Biarkan Saja Mic Pergi Jangan Buang Masa Nak Rayu Lagi








20 November 2025


Sebagai respon kepada keputusan sebulat suara MIC mahu keluar daripada gabungan itu, Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau menghormati dan menerima dengan hati terbuka sebarang keputusan  parti itu.


Beliau yang juga Presiden UMNO  berkata, pihaknya  tidak berhasrat untuk mencampuri urusan dalaman parti pimpinan Tan Sri S A Vigneswaran itu.


“Saya mengikuti dengan dekat apa yang telah diperbahaskan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC baru-baru ini.


“Saya menghormati apa juga keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan kepimpinan MIC. Saya tidak berhajat untuk mencampuri hal ehwal dalaman mereka.


“Apa juga keputusan yang dibuat oleh mereka, kita dengan berlapang dada dan hati terbuka menerimanya,” katanya.


Bagaimanapun Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan sehari sebelum itu berkata, pihaknya akan cuba mengatur perjumpaan dengan pimpinan tertinggi MIC mengenai masa depan parti itu dalam gabungan berkenaan.


Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO yakin pimpinan tertinggi MIC akan membuat pertimbangan sebaik mungkin terhadap resolusi diluluskan perwakilan pada Perhimpunan Agung MIC Ke-79 hujung minggu lalu.


“Saya yakin pimpinan tertinggi MIC akan memikirkan sebaik mungkin,  sedalam-dalamnya kerana MIC parti yang bersama-sama dengan UMNO dan juga MCA semasa kita memerdekakan tanah air suatu ketika dahulu. 


“Hubungan baik antara MIC dan BN amat lama, kita amat rapat, jadi jika ada apa-apa perkara perlu dijelaskan atau salah faham yang perlu dijernihkan, elok kita bawa berunding bersama-sama.


“Ini supaya persahabatan yang telah lama terbina ini tidak terputus begitu sahaja kerana persahabatan penting dalam sesebuah keadaan. 


“Kadang-kadang, cakap-cakap itu biasa, tapi sebagai pemimpin tertinggi, saya yakin presiden, timbalan presiden dan pimpinan tertinggi MIC lain mempunyai kewarasan amat baik dan memikirkan sebaik-baiknya keputusan yang bakal mereka ambil,” katanya.


Berkaitan pendirian MIC itu, adalah disarankan agar BN melupakan saja sebarang usaha mahu memujuk atau merayu parti mengubah keputusannya.


Biarkan saja mereka keluar BN dan mencari haluan sendiri.


Lagi pun, keputusan keluar BN itu bukan dibuat oleh seorang dua pemimpinnya, sebaliknya merupakan pendirian sebulat suara perwakilan akar umbi yang dibuat dalam perhimpunan agung tahunan.


Dengan itu, ia dikira sebagai keputusan mutlak oleh keseluruhan ahli-ahli MIC.


Meskipun keputusan itu kemudian digangguhkan untuk diserahkan kepada kepimpinan MIC pusat memuktamadkannya, adalah membuang masa sebarang cubaan BN mahu mengubahnya.


MIC akan dilihat tidak menghormati suara akar umbi jika sesuatu keputusan boleh diubah sesuka hati.


Selain itu, respon beberapa pemimpin MIC kemudiannya yang antara lain menyebut bahawa detik perpisahan antara parti itu dengan BN pasti berlaku dengan sendirinya menjelaskan bahawa pendirian keluar BN itu sudah tidak boleh diubah lagi.


Kepada Tok Mat, janganlah buang masa lagi ingin bertemu dengan MIC dengan harapan mereka mengubah keputusan tersebut.


Sepatutnya, pertemuan dengan pimpinan MIC, jika mahu dilakukan, ia hendaklah dibuat sebelum perhimpunan agung tahunan diadakan.


Setelah perwakilan sebulat suara memutuskan keluar BN, apa jenis pertemuan untuk memujuk rayu sudah dikira tidak berguna lagi.


Eloklah ikut apa Zahid Hamidi kata – kamu terbuka menerima apa jua keputusan MIC. 


Daripada cuba pujuk MIC, lebih baik mantapkan lagi hubungan dengan DAP. – ShahbudinHusin 20November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/biarkan-saja-mic-pergi-jangan-buang-masa-nak-rayu-lagi/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/biarkan-saja-mic-pergi-jangan-buang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Woiii Masa Jadi Kerajaan Tak Terasa Nak Selesaikan Ke Bab Royalti Komang Mu Nim Kiok

Woiii Masa Jadi Kerajaan Tak Terasa Nak Selesaikan Ke Bab Royalti Komang Mu Nim Kiok

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 161 hits
Cik Yannieya Allah tak habis habis menipu pasal Royalti walhal masa PAS jadi kerajaan satu sen taknak beri royalti kepada Terengganu
Jangan Buang Dalam Sinki Ini Cara Betul Uruskan Sisa Minyak Tepung Kuah

Jangan Buang Dalam Sinki Ini Cara Betul Uruskan Sisa Minyak Tepung Kuah

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 175 hits
Jangan Buang Dalam Sinki Ini Cara Betul Uruskan Sisa Minyak Tepung Kuah Dalam dunia masakan bahan asas utama yang sering digunakan untuk menyediakan makanan adalah minyak masak Ia sering digunakan untuk menggoreng makanan menumis dan sebaga...
Kris Biantoro Jangan Ditanya Kemana Aku Pergi Chord

Kris Biantoro Jangan Ditanya Kemana Aku Pergi Chord

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 166 hits
A A A A A Dm Dm A Dm Jangan ditanya kemana aku pergi D Gm Jangan ditanya mengapa aku pergi A A A Usah dipaksa tuk menahan diri A A Usah diminta ku bersabar hati Dm A Dm Putuslah rambut putus pula ikatan D Gm Pecahlah piring hilang sudah har...
Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 207 hits
Minggu Ni Nak Pergi Bercuti nbsp Akhirnyaaa plan nak pergi bercuti bawa mak selepas mak dah sihat tercapai Minggu ni nieyl ambil keputusan untuk pause sekejap dan pergi bercuti Rasanya otak pun dah mula buffering jadi memang masa yang tepat...
Memang Hang Bodo Tu Saja Nak Cakap

Memang Hang Bodo Tu Saja Nak Cakap

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 162 hits
Sham Ghaz Albert Tei kuda Trojan Mahathir Fadhli Shaari menyebut perjumpaan itu kelmarin Mahathir adalah Penasihat SG4 Negeri yang dikuasai Pas Banyak kali dah kami nasihatkan mana mana Menteri Timbalan Menteri Pegawai Lantikan Politik supa...
Nak Percaya Ratu Badak Ni Wat Pa Dia Bukan Keluar Dari Mana Mana School Of Economic Dia Setaraf Pidah Tu Saja Kiok

Nak Percaya Ratu Badak Ni Wat Pa Dia Bukan Keluar Dari Mana Mana School Of Economic Dia Setaraf Pidah Tu Saja Kiok

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 162 hits
Alif JamilCuba tentuan tengok cara Ratu Naga ni menipu Dia gi ambil data dari indeks DXY kemudian dia pandai pi tolak pula dgn indeks USD MYR dan kononnya dapat angka penyusutan 0 44 Ratu Naga ni dia belajar kaedah kira kekuatan matawang da...
Kisah Seram Akibat Berangan Nak Jadi Hero

Kisah Seram Akibat Berangan Nak Jadi Hero

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 182 hits
Aduhhh Panassss Jeritan kecil Markonah memecah sunyi bilik sempit itu Saya dan Cik Onin saling berpandangan takut terperanjat tidak tahu mahu berbuat apa Markonah melompat seperti baru disentuh besi merah membara Kulit lengannya memerah ham...
Bila Tak Ada Tempat Nak Cerita Bahagian 17

Bila Tak Ada Tempat Nak Cerita Bahagian 17

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 181 hits
Bahagian 17 Bila Tak Ada Tempat Nak Cerita Kita nak luah tapi tak tahu macam mana Takut disalah faham Takut dibalas dengan nasihat yang kita tak minta Jadi kita diam Simpan semuanya seorang diri Sampai hati pun penat nak rasa apa apa
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Rumah Menanti Cahaya

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Level Up With Lazada S 12 12 Gaming Haul

Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Resepi Cucur Bilis Rangup

Sambung Belajar

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids