Jangan Bagi Orang Dukung Bayi Suka Hati Ibu Kongsi Pengalaman Bayi Bengkak Muka Sebab Bakteria


Bayi amat mudah terkena jangkitan sekiranya terdedah pada kuman dan bakteria kerana sistem imuniti yang masih lemah. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menjaga amanah ini dengan baik dan bertanggungjawab dengan memberi perlindungan kepada bayi termasuk memberi vaksin sepertimana diwajibkan oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
Terbaru, seorang ibu, Munie Suraya berkongsi pengalaman ketika anaknya mengalami satu penyakit kulit, impetigo dan scalded skin syndrome akibat jangkitan kuman yang mana salah satu puncanya ialah sentuhan orang ramai. Berikut adalah perkongsiannya.
Impetigo dan Scalded Skin Syndrome (SSS) Impetigo merupakan jangkitan pada kulit yang berpunca dari bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus).
Bakteria ini memasuki bahagian kulit yang rosak akibat menggaru, luka dan lain-lain masalah kulit. Biasanya, ia menjangkiti kanak-kanak dan mudah tersebar kepada orang lain.
Scalded skin syndrome pula merupakan jangkitan serius disebabkan Staphylococcus aureus. Bakteria ini menyebabkan lapisan kulit menggelupas dan melepuh seperti terbakar.
SSS merupakan penyakit jarang dijumpai yang sering menjangkiti anak-anak berusia enam tahun ke bawah terutama bayi. Ia jarang menjangkiti orang dewasa, kecuali mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang dan mempunyai imuniti yang lemah.
Penyakit mudah tular ini dapat menyebabkan kematian jika ia memasuki aliran darah, sendi, tulang, paru-paru dan jantung. “Semua ibu bapa yang ada bayi, tolong jadikan pengajaran. Jangan baik hati bagi anak kat orang dukung suka hati.
“Pengalaman yang memang pahit untuk ditelan dan hampir hitam dunia untuk minggu ni, moga lepas ni kami lebih berjaga-jaga, kata Suraya.
Menurutnya, anak keduanya, Eldryna Saffyia, 5 bulan mula dijangkiti kuman berkenaan pada Jumaat lalu (2 Ogos 2019). Berikut adalah kronologi yang dikongsikannya.
2 Ogos (Jumaat) Masa ni kami ingat Eldryna kena gigit semut sebab bengkak mata sebelah kanan. Sebelum ni dia memang pernah kena gigit semut.

Menurut Suraya, tanda kemerahan mula muncul sekitar mulut dan mata dah mula bengkak pada waktu malam.
“Mama dah tak sedap hati kenapa tetiba jadi macam ni, tapi masih ingat kena gigit semut.”
3 Ogos (Sabtu) Masa ni dah pergi klinik. Mama ingat punca alergi sebab mama makan ubat tahan sakit. Mama cirit birit muntah-muntah hari Khamis, tetiba Jumaat adik jadi macam ni. Masa tu doktor suruh pergi hospital, jadi kami pergi unit kecemasan KPJ.
Sampai di KPJ, mama cerita apa jadi kat adik masa tu. Mama rasa semua salah mama sebab mama ingat adik jadi macam ni sebab mama. Masa ni adik kena masuk ubat susut bengkak di kecemasan. Tak kena tahan wad. Ubat habis, boleh balik. Dorang bagi ubat sapu.
Masa ni mama rasa lega sebab ingat semua dan selesai dan tak ada apa yang serius.

4 Ogos (Ahad) Semuanya bermula pada pagi tu. Tiba-tiba mama tengok mulut adik menggelupas macam tu. Menggigil mama tengok masa tu. Terus ke unit kecemasan KPJ balik. Masa sampai sana, doktor terus telefon doktor pediatrik yang on call hari tu.

Masa ni, tengah nak tungguk masuk wad. Keadaan mata adik dah tak boleh buka. Makin teruk bengkak. Masa ni mama tak tahu lagi apa yang jadi kat adik, jadi mama masih salahkan diri mama.

Malam tu jadi lebih teruk masa nak habis jadi cecair dan ada tinggal kesan darah. Ya Allah, hanya Allah je yang tahu masa tu apa mama rasa. Dr. Syed datang dia beritahu dan jelaskan apa yang terjadi kat adik bukan sebab alergi ubat, tapi sebab jangkitan kulit iaitu impetigo dan scalded skin syndrome.
Puncanya dari orang ramai pegang-pegang bayi atau persekitaran serta mungkin air kotor. Tapi punca utama kuman tu sebab dari orang yang ada sakit kulit atau ada kuman tu pegang Eldryna, maka kuman tu jangkiti dia.
Jadi mula dari tu, maaf kalau mama jadi paranoid yang amat kalau orang luar nak pegang adik lepas ni.
Remuk hati mama tengok adik masa ni dengan tak boleh buka mata, meraung tahan sakit. Hancur hati mama, memang berlinang air mata je satu hari suntuk tu.

5 Ogos (Isnin) Lepas on antibiotik, alhamdulillah nampak kuman yang kat muka adik tu jadi kering sikit. Tinggal salin kulit baru. Mata boleh buka dah lepas nurse bersihkan, tapi tak dapat bukak besar sebab bengkak.

6 Ogos (Selasa) Alhamdulillah mata adik yang bengkak dah surut dan kulit yang kena kuman tu mula kering nak ganti kulit baru. Masa ni Dr. Syed cakap mungkin makan masa dua minggu adik kena admit. Masa tu menggigil mama dengan tapi demi kebaikan adik, mama redha je masa tu.
Hanya doa mama yang tak putus dari mulut ni untuk anak mama, Eldryna Saffyia.

7 Ogos (Rabu) Masa ni mama dah mula positif balik tengok muka adik dah makin elok. Ada peningkatan yang sangat cepat, tak sangka cepat adik sembuh. Adik memang kuat.
8 Ogos (Khamis) Masa ni Dr. Syed kata mungkin boleh balik Jumaat nanti. Tapi dia kena pastikan dulu sebab dia nak tengok adik dah sembuh sepenuhnya atau belum. Masa ni mama minta semua ahli keluarga doakan untuk adik. Moga-moga dapat keluar Jumaat nanti.

Malam tu, kesian adik kena tujuh kali cucuk sebab tak jumpa saluran untuk masukkan ubat. Cuba punya cuba, nurse dapat jugak kat kaki. Meraung lah dia malam tu. Kesian adik, demi adik nak baik cepat, adik sabar ye.
9 Ogos (Jumaat) Hari ini adik riang betul sebab dia tahu lah tu dia dah boleh balik. Dr. Syed datang pagi tu kata 99 peratus dia bagi adik balik petang tu. Sebelum balik, dia nak periksa adik sekali lagi dulu. Semua dah mula elok. Cuma tanggal-tanggal sikit untuk salin kulit baru. Mama lega sangat tak sangka cepat jugak adik sembuh dari anggaran doktor. Adik memang kuat, mama sayang adik.
Petang tu doktor beritahu adik dah boleh balik. Ya Allah bahagia sangat masa tu. Syukur tapi pada masa yang sama takut dan fobia. Mohon rakan-rakan FB doakan Eldryna Saffyia selalu sihat ya lepas ni. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat semua.
Sumber: Munie Suraya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/16/jangan-bagi-orang-dukung-bayi-suka-hati-ibu-kongsi-pengalaman-bayi-bengkak-muka-sebab-bakteria/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Bengkak Mata Tertutup Ibu Meraung Hampir Pitam Anak 5 Bulan Dijangkiti Bakteria Rare

Muka Bengkak Mata Tertutup Ibu Meraung Hampir Pitam Anak 5 Bulan Dijangkiti Bakteria Rare

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 372 hits
Ibu mana yang sanggup melihat anak dalam kesakitan dan derita apabila mata anak tidak boleh dibuka dan mukanya membengkak Dari hati seorang pasti ada sesuatu yang tidak kena dan ia bukan biasa biasa Pengalaman ibu ini menghadapi situasi cem...
Ibu Hamil Jangan Buat 7 Kerja Rumah Ini Boleh Beri Kesan Negatif Pada Kehamilan Dan Bayi Anda

Ibu Hamil Jangan Buat 7 Kerja Rumah Ini Boleh Beri Kesan Negatif Pada Kehamilan Dan Bayi Anda

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 645 hits
Ramai yang tahu menjaga kehamilan mungkin satu perkara yang agak rumit tambah tambah lagi awal kehamilan anak pertama Tidak dinafikan mengandung adalah perkara yang paling menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin Lebih lebih lagi kandung...
Ibu Bayi Tinggalkan Pesan Kalau Dia Besar Jangan Beritahu Dia Diberikan Sebegini

Ibu Bayi Tinggalkan Pesan Kalau Dia Besar Jangan Beritahu Dia Diberikan Sebegini

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 465 hits
Seorang wanita bergelar ibu terpaksa mengambil keputusan nekad untuk membuang bayi yang baru dilahirkan kerana didakwa takut bayi tersebut akan dijual oleh suaminya Kejadian ini disedari oleh orang ramai apabila penduduk Dusun Krajan II Des...
Neelofa Ibu Terkedu Saat Hujan Turun Ketika Wukuf Kongsi Pengalaman Luar Biasa Kemuncak Haji

Neelofa Ibu Terkedu Saat Hujan Turun Ketika Wukuf Kongsi Pengalaman Luar Biasa Kemuncak Haji

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 566 hits
Jutaan jemaah Haji telah melaksanakan ibadat wukuf beberapa hari lalu Di Gunung Arafah sebagai salah satu ritual kemuncak ibadat haji Pada saat itu jemaah haji di seluruh dunia berserah diri sepenuhnya kepada Allah swt dan berdoa seluruh ha...
Putih Pada Lidah Bayi Bersihkan Tiap Kali Mandi Hati Hati Ibu Pun Boleh Berjangkit

Putih Pada Lidah Bayi Bersihkan Tiap Kali Mandi Hati Hati Ibu Pun Boleh Berjangkit

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 438 hits
Kesan atau lapisan putih pada lidah bayi kerap kali timbul Adakah ia berbahaya Bimbang kalau ia boleh menyakitkan bayi berjangkit kepada ibu yang menyusu BAYI MENYUSU SUSU IBU FORMULA BOLEH ALAMINYA Kerap kali mama dan papa mendapati kesan ...
Tiba Tiba Bayi Gigit Puting Ibu Jangan Terus Tarik Menjerit Nanti Bayi Merajuk

Tiba Tiba Bayi Gigit Puting Ibu Jangan Terus Tarik Menjerit Nanti Bayi Merajuk

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 367 hits
Sepanjang menyusukan bayi pengalaman digigit puting antara yang paling dirisaukan ibu Insiden ini akan berlaku secara mengejut dan tak dijangka Memang kebanyakan masanya kita tak dapat menjangka Ada yang hampir terlena tapi tiba tiba saja m...
60kg 51kg Cara Saya Turunkan Berat Sesuai Untuk Orang Suka Makan Ibu Menyusu

60kg 51kg Cara Saya Turunkan Berat Sesuai Untuk Orang Suka Makan Ibu Menyusu

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 842 hits
Lepas raya makin berat turun Macammana ni weeii Siapa yang kenal kami berdua sejak kahwin 10 tahun lepas kami memang comel cantik hensem Hobi makan makan makan Siapa tak suka makan kannn Wife abam Joe pandai masak pulak Yummyyy jadi jangan ...
Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 332 hits
Lucunya apabila ibu mengandungkan anak kemudian diuji dengan macam macam masalah sepanjang kehamilan tetapi bila keluar si manja itu mengikut acuan ayahnya Itulah yang terjadi kepada pelantun lagu Be Mine Tasha Manshahar yang buat pertama k...
Ni Bukan Anak Haram Ibu Buang Bayi Sebab Takut Anak Kena Jual Dengan Suami

Ni Bukan Anak Haram Ibu Buang Bayi Sebab Takut Anak Kena Jual Dengan Suami

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 584 hits
Hampir setiap hari kita baca berita tentang pembuangan bayi dan rata ratanya dah tentulah ada sebab tersendiri Antara sebab yang common adalah melahirkan anak luar nikah Namun kes yang berlaku di negara jiran kita ni lain pula Seorang pendu...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bantuan Awal Persekolahan Peluasan Bap Kepada Pelajar Tingkatan Enam Pertama Kali Dilaksanakan

Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat