Jangan Cemburu Kita Pun Nak Belajar Cari Duit Mudah Mat Sabu Sindir Anwar


 
Mohamad Sabu menggamatkan Sidang Dewan Rakyat selepas “menyindir” Ketua Pembangkang ketika membangkitkan isu usul bahas Kertas Pandora. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat gamat apabila Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berjenaka “menyindir” Ketua Pembangkang berhubung usul membahaskan pendedahan Kertas Pandora.
Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon berkata, usul yang dibawa Anwar Ibrahim untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora sudah diterima semalam dan ia masih dalam pertimbangan untuk diluluskan.
“Rayuan usul berkenaan telah diterima semalam dan perlu notis dua hari untuk diluluskan dan ia masih dalam pertimbangan dalam tempoh mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya menjawab pertanyaan Anwar mengenai status rayuan usul yang dikemukakan.
Anwar mengkritik tindakan berkenaan dengan menyifatkan ia sebagai helah untuk menutup ruang perbahasan mengenai pendedahan Kertas Pandora itu.
“Saya dah bawa usul ini dua kali sejak minggu lepas dan semalam Speaker (Azhar Azizan Harun) tolak sekali dan hari ini ia ditolak lagi, ia adalah masalah teknikal kecil untuk bencana kewangan yang besar. Mana nak pilih? Hari ini adalah hari terakhir, janganlah dolak dalik,” katanya di Dewan Rakyat.
Mohamad (PH-Kota Raja) kemudian bangkit menghangatkan Dewan Rakyat dengan “menyindir” Anwar seharusnya tidak perlu merasa cemburu dengan kekayaan luar biasa yang dimiliki individu yang disebut dalam Kertas Pandora.
“Janganlah rasa cemburu kita nak belajar cari duit. Saya jadi empat penggal Ahli Parlimen, tak ada pun duit juta-juta. Saya tengok ada menteri ada RM900 juta dalam bank, RM2 juta wang poket, saya nak belajar cari duit begitu mudah tu, ni Port Dickson (Anwar) sibuk sangat kenapa,” katanya yang turut membuatkan Anwar ketawa dengan jenaka itu.
Anwar dalam pada itu turut menempelak pejuang Islam di dalam kerajaan yang tidak berani bersuara menekan kerajaan membahaskan pendedahan Kertas Pandora.
“Hal ini saya tegaskan kerana ia belum disuarakan oleh pejuang Melayu dan juga pejuang Islam, bagi saya ada percanggahan apa yang dilaungkan sebagai jaguh pertahankan hak tetapi kita mengizinkan kebatilan,” katanya.
Tegasnya, pendedahan berkenaan memerlukan jaminan kerajaan untuk menyiasat perkara berkenaan, bukan untuk terus menghukum.
“Kerajaan harus beri jaminan semua agensi ini akan menyiasat, bukan hanya untuk menghukum. Pengerusi (Speaker) pun harus beri ruang untuk kita bahas perkara ini. Tak mungkin kita mahu pertahankan dan melindungi mereka (individu disebut dalam Kertas Pandora).
Pada 4 Okt, Anwar yang juga Presiden PKR mengemukakan usul supaya Dewan Rakyat segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara melibatkan beberapa nama besar.
Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun menolak usul itu atas tidak perlu disegerakan sehingga memaksa persidangan itu mengetepikan urusan-urusan yang sudah ditetapkan aturan urusan mesyuarat. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/jangan-cemburu-kita-pun-nak-belajar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mat Sabu Sindir Pas Di Parlimen Kerana Judi Naik 22 Kali

Anwar Mat Sabu Sindir Pas Di Parlimen Kerana Judi Naik 22 Kali

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 269 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAhli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar menyindir pimpinan Pas di Dewan Rakyat hari ini kerana menaikkan cabutan khas nombor ekor sebanyak 22 kali dalam tempoh setahun Sindiran itu selepas Mohamad Sabu mencelah per...
Dalam Rumah Tangga Jangan Berkira Ada Duit Lebih Dulukan Isteri Anak Baru Berkat

Dalam Rumah Tangga Jangan Berkira Ada Duit Lebih Dulukan Isteri Anak Baru Berkat

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 302 hits
Rezeki duit rezeki anak semua tu rahsia Allah Cuma kita haruslah berusaha dan memohon doa dari Nya tanpa putus asa Mungkin disebalik kesulitan yang kita alami ada lagi orang lain yang lebih susah Perkongsiaan yang sangat bermanfaat dari Abu...
Nak Masuk Musim Hujan Harga Katak Mahal Gubal Akta Lompat Parti Tok Mat

Nak Masuk Musim Hujan Harga Katak Mahal Gubal Akta Lompat Parti Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 218 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Foto MALAYSIA GAZETTE KUALA LUMPUR Akta Lompat Parti boleh dilaksanakan melalui dua sistem antaranya meletakkan kuasa dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada mengadakan pilihan ...
Pas Jangan Lupa Petik Ayat Al Quran Babit Larangan Berjudi Di Parlimen Sindir Hanipa

Pas Jangan Lupa Petik Ayat Al Quran Babit Larangan Berjudi Di Parlimen Sindir Hanipa

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 467 hits
Faiz Zainudin September 30 2021 Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad memberikan dalil dalil susulan tindakan kerajaan menambah bilangan cabutan khas judi KUALA LUMPUR Ahli Parlime...
Resipi Ayam Masak Vanggey Sangat Sedap Nak Masak Pun Mudah

Resipi Ayam Masak Vanggey Sangat Sedap Nak Masak Pun Mudah

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 388 hits
Sebut sahaja Ayam Masak Vanggey pasti ramai yang teringat ingat akan keenakan hidangan istimewa ni Malah ia antara sajian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama Bagi anda yang teringin nak cuba masak hidangan Ay...
Sebelum Kahwin Haid Ok Lepas Kahwin Tak Teratur Pakar O G Jelaskan Jangan Ambil Mudah

Sebelum Kahwin Haid Ok Lepas Kahwin Tak Teratur Pakar O G Jelaskan Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 242 hits
Doktor sebelum kahwin haid saya elok teratur Selepas dah kahwin jadi tak teratur Saya tidak tahu berapa kali saya sudah mendengar ungkapan ini Kerap sangat sehingga tidak terkira Kenapa keadaan ini berlaku kepada kebanyakan wanita Pakar Obs...
Mudah Sangat Nak Buat Sambal Ikan Pauh Muda Guna 5 Bahan Je

Mudah Sangat Nak Buat Sambal Ikan Pauh Muda Guna 5 Bahan Je

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 342 hits
Sambal ikan pauh muda buat makan dengan nasi panas panas Ramai tak yang suka dengan menu macam ni untuk makan tengahari Betul betul pecah air liur orang cakap dengan resipi daripada Baharin Zakaria ni kan Cara nak buat pun mudah sangat guna...
Uai Pesan Kalau Suami Nak Isteri Topup Belanja Rumah Jangan Terus Suruh Isteri Bayar

Uai Pesan Kalau Suami Nak Isteri Topup Belanja Rumah Jangan Terus Suruh Isteri Bayar

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 444 hits
Bila dah berumah tangga sepatutnya tiada rahsia antara pasangan suami isteri Sebaik baiknya suami perlu berterus terang dengan isteri begitu juga isteri perlu beritahu apa yang patut pada suami Begitu jugalah dalam bab perbelanjaan keluarga...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi