mahu Mufliskan Pelaku Rasuah Jangan Nikmati Harta Yang Dicuri

Azam Baki Bertekad Mahu Mufliskan Pelaku Rasuah Jangan Nikmati Harta Yang Dicuri

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 176 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memperhebat usaha mengembalikan setiap sen aset negara yang diseleweng tahun hadapan selaras dengan strategi meminimumkan ketirisan Menurut laporan Bernama Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki...
Insinuations Innuendo Abound Regarding Tengku Zafrul Azam Baki S Alleged Strong Cables

Insinuations Innuendo Abound Regarding Tengku Zafrul Azam Baki S Alleged Strong Cables

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 156 hits
STRONG cables in local parlance denotes having serious connections with the powers that be or even unseen hands that have the ability to shape the national narrative This seems to be the insinuation targeted at a couple of personalities tha...
Azam Baki Tegaskan Siasatan Sprm Tak Berpaksikan Politik Kami Bersikap Telus

Azam Baki Tegaskan Siasatan Sprm Tak Berpaksikan Politik Kami Bersikap Telus

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 134 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menepis semua dakwaan kononnya siasatan mereka berpaksikan politik Tak berpaksikan politik Memetik laporan daripada News Strait Times Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki menyatakan pihaknya sentiasa be...
Azam Baki Mocked For Taking So Long To Realise He Has Many Haters Overstayed His Welcome

Azam Baki Mocked For Taking So Long To Realise He Has Many Haters Overstayed His Welcome

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 187 hits
DETRACTORS have seemingly sighed relief that the Malaysian Anti Corruption Commission head honcho Tan Sri Azam has citing being disliked by many particularly former economy minister who has emerged his biggest critic But this does not stop ...
Missing Plot Why Are Pmx Azam Baki Unscathed In Albert Tei Sam Iskandar S Corruption Probe

Missing Plot Why Are Pmx Azam Baki Unscathed In Albert Tei Sam Iskandar S Corruption Probe

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 188 hits
DETRACTORS are trolling the Malaysian Anti Corruption Commission for having conveniently exempted its head honcho Tan Sri Azam Baki and Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim from any probe despite both being which has gone viral This came...
Azam Baki Rafizi Tak Suka Saya

Azam Baki Rafizi Tak Suka Saya

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 139 hits
Rafizi tak suka saya Azam beri bayangan tamat khidmat tahun depanMalaysiakini nbsp Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memberi bayangan bahawa tempoh perkhidmatannya akan tamat tahun depan Azam berkata kontraknya yang telah dilanjutkan tiga ka...
Biarkan Saja Mic Pergi Jangan Buang Masa Nak Rayu Lagi

Biarkan Saja Mic Pergi Jangan Buang Masa Nak Rayu Lagi

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 203 hits
20 November 2025Sebagai respon kepada keputusan sebulat suara MIC mahu keluar daripada gabungan itu Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati dan menerima dengan hati terbuka sebarang keputusan parti itu Beliau yang j...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Balik Kampung Cuti Sekolah

Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Hari Bonus 2025 30 12 25


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju