Jangan Cakap Banyak Khabib Bagaimana Gusti Dalam Islam



SUKAN
Jangan cakap banyak - Khabib
LONDON: Khabib Nurmagomedov akhirnya bersuara selepas musuhnya, Conor McGregor mengumumkan persaraan daripada MMA buat kali ketiga.McGregor membuatkan peminatnya pening kepala minggu lalu apabila mengumumkan dia bersara kerana 'sukan itu tidak lagi mengujakan saya'.

Khabib, yang mendominasi McGregor sebelum menang pada pusingan keempat ketika mempertahankan gelaran lightweight pada 2018, sebelum ini tidak memberi komen terhadap keputusan seteru utamanya itu tetapi mula memberi kenyataan di media sosial terhadap atlet Ireland itu.Permusuhan peribadi mereka berlanjutan pada UFC 229 yang bertukar buruk membabitkan pasukan masing-masing selepas pertarungan.Khabib menerusi Instagram semalam berkongsi detik penting pertarungan berkenaan dengan kapsyen: 'Jika anda tidak tahu… Jangan cakap terlalu banyak. Orang akan buat atau hanya bercakap. Dan lebih baik menjadi mereka yang melakukannya.'McGregor, 31, tidak mempunyai lawan selepas Justin Gaethje menewaskan Tony Ferguson untuk Kejuaraan UFC Interim Lightweight seterusnya menempah pertarungan dengan Khabib yang dijangka berlangsung pada musim luruh.Atlet sukan mempertahankan diri dari Dublin itu mengumumkan persaraan pagi Ahad lalu dan kemudian berkata 'perlu menunggu sesuatu yang tidak disukai dan kerana 'tiada apa yang berlaku, sukan itu tidak lagi mengujakannya'. - Agensi Bersukan bukan untuk berseronok sahaja sebaliknya sebagai satu daripada cara untuk bermasyarakat. - Foto hiasanKomen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan atau riadah, bukan sahaja baik untuk kesihatan, bahkan boleh jadi medan untuk dakwah dan dapat menyatukan masyarakat.Melhat dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW sendiri bukan sahaja menyarankan umat Islam bersukan, bahkan Baginda sendiri memiliki kecergasan dan kekuatan hebat. Di zaman beliau, ada seorang  pemimpin Arab yang juga ahli gusti terkenal, bernama Rukanah ibnu Abdu Yazid RA. Rukainah  memeluk Islam selepas dikalahkan dalam pertandingan gusti dengan Rasulullah SAW.Tokoh Quraisy itu memiliki badan tegap dan sasa yang hebat bergusti hingga mengalahkan mana-mana juara gusti di Tanah Arab pada zamannya. Bagaimanapun, berhadapan dengan Rasulullah SAW, ternyata menjadi pengalaman mengejutkan kerana Baginda Rasul berjaya memegang badan Rukanah, lalu membantingkannya ke tanah.Malah perlawanan itu diulang sebanyak tiga kali atas permintaan Rukanah tetapi ketiga-tiga perlawanan itu menyaksikan Rasulullah SAW berjaya mengalahkannya hingga akhirnya akur dan mengalah.Rukanah berkata: “Wahai Muhammad, tiada siapa pernah dapat membaringkan aku hingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain daripadamu! Sebelum ini, engkaulah paling aku benci tetapi sekarang, aku menyaksikan tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah SAW dan Nabi Muhammad SAW itu Rasul-Nya.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)Juara Lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov di atas, pernah mengucapkan takbir semasa menang perlawanannya.Rasulullah SAW bersabda: Orang beriman yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman lemah. Dan masing-masing ada kebaikannya. (HR Ibnu Majah)Sirah juga mencatatkan Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri Baginda, Saidatina Aishah RA, sekali gus membuktikan sukan merapatkan hubungan kekeluargaan. Kali pertama Nabi SAW kalah, manakala perlumbaan kali kedua pula menyaksikan Baginda menang.Boleh sahaja jika Baginda sentiasa menang tetapi sengaja kalah untuk melihat Aishah seronok. Banyak unsur kekeluargaan boleh diterapkan dalam sukan seperti kasih-sayang, tolak-ansur dan kegembiraan ahli keluarga.Jadi, tidak hairanlah Saidina Umar al-Khattab RA juga menyarankan anak-anak diajar memanah, menunggang kuda dan berenang. Masjid boleh menjadi medan menyuburkan sukan sebagai landasan berdakwah dengan menyediakan gelanggang atau aktiviti riadah bersesuaian.Masjid Nabawi pernah dijadikan gelanggang sukan melontar lembing oleh orang Habsyah dan Rasulullah SAW tidak menghalang aktiviti berkenaan. Kini sudah banyak masjid membina gelanggang futsal dan kemudahan riadah yang lain di kawasan rumah Allah itu.Imam al-Ghazali berkata, sesiapa yang menghalang anak bermain dan bersukan, dia menghalang daripada kecerdikan.Sukan Menurut Syariat.  • Memelihara bahagian tubuh atau aurat menurut hukum Islam, iaitu antara pusat hingga lutut bagi lelaki, manakala aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.• Memastikan jurulatih dan atlet daripada jantina sama. Sekiranya berbeza, batas pergaulan perlu dijaga selaras tuntutan syarak seperti jurulatih lelaki tidak boleh menyentuh ahli sukan wanita, begitu juga sebaliknya.• Pakaian sukan perlu memenuhi etika berpakaian ditetapkan syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan diceburi, manakala pakaian wanita perlu longgar dan tidak menampakkan susuk badan.• Percampuran bebas antara lelaki dan wanita semasa bersukan dilarang. Tempat bersukan seperti gimnasium dan kolam renang perlu disediakan berasingan atau melaksanakan jadual masa penggunaan berlainan.• Tidak boleh bersukan hingga melalaikan kewajipan agama seperti solat.• Tidak mempedulikan kepentingan orang lain seperti bermain di jalan raya hingga mengganggu lalu lintas, membuat bising atau menyebabkan kecederaan kepada pihak lawan kecuali kemalangan atau tidak sengaja.• Sokongan keterlaluan khususnya penyokong fanatik hingga mencetuskan pergaduhan atau mengeluarkan kata-kata kesat, bercanggah dengan Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih sayang.• Islam melarang jenis sukan terlalu ekstrim, berisiko tinggi dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental serta spiritual umpamanya pertandingan makan makanan eksotik seperti kala jengking dan labah-labah, haram, najis, kotor serta menjijikkan.• Wanita Muslim dilarang menyertai sukan yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan bertentangan adab, adat serta tatasusilaSekian. Wassalam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/jangan-cakap-banyak-khabib-bagaimana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Takut Pru Itu Hal Pembangkang Jangan Cakap Bagi Pihak Umno

Kalau Takut Pru Itu Hal Pembangkang Jangan Cakap Bagi Pihak Umno

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 291 hits
Pemimpin Pakatan Harapan tidak perlu bercakap bagi pihak UMNO berkaitan Pilihan Raya Umum ke 15 Setiausaha Agung UMNO Shahril Hamdan berkata UMNO tidak mengundang pilihanraya ketika virus Covid 19 masih lagi merebak Menurutnya UMNO bukan pa...
Jangan Cakap Kakak Abang Tak Payung

Jangan Cakap Kakak Abang Tak Payung

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 368 hits
Gambar buat kenang kenangan Terima kasih Repsol JRE kerana sudi berbakti kepada kami sekeluarga sebelum ini Semoga selepas ni dapatlah berkhidmat bakti kepada adik Mama Yan dengan baik dan cemerlang Terpaksa hantar balik Pahang naik Triton ...
Lagu Balonku Dianggap Ajak Anak Benci Islam Habib Husein Jangan Nuduh

Lagu Balonku Dianggap Ajak Anak Benci Islam Habib Husein Jangan Nuduh

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 438 hits
Habib Husein Ja far al Hadar angkat bicara terkait beredarnya video ceramah yang menuduh lagu Balonku mengajak anak anak untuk benci Islam Ia pun melayangkan teguran keras kepada mereka yang menyebarkan tuduhan tersebut Melalui akun Twitter...
Anwar Jangan Abai Rakyat Walau Negara Berdepan Banyak Isu

Anwar Jangan Abai Rakyat Walau Negara Berdepan Banyak Isu

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 353 hits
SHAH ALAM 7 JUN Wakil rakyat diingatkan tidak lupa tanggungjawab masing masing walaupun negara berdepan isu politik rangsangan ekonomi serta pandemik Covid 19 Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelonggaran pergerakan ketika ini membolehkan Ah...
Berapa Banyak Pakej Ransangan Diumum Ekonomi Rakyat Teruk Juga

Berapa Banyak Pakej Ransangan Diumum Ekonomi Rakyat Teruk Juga

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 383 hits
Pakej rangsangan ekonomi digelar Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru baru ini dikhuatiri tidak berupaya menangani masalah serius ekonomi rakyat Malaysia Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Te...
Kerajaan Pn Banyak Duit Tapi Menteri Kewangan Mahu Meminjam

Kerajaan Pn Banyak Duit Tapi Menteri Kewangan Mahu Meminjam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 313 hits
ULASAN Sejak PN ambil alih pentadbiran Malaysia laungan dan teriakan ini selalu berkumandang Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng tipu rakyat Malaysia Dikatakan kerajaan tidak mempunyai duit dan perlu berhutang untuk berbelanja tetapi apabila T...
Kegunaan Daun Pandan Selain Untuk Masakan Banyak Khasiat Juga Rupanya

Kegunaan Daun Pandan Selain Untuk Masakan Banyak Khasiat Juga Rupanya

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 601 hits
Siapa yang tak kenal aroma daun pandan yang wangi menusuk hidung Masakan jadi sedap beraroma apabila di masukkan daun pandan dalam masakan Selain untuk masakan kuih muih daun pandan adalah bahan penting dalam penyediaan nasi lemak Jika tiad...
Covid 19 Ujian Berat Rakyat Malaysia Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi Rupanya Ini Yang Jadi

Covid 19 Ujian Berat Rakyat Malaysia Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi Rupanya Ini Yang Jadi

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 324 hits
Sesungguhnya wabak COVID 19 satu ujian buat kita semua Banyak yang berubah sejak ia melanda Malaysia Ramai yang kehilangan sumber pendapatan tahap kesihatan yang terjejas malah sesi persekolahan juga terpaksa dihentikan seketika sehingga ma...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba