Kegunaan Daun Pandan Selain Untuk Masakan Banyak Khasiat Juga Rupanya
  Siapa yang tak kenal aroma daun pandan yang wangi menusuk hidung. Masakan jadi   sedap beraroma apabila di masukkan daun pandan dalam masakan. Selain untuk   masakan kuih muih, daun pandan adalah bahan penting dalam penyediaan nasi   lemak. Jika tiada. tidak sempurnalah masakan nasi lemak.                     

                            Kegunaan Daun Pandan Selain Untuk Masakan, Banyak Khasiat Juga         Rupanya...             
  Kegunaan daun pandan tidak terhad sebenarnya hanya sebagai bahan masakan   sahaja. Banyak juga petua orang dulu-dulu memanafaatkan khasiat daun pandan   ini dengan pelbagai tujuan yang munasabah untuk kesihatan. 
  Kegunaan Daun Pandan Selain Untuk Masakan, Banyak Khasiat Juga     Rupanya...
  Berikut adalah manafaat daun pandan untuk kesihatan dan cara   penggunaannya: 
- 1 - Menurunkan darah tinggi  Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga   airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya. 
- 2 - Matikan kuman dalam darah  Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat   membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat. 
   - 3 - Mengecutkan rahim      Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan     secara berterusan selama 40 hari.     
      - 4 - Melicinkan kulit          Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air       perahan tersebut bersama dengan pisang.       
  - 5 - Teh pandan untuk mewangikan bau badan       Amalkan minun teh pandan yang di sediakan dengan cara merebus selama 10     ninit. Tambahkan halia dan serai untuk rasa sedap.      
      Penggunaan daun pandan dalam makanan antaranya adalah seperti berikut:     
  - 1 - Melembutkan daging      Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.     
  - 2 - Makanan tidak cepat basi      Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman     daripada cepat basi.     
  - 3 - Pewangi alami      Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke     dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas     semulajadi.     
  - 4 -  Pewarna asli      Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli     makanan atau minuman.     
                    Alangkah beruntungnya pada sesiapa yang ada menanam pokok daun pandan.         Boleh menggunakannya pada bila-bila masa apabila di perlukan. Adalah         banyak kegunaannya yang ramai lagi orang tak tau... kan!             
              Nak dapatkan informasi yang berguna di blog ini, klik         SINI            
              p/s; Biasanya daun pandan di gunakan untuk masak saja. Rupanya untuk         sihat pun boleh guna daun pandan. Dah tau, boleh kongsi pengetahuan         tentang khasiatnya, huhu!             
#kredit FB Leha Yusuf
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.huhahuhajerr.com/2020/06/kegunaan-daun-pandan-selain-untuk-masakan-banyak-khasiat-juga-rupanya.html