Jangan Berhenti Doakan Anak


Jangan Jemu Mendoakan Anak
=========
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Photo from Dr. Ahmad Sanusi Azmi: https://t.me/drahmadsanusiazmi/204


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sihatcergas.net/jangan-berhenti-doakan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 524 hits
Ayah figura hebat dalam kehidupan anak perempuan dan sekali gus memberikan pengaruh besar dalam pembentukan diri si kecil Kuasa bonding semasa kecil dan diteruskan mampu membina anak yang kuat dan berkarakter luar biasa Walau sesibuk mana s...
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 481 hits
DALAM satu keputusan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hakim telah memerintahkan seorang wanita yang juga seorang pensyarah bersama suaminya mem beri nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat Pasangan itu juga diperinta...
Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 552 hits
Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik buat anak anaknya Kalau boleh semua produk dan suplemen kita nak beli demi memastikan mereka sihat dan bijak Begitu juga orang tua kita Lega hati kita bila dapat pastikan mereka sentiasa sihat wal...
Pakar Psikologi Larang 7 Ayat Ini Mak Ayah Jangan Cakap Pada Anak

Pakar Psikologi Larang 7 Ayat Ini Mak Ayah Jangan Cakap Pada Anak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 441 hits
Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi Ish tapi takkan marah sikit pun tak boleh Apa tips komunikasi dengan anak supaya dia lembut hati ya Sebagai ibu bapa biasanya kita menganggap apa...
Mak Pegang Mop Anak Pun Sibuk Nak Mop Jangan Rimas Biar Dia Belajar

Mak Pegang Mop Anak Pun Sibuk Nak Mop Jangan Rimas Biar Dia Belajar

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 652 hits
Pernah tak bilaanda nak mop lantai anak pun sibuk nak mop juga Ya anda bukanlah orang pertama yang rasa anak mungkin menyibuk Tapi ketahuilah ia adalah proses yang perlu dilalui untuk menjadi anak yang sukakan kebersihan dan kekemasan Prose...
Kita Hanya Ada 12 Tahun Peluk Rapatilah Anak Sulung Jangan Biar Jiwanya Terbeban

Kita Hanya Ada 12 Tahun Peluk Rapatilah Anak Sulung Jangan Biar Jiwanya Terbeban

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 390 hits
Hanya 12 tahun pertama kehidupan yang ada untuk kita luangkan masa untuk anak Tambahan pula jika anak sulung tanggungjawab dan komitmen yang tinggi Anak sulung anak pertama yang menjadikan anda sebagai ayah dan ibu Banyak yang dipelajari se...
Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 633 hits
Melihat perkembangan anak kecil kita yang sudah pandai berkawan dan berinteraksi pada usia dua tahun memang seronok Mama pun rasa lega bila anak dah pandai bergaul dengan rakan rakan Namun satu hal yang sentiasa membuatkan mama risau bila m...
Sekejap Cakap Melayu Sekejap Inggeris Mahu Anak Cepat Cakap Jangan Campur Bahasa

Sekejap Cakap Melayu Sekejap Inggeris Mahu Anak Cepat Cakap Jangan Campur Bahasa

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 387 hits
Komunikasi anak sebenarnya dah bermula sejak mereka lahir Menurut kajian usia bayi hingga tiga tahun adalah peringkat paling kritikal untuk mempelajari bahasa Sekiranya tempoh ini diganggu dengan pelbagai unsur mengelirukan ia mungkin boleh...
Dah Kahwin Terpaksa Tidur Asing Sebab Anak Jangan Amal Kalau Tak Nak Renggang

Dah Kahwin Terpaksa Tidur Asing Sebab Anak Jangan Amal Kalau Tak Nak Renggang

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 477 hits
Apabila keluarga makin membesar ada dikalangan ibu bapa terpaksa tidur berasingan Rupa rupanya ia tidak baik untuk dilakukan selalu Mama masuk tidur awal bersama anak kecil manakala papa pula tidur dengan anak menjaga anak anak yang sudah b...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids