Jangan Biar Singapura Tambak Batu Puteh


KUALA LUMPUR: Malaysia tidak boleh membiarkan Singapura melakukan aktiviti menambak tanah di sekitar Batu Puteh atau Pedra Branca selagi kedua-dua negara tidak memuktamadkan garis sempadan maritim di perairan itu.

Pakar undang-undang maritim antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, berkata jika Singapura berterusan menambak Batu Puteh, dikhuatiri lama-kelamaan ia menjadi sebuah pulau yang menepati takrifan Konvensyen Undang-undang Laut 1982 (LOSC).

Berdasarkan Artikel 121 (1) LOSC, sesebuah negara pesisir yang memiliki pulau boleh menuntut hak Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan pelantar benua sejauh 200 batu nautika.

Pada masa kini, katanya, Batu Puteh hanya berstatus batu maritim dan berdasarkan Artikel 121 (3), negara jiran itu boleh menuntut hak wilayah laut sejauh 12 batu nautika saja.

"Saya khuatir jika kita tidak membantah dan Singapura terus menambak tanah di sekitar Batu Puteh, lama-kelamaan ia menjadi sebuah pulau.

"Apabila perkara ini terjadi, Singapura boleh menuntut hak EEZ bagi tujuan perikanan dan hak pelantar benua sehingga 200 batu nautika atau kira-kira 300 kilometer iaitu bersamaan jarak Pulau Pinang ke Kuala Lumpur," katanya kepada BH hari ini.

Singapura sebelum ini dilaporkan, akan mula menambak tanah di sekitar Batu Puteh bagi menambah baik kemudahan di situ akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND), ia juga bagi membolehkan kapal berlabuh, selain menyediakan kemudahan logistik sokongan pentadbiran dan komunikasi tambahan.

Pertikaian mengenai kedaulatan ke atas Batu Puteh bermula pada 1979 dan hanya berakhir pada 23 Mei 2008 apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan berdasarkan bukti yang dikemukakan kepadanya, kedaulatan ke atas batu maritim itu sudah berpindah ke Singapura pada 1980.

Bagaimanapun, ICJ memutuskan kedaulatan ke atas Batuan Tengah, masih hak mutlak Malaysia, manakala Tubir Selatan akan ditentukan kedua-dua negara dalam rundingan berhubung sempadan perairan masing-masing.

Mohd Hazmi, berkata sekiranya sempadan maritim wujud apa juga aktiviti penambakan tidak menjadi masalah kerana kedua-dua negara sudah mengetahui hak masing-masing.

Beliau memberikan contoh Selat Johor yang dimuktamadkan sempadan maritimnya pada 1995.

"Di Selat Johor antara Johor Bahru dan Woodlands, di situ banyak kawasan laut ditambak bukan saja di pihak Singapura bahkan Malaysia.

"Tetapi, di Selat Johor tiada masalah untuk kita tambak kerana ada sempadan maritim yang jelas, kedua-dua pihak tahu sempadan di mana, tetapi di Batu Puteh, sempadan itu belum ada," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hazmi turut melahirkan rasa pelik kerana kedua-dua negara mengambil tempoh yang sangat lama untuk memuktamadkan sempadan maritim di Batu Puteh selepas ICJ membuat keputusan pada 2008.

"Kali terakhir Singapura dan Malaysia berbincang untuk menetapkan sempadan maritim di kawasan itu adalah pada Januari tahun lalu, sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.

"Selepas kita dapat keputusan ICJ pada 2008, sepatutnya apa yang Malaysia dan Singapura buat adalah menentukan sempadan maritim secepat mungkin, malangnya sehingga sekarang sempadan itu belum wujud," katanya. - bharian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/jangan-biar-singapura-tambak-batu-puteh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Biarkan Skin Barrier Kamu Rusak Ini Kuncinya Biar Kulit Kamu Sehat Senantiasa

Jangan Biarkan Skin Barrier Kamu Rusak Ini Kuncinya Biar Kulit Kamu Sehat Senantiasa

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 260 hits
Gonta ganti produk apapun kalau skin barrier nya rusak ya buat apa Sini baca dulu penjelasannya
Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda Jangan Jadi Mangsa Seterusnya

Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda Jangan Jadi Mangsa Seterusnya

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 326 hits
Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda Jangan Jadi Mangsa Seterusnya Pernah dengar Bila dah baca sampai habis rasa seram oi Kematian pelakon terkenal Chadwick Boseman yang dikenali sebagai adiwira Black Panther telah me...
Jangan Bunuh Rakyat Dengan Kegagalan Pkp 3 0

Jangan Bunuh Rakyat Dengan Kegagalan Pkp 3 0

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 302 hits
Jangan bunuh rakyat dengan kegagalan PKP 3 0 Jangan bunuh rakyat dengan kegagalan PKP 3 0 kata Najib Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan tidak membunuh rakyat dengan kegagalan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 sebaliknya mengg...
Jangan Pertikai Masjid Jadi Tempat Suntikan Kata Imam Besar

Jangan Pertikai Masjid Jadi Tempat Suntikan Kata Imam Besar

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 191 hits
Imam Besar Negeri Kelantan Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan memberi kebenaran untuk menggunakan kawasan masjid memandangkan ia bukan tindakan berulang ulang KOTA BHARU Kegunaan masjid ...
Dah Dilucut Jawatan Tu Jangan Lupa Letak Jawatan Ya

Dah Dilucut Jawatan Tu Jangan Lupa Letak Jawatan Ya

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 358 hits
Selepas lebih setahun pergolakan dalaman PKR sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang parti itu kini sekali lagi dilihat bergolak Kali ini sekurang kurangnya dua kepimpinan Pemuda PKR negeri dibubarkan dan beberapa pemimpin say...
Pks Kritik Rektorat Ui Soal Meme Jokowi Jangan Mengesankan Seperti Orde Baru

Pks Kritik Rektorat Ui Soal Meme Jokowi Jangan Mengesankan Seperti Orde Baru

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 277 hits
Lebih baik bertemulah secara akademik sambil menguatkan intelektualisme dan mendidik ujar Hidayat
Jangan Percaya Jualan Vaksin Covid 19 Dalam Talian Tipu Semata Mata Kata Polis

Jangan Percaya Jualan Vaksin Covid 19 Dalam Talian Tipu Semata Mata Kata Polis

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 283 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata vaksin tidak boleh dijual begitu saja kerana ia produk sensitif eksklusif dan bertahap keselamatan tinggi PETALING JAYA Penjualan vaksin Covid 19 secara dalam talian sepe...
Aset Keselamat Malaysian Di Lahad Datu Jangan Pelik Situasi Ini

Aset Keselamat Malaysian Di Lahad Datu Jangan Pelik Situasi Ini

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 251 hits
Hi gaiss assalamualaikum terdapat satu ungkapan atau gurauan yang biasa aku dengar di daerah Lahad Datu Lahad Datu adalah salah satu tempat yang paling selamat di Malaysia hahaha Seperti yang korang tahu sebut sahaja Lahad Datu mesti korang...
Jangan Terlalu Berharap Moratorium Automatik

Jangan Terlalu Berharap Moratorium Automatik

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 189 hits
Pelan Pemulihan Bantuan lebih komprehensif diumum pada Isnin atau Selasa PMHasimi MuhamadJun 26 2021 Muhyiddin berkata bantuan itu termasuk untuk golongan berpendapatan rendah berpendapatan pertengahan dan T20 Foto Facebook Muhyiddin Yassin...
Feeling Slapped Across The Face By Trump Canadians Say They Ll Skip U S Trips

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Ibu Selamat Lahirkan Bayi Hampir Lemas Dalam Kandungan Terkandas Tanah Runtuh

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Pokok Buah Tin Yang Dah Semakin Tinggi

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter