Ni Bukan Anak Haram Ibu Buang Bayi Sebab Takut Anak Kena Jual Dengan Suami
Hampir setiap hari kita baca berita tentang pembuangan bayi, dan 
rata-ratanya dah tentulah ada sebab tersendiri. Antara sebab yang common adalah melahirkan anak luar nikah.
Namun
 kes yang berlaku di negara jiran kita ni lain pula. Seorang penduduk 
Ranuyoso, Jawa Timur Indonesia telah menemui seorang bayi perempuan di 
luar rumahnya pada malam Khamis lalu.
Lelaki ini menemui bayi 
perempuan tersebut di dalam kotak di depan pintu rumahnya sebelum 
menyerahkan bayi tersebut kepada pihak polis.
Menurut Sosok,
 Sakor mengatakan pada awalnya dia takut ada barang berbahaya dalam 
kotak tersebut. Namun bila diperiksa dia menemui seorang bayi yang baru 
lahir.
Sakor kemudiannya membuat laporan polis sebelum bayi ini di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Pihak perubatan menemui yang bayi seberat 2.7kg ini dilahirkan sendiri oleh ibunya tanpa bantuan petugas kesihatan.

Sumber: Sosok
Selain bayi, pihak berkuasa juga menemui sepucuk surat yang menyayat 
hati yang diletakkan di dalam kotak bersama bayi malang ini.
Anak
 saya mau dijual sama suami saya, aku takut kalau dijual dia dibunuh. 
Kalau ada orang tanya, mbak dikasik sodara mbak, sampai kapan pun anak 
ini akan jadi anak kalian.
Aku iklas, ini bukan anak haram lo. Aku terpaksa karna takut anak saya dijual.”

Sumber: Sosok
Dari isi surat ini, polis mengesyaki yang pembuang bayi tersebut adalah ibu kandung bayi perempuan ini.
Pihak polis Lumajang masih mencari motif disebalik pembuangan bayi ini walaupun ia dah dinyatakan dalam surat tersebut.
“Walaupun
 terdapat pesan bersama bayi tersebut, saya tetap akan menyiasat motif 
disebalik pembuangan bayi ini. Apa pun alasannya, tindakan ini adalah 
salah.”
Kalau betul ibu bayi ni hanya berniat  nak selamatkan anak dia, harapnya pihak polis dekat sana dapat tangkap  suami dia supaya dia boleh hidup aman dengan anaknya.
LOBAKMERAH
The post “Ni bukan anak haram” – Ibu Buang Bayi Sebab Takut Anak Kena Jual Dengan Suami appeared first on Media Serius.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mediaserius.my/ni-bukan-anak-haram-ibu-buang-bayi-sebab-takut-anak-kena-jual-dengan-suami/