Dah Dilucut Jawatan Tu Jangan Lupa Letak Jawatan Ya



Selepas lebih setahun pergolakan dalaman PKR sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, parti itu kini sekali lagi dilihat bergolak.
Kali ini, sekurang-kurangnya dua kepimpinan Pemuda PKR (AMK) negeri dibubarkan dan beberapa pemimpin sayap parti itu di peringkat pusat dipecat.
Alasan yang diberikan adalah sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15.
Bagaimanapun, Naib Ketua AMK, Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa langkah tersebut diambil ekoran fahaman berpuak-puak antara mereka yang berpihak kepada Pesiden PKR, Anwar Ibrahim dan bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli.
Syed Badli Shah adalah antara mereka yang dipecat hari ini.
"Setelah (bekas timbalan presiden PKR) Azmin Ali keluar dari parti, yang tinggal adalah barisan kepimpinan Rafizi dan Anwar.
"Mungkin mereka merasakan mereka yang dipecat adalah pembela kuat pasukan presiden dan melihat mereka sebagai ancaman kepada pasukan Rafizi," katanya hari ini.
Rafizi tidak lagi aktif dalam PKR tetapi anak didiknya Akmal Nasir adalah ketua AMK yang boleh memutuskan kepimpinan AMK negeri.
Rafizi sebelum ini memberi peringatan kepada Anwar Ibrahim supaya bertindak segera terhadap pihak tertentu di sekelilingnya yang digelar sebagai 'gang baju hitam'.
Antaranya adalah setiausaha politik Anwar yang juga Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. Farhash juga dilantik sebagai pengerusi PKR Perak.
"Saya secara terang-terangan menasihati Anwar agar tidak membiarkan benih kartel tumbuh lagi melalui geng baju hitam," ciap Rafizi di Twitternya pada 17 Jun.
Topik itu muncul setelah pihak-pihak yang kononnya berpihak kepada Farhash membuat hantaran yang tidak berpihak kepada Rafizi.
Catatan itu dipadamkan setelah Rafizi mengancam tindakan undang-undang.
"Kamu harus menguasai pejabat kamu. Inilah yang dibaja oleh orang-orang di pejabat kamu - budaya busuk lain dalam PKR untuk menjadi # kartel2
"Dan mereka gunakan nama kamu untuk membenarkan semuanya. Suatu hari ketika mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan, mereka akan mengkhianati kamu, sekali lagi," kata Rafizi dalam tweet lain pada 18 Jun.
"Kartel" adalah gelaran yang digunakan untuk merujuk kepada kem Azmin semasa dia berada dalam PKR.
Syed Badli Shah berkata, sekurang-kurangnya enam individu, termasuk dirinya, disingkirkan daripada jawatan dalam AMK.
AMK Selangor dan Perlis juga dibubarkan, dengan AMK Selangor, Najwan Halimi dan Ketua AMK Perlis, Azam Karap menerima surat berasingan pagi ini mengenai pembubaran itu.
Surat-surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab, memberikan alasan yang sama iaitu untuk persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15.
"Justeru, ada keperluan untuk AMK PKR Malaysia melakukan rombakan strategik bagi memastikan gerak kerja yang lebih berfokus, seragam dan tersusun," kata surat-surat itu.
Ahmad Syukri menambah dalam surat itu bahawa Ketua AMK, Akmal Nasir akan melakukan rundingan untuk melantik kepemimpinan baru di Selangor dan Perlis.
Pemimpin yang dipecat juga diberikan alasan yang sama.
Pemimpin lain yang dipecat adalah penolong setiausaha AMK, Naqib Nasaruddin, yang berkata dia terkejut ketika menerima surat berkenaan kerana merasakan dirinya dipecat tanpa sebab.
"Mungkin ada kaitannya dengan beberapa isu politik yang berkaitan dengan perubahan kerajaan tetapi saya tidak tahu mengapa mereka memilih masa ini untuk membuat langkah seperti itu," katanya.
Sementara itu, Najwan memberitahu, walaupun dia terkejut dengan pembubaran kepemimpinan AMK Selangor, namun dia menerima keputusan itu kerana ia adalah hak prerogatif ketua AMK.
"Saya adalah orang parti dan saya menerima keputusannya. Saya akan terus berkhidmat untuk pengundi dan parti saya, untuk memperkukuhkan parti saya, terutama di Selangor, ”katanya.
Ketika dihubungi, Azam mengesahkan dia telah menerima surat pemakluman pembubaran kepemimpinan AMK Perlis, namun enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, Syed Badli Shah dalam kenyataannya di Facebook berkata terdapat usaha "mensabotaj" Anwar sebagai presiden parti.
Bagaimanapun, Syed Badli Shah berkata usaha itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada parti.
"Kita tidak sedikit pun tergelincir untuk mempertahankan presiden daripada anasir luar dan juga sabotaj dalaman. Kita tetap berdiri, bangun dan lawan.
“Seperti mana kita lawan puak pengkhianat, kini kita lawan puak yang nak sabotaj parti. Anda mahu menari, mari kita menari saudara," katanya lapor Malaysiakini.

Usaha mensabotaj Anwar sebagai Presiden Parti kata Syed Badli???... kah.. kah.. kah... ayat sakit hati yang bertujuan nak melaga-lagakan saja ni.

Jadi.. bila dah dilucut jawatan tu.. Apa-apa jawatan yang disandang berdasarkan Jawatan di dalam AMK itu baik dalam Kerajaan Negeri atau mana-mana GLC.. serah balik laa.. 
Letak Jawatan dalam lain ayat.

Lagi satu... mai kot mana pulak Team Rafizi dan Team Anwar Ibrahim tu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/dah-dilucut-jawatan-tu-jangan-lupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Wujud Pentadbiran Kayangan Pengerusi Tetap Wanita Bersatu Jb Timbalan Letak Jawatan

Dakwa Wujud Pentadbiran Kayangan Pengerusi Tetap Wanita Bersatu Jb Timbalan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 303 hits
Fahmi YusofMasazlina Bachok mendakwa peletakan jawatan mereka antara lain dilakukan kerana Ketua Wanita Bersatu Bahagian Johor Bahru Azlinda Abdul Latif tiada ketelusan dalam kepimpinan JOHOR BAHRU Pengerusi Tetap Wanita Bersatu Bahagian Jo...
Ajk Srikandi Bersatu Johor Bahru Letak Jawatan Negeri Mahiaddin Bergolak

Ajk Srikandi Bersatu Johor Bahru Letak Jawatan Negeri Mahiaddin Bergolak

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 446 hits
Perletakkan jawatan secara beramai ramai Srikandi Bersatu Johor Bahru yang tular di media sosial ketika ini menimbulkan persoalan mengenai kemampuan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin mengendalikan parti beliau Menurut Ketua Wanita KEADILAN J...
Bersatu Srikandi Jb Tidak Bubar Walau Barisan Pimpinan Letak Jawatan

Bersatu Srikandi Jb Tidak Bubar Walau Barisan Pimpinan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 206 hits
Bersatu Johor Bahru menjelaskan Srikandi Bahagian Johor Bahru tidak dibubarkan seperti tular di media sosial sebaliknya masih berjalan seperti biasa untuk berkhidmat kepada masyarakat dan parti Ketua Bahagian Bersatu Bahagian Johor Bahru Ab...
8 Menteri Patut Letak Jawatan Serentak Bersama Mahiaddin

8 Menteri Patut Letak Jawatan Serentak Bersama Mahiaddin

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 466 hits
SUSUPAN MALAMDARIPADA 32 orang menteri dalam kerajaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar Curitokrasi pimpinan Mahiaddin Md Yassin sekurang kurang lapan menteri perlu mengambil tanggungjawab terhadap kelemahan kelembaban dan kegagalan mereka mengur...
Muhyiddin Akan Bagi Amanat Jam 5 Keputusan Gempaq Apa Ka Letak Jawatan Atau Nak Bagi Moratorium Kot Keh Keh

Muhyiddin Akan Bagi Amanat Jam 5 Keputusan Gempaq Apa Ka Letak Jawatan Atau Nak Bagi Moratorium Kot Keh Keh

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 250 hits
Terkini Muhyiddin buat perutusan khas tergempar petang iniJune 15 2021 Saksikan Perutusan Khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021 jam 5 petang ini PerutusanKhas PM BH
Warganet Lancar Petisyen Online Desak Muhyiddin Letak Jawatan

Warganet Lancar Petisyen Online Desak Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 222 hits
Mhdaily Gempar Warganet lancar petisyen online desak Muhyiddin letak jawatanMenjunjung titah dan menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen bersidang dengan ...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia