Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda Jangan Jadi Mangsa Seterusnya


Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda, Jangan Jadi Mangsa Seterusnya || Pernah dengar? Bila  dah baca sampai habis, rasa seram oi... Kematian pelakon terkenal, Chadwick Boseman yang dikenali sebagai adiwira Black Panther telah mengejutkan ramai pihak. Siapa sangka pelakon muda yang baru berusia 43 tahun ini menghidap kanser kolorektal. Malah, beliau juga tidak menunjukkan sebarang tanda tanda kanser usus sepanjang kerjaya beliau sebagai pelakon.
Jangan terkejut, Boseman bukanlah satu-satunya orang muda yang menghidap kanser kolorektal.
Menurut American Cancer Society, hampir 18,000 orang yang berusia di bawah 50 tahun akan didiagnosis dengan kanser kolon di Amerika Syarikat pada tahun ini.
Malah, jika statistik ini berterusan, tidak mustahil kes kanser kolorektal akan meningkat sebanyak 90% dalam kalangan pesakit yang berusia bawah 35 tahun pada tahun 2030.
Tambahan lagi, 60% daripada pesakit ini didiagnosis dengan kanser kolorektal tahap 3 dan 4 yang sukar untuk dirawat. Sebab itulah, pesakit tidak dapat mengenal pasti tanda tanda kanser usus yang awal.
Oleh sebab itu, orang muda perlu tahu mengenai risiko mereka untuk menghidap kanser kolorektal. Mereka juga perlu tahu mengenai tanda tanda kanser usus dan cara yang terbaik untuk mencegahnya.




Mengapa kes kanser kolorektal makin meningkat?
Pakar masih lagi belum pasti punca sebenar peningkatan kes kanser kolorektal dalam kalangan orang muda.
Walau bagaimanapun, mereka tahu terdapatnya beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko kanser kolorektal.
Sebagai contoh, masyarakat hari ini lebih ramai yang menghidap obesiti, merokok dan mempunyai gaya hidup sedentari.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kes kanser kolorektal semakin meningkat tahun demi tahun.
Menurut Phil Daschner dari laman sesawang National Cancer Institute, faktor risiko seperti kurang bersenam dan obesiti semakin lazim pada hari ini jika dibandingkan dengan 45 tahun lalu.
Oleh sebab itu, tidak mustahil perkara ini merupakan punca kes kanser kolorektal meningkat naik setiap tahun.
Hampir 1/3 daripada pesakit kanser kolorektal mempunyai mutasi genetik yang diturunkan dari satu generasi ke generasi.
Malah, 15 hingga 20% daripada pesakit kanser yang berusia bawah 35 tahun didapati mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser yang sama.


Pesakit kanser usus, ambil tahu mengenai sejarah keluarga anda!
Disebabkan sebahagian besar pesakit kanser usus yang berusia 35 tahun ke bawah mempunyai mutasi genetik yang diwarisi daripada ibu bapa, sejarah keluarga amat penting untuk mengetahui risiko anda untuk menghidap kanser kolorektal.
Pastikan anda ambil tahu mengenai kanser kolorektal dalam kalangan ahli keluarga anda. Sekurang-kurangnya, cuba jejak atau kesan kanser ini sebanyak 3 generasi jika boleh.
Mempunyai sejarah keluarga bukanlah bermaksud anda akan menghidap kanser. Namun, informasi ini amat berguna jika anda perlu melakukan ujian saringan lebih awal daripada biasa.
Semakin awal kanser tersebut ditemui, semakin cerahlah peluang untuk ia dirawat dengan baik. Malah, jika doktor menemui polip yang bersifat prakanser, doktor boleh bertindak membuangnya sebelum ia bertukar menjadi kanser.


Kurangkan risiko anda menghidap kanser kolorektal


Walaupun punca utama kanser kolorektal masih belum diketahui, penting untuk anda ambil tahu mengenai sejarah kanser keluarga anda.
Selain itu, pastikan anda melakukan pemeriksaan yang kerap, bersenam dan elakkan amalan yang tidak sihat seperti merokok.
Satu lagi langkah penting untuk mengurangkan risiko kanser kolorektal adalah dengan memahami proses saringan termasuklah bila anda perlu melakukannya dan apakah opsyen yang anda ada.


Pada waktu ini, anda digalakkan untuk melakukan ujian saringan bermula pada umur 45 tahun.
Namun, untuk mereka yang lebih berisiko, anda perlu melakukan ujian saringan lebih awal atau lebih kerap.
Tanda tanda kanser usus mungkin sukar untuk dikesan. Malah, kanser jenis ini juga tidak akan menghasilkan simptom dengan segera.
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, perhatikan tanda tanda kanser usus seperti:
Sering alami sembelit atau cirit-birit.
Darah dalam tinja.
Rasa lemah dan letih.
Sakit perut yang berpanjangan.
Turun berat badan secara mendadak.
Rasa perut masih penuh selepas membuang air besar.
Semua tanda tanda kanser usus di atas merupakan sesuatu yang perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin. Ramai yang mengabaikan simptom kanser kolorektal kerana menganggapnya sebagai sakit biasa.
Jika anda mempunyai tanda tanda kanser usus atau berisiko untuk menghidap penyakit ini disebabkan sejarah keluarga, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera untuk sesi konsultasi.
Berbincanglah dengan doktor untuk menentukan masa yang terbaik untuk melakukan ujian saringan kanser kolon.
Jika anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap kanser kolorektal, ujian saringan dapat dimulakan lebih awal.
Walau bagaimanapun, tanda tanda kanser kolorektal di atas mungkin juga menandakan penyakit lain seperti jangkitan, buasir atau sindrom usus rengsa.
Tidak kiralah apapun penyakit yang anda alami, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan sesekali melengah-lengahkan rawatan. Mana tahu, ia mungkin akan menyusahkan anda pada masa hadapan.












Info: Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2021/06/kanser-kolorektal-makin-meningkat-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasus Covid 19 Meningkat Harga Oksigen Naik Dan Tabung Makin Langka Di Dki

Kasus Covid 19 Meningkat Harga Oksigen Naik Dan Tabung Makin Langka Di Dki

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 262 hits
Kemarin saya cari ke mana mana engga ada nah ketemu di Pasar Pramuka itupun harganya naik Biasanya Rp500 jadi Rp2 5 juta Mau engga mau saya beli ujarnya
Kalau Terbeli Durian Muda Mengkal Jangan Dibuang Boleh Buat Bahan Tambahan Dalam Masakan

Kalau Terbeli Durian Muda Mengkal Jangan Dibuang Boleh Buat Bahan Tambahan Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 529 hits
Assalamualaikum Hi korang Mesti ada yang pelik kan bila SA cakap durian tua mengkal atau durian muda boleh dicampurkan dalam makanan Especially masak lemak cili api Pernah jugak Mak SA masak durian tua mengkal semata mata Masak lemak cili a...
Inilah Rupanya Daun Puding Hitam Untuk Rendang Jangan Silap Ye

Inilah Rupanya Daun Puding Hitam Untuk Rendang Jangan Silap Ye

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 606 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni SA nak share tentang daun puding yang digunakan oleh masyarakat NS dalam masakan rendang mereka Yang SA tau orang NS yang masak rendang campur daun ni Negeri lain SA tak pasti Sebab tu di laman laman rumah ...
Jangan Tanya Pencen Saya Cukup Atau Tidak Kata Suria

Jangan Tanya Pencen Saya Cukup Atau Tidak Kata Suria

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 234 hits
Bekas tentera Suria bercakap pada sidang media kontroversi dirinya dan keluarga yang duduk bawah jambatan di Persatuan Veteran ATM Kuala Lumpur Foto HAFIZ SOHAIMI KUALA LUMPUR Pesara tentera Suria Mohamad Hassan yang tinggal di bawah jambat...
Kemendikbud Minta Tunjangan Kinerja Guru Terinfeksi Covid 19 Jangan Dipotong

Kemendikbud Minta Tunjangan Kinerja Guru Terinfeksi Covid 19 Jangan Dipotong

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 196 hits
Untuk itu pihaknya mengimbau agar dinas pendidikan maupun kepala sekolah tidak memotong tunjangan kinerja jika guru tidak bisa masuk sekolah dan menyelenggarakan pembelajaran jarak jauh
Tidur Bersama Solekan Jangan Amalkan

Tidur Bersama Solekan Jangan Amalkan

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 241 hits
Apabila pulang dari keluar kemana mana balik jauh malam dan muka penuh dengan solekan Apatah lagi waktu berhias keluar ke majlis yang memerlukan bersolek tebal seperti contohnya majlis perkahwinan dan majlis makan malam di hotel ternama Bad...
Wahai Malaysia Jangan Tertipu Lagi

Wahai Malaysia Jangan Tertipu Lagi

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 291 hits
Jangan jual LTSAAS SEREMBAN Cadangan pengambil alihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah oleh entiti swasta dilihat bertentangan dengan kepentingan nasional Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan LTSAAS di Subang it...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar