Jangan Bagi Orang Cium Anak Bahaya Virus Influenza Boleh Sebabkan Kematian


Influenza atau flu merupakan satu jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza A, influenza B dan influenza C. virus-virus ini akan menjejaskan sistem badan melalui tekak dan juga paru-paru.
Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail, Consultant Paediatrician and Technical Committee Chairman of Immunise4Life melalui temuramah secara dalam talian “Making Flu Prevention My New Normal” National Pledge Campaign, Flu boleh menjadi satu masalah kesihatan yang berbahaya jika tidak diberikan rawatan segera. Ini kerana flu berisiko mengakibatkan komplikasi kepada kesihatan seperti menyebabkan wujudnya masalah bronkitis, pneumonia, meningitis, kegagalan fungsi ginjal dan kegagalan fungsi hati yang boleh mengancam nyawa.

Simptom jangkitan influenza, seperti:
-Demam panas
-Kesakitan sendi dan otot
-Rasa keletihan yang kronik
-Sesak nafas
-Selesema atau hidung tersumbat
-Sakit kepala
Vaksin untuk bayi bawah 6 bulan?
Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail “Tiada vaksin untuk bayi dibawah umur 6 bulan. Bagi mengelakkan bayi terkena jangkitan influenza pastikan anak anda tidak dicium oleh orang yang bergejala dan pastikan anda menjaga kebersihan dan ‘protect’ bayi anda kerana daya imunisasi mereka masih lemah.”
Suntikan setiap tahun
Mungkin ada diantara anda atau anak sudah mendapatkan suntikan ini pada tahun lalu. Tetapi anda masih perlu untuk mendapatkan suntikan influenza pada setiap tahun. Ini kerana virus yang menyebabkan influenza akan berubah setiap tahun. Jadi keperluan untuk mengambil vaksin ini pada setiap tahun adalah amat digalakkan. Bukankah mencegah itu adalah sesuatu yang lebih baik daripada merawat?

Kematian
Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia.
Wabak itu juga amat aktif pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Ia juga mudah tersebar di kawasan beriklim sederhana.
Jika diamati, laporan tahun penularan wabak berkenaan oleh WHO agak menakutkan. Dianggarkan tiga hingga lima juta kes dalam kategori sakit teruk yang mana 250,000 ke 500,000 kes melibatkan kematian.
Di negara perindustrian misalnya, kebanyakan kes kematian berkaitan dengan influenza sering direkodkan oleh golongan dewasa berumur 65 tahun ke atas.
Kajian juga menunjukkan, kira-kira 99 peratus kes kematian dalam kalangan kanak-kanak terdiri daripada mereka yang berumur di bawah umur lima tahun.
Melihat data WHO berkenaan, wajarlah kita semua berasa bimbang dengan situasi penyakit semasa itu.
Pun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap demam, batuk dan selesema merupakan satu perkara biasa, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak kecil. Cukupkah sekadar memberi si kecil ubat demam secara berterusan? Adakah pendekatan itu tepat? Atau kita dalam kategori ‘tunggu dan lihat’ meskipun anak sudah lebih seminggu demam? Jika ya, anda perlu segera mengubah sikap itu.
The post Jangan Bagi Orang Cium Anak! Bahaya Virus Influenza Boleh Sebabkan Kematian appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-bagi-orang-cium-anak-bahaya-virus-influenza-boleh-sebabkan-kematian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Kalau Anak Sering Jatuh Boleh Sebabkan Kecederaan Otak Tulang Patah Tumbesaran Terbantut Kematian

Bahaya Kalau Anak Sering Jatuh Boleh Sebabkan Kecederaan Otak Tulang Patah Tumbesaran Terbantut Kematian

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 508 hits
Jatuh adalah antara kemalangan kanak kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia Kanak kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan p...
Lebihan Nasi Jangan Dibuang Boleh Buat Nugget Nasi Anak Pasti Suka

Lebihan Nasi Jangan Dibuang Boleh Buat Nugget Nasi Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 443 hits
Lebihan nasi jangan dibuang sayang Apakata mama papa buatkan anak anak nugget nasi sendiri Lebih sihat dengan tambahan sayur sayur dan isi ayam di dalam adunan nugget Kalau nak tahu cara penyediaan nugget nasi boleh ikuti artikel penuh diba...
Jangan Takut Beranak Ramai Setiap Anak Ada Rezekinya Ustaz Kazim Elias

Jangan Takut Beranak Ramai Setiap Anak Ada Rezekinya Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 322 hits
Ada pasangan suami isteri dikurniakan Allah mudah dapat anak Bak kata orang pantang sentuh lekat je Ada yang risau kalau tiap tahun asyik beranak sahaja Rasa malu dan bimbang pula dengan orang sekeliling kalau kerap sangat mengandung dan be...
Didik Anak Jadi Pandai Memang Bagus Tapi Jangan Lupa Ajar Mereka Beradab

Didik Anak Jadi Pandai Memang Bagus Tapi Jangan Lupa Ajar Mereka Beradab

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 394 hits
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahu didik anak jadi pandai dan berjaya dalam hidupnya satu hari nanti Kita berikan apa sahaja yang terbaik untuk mereka Kalau boleh seawal usia anak lagi ibu bapa nak mereka sudah pandai membaca mengira da...
Bayi Kurang Bergerak Jangan Tunggu Esok Lusa Jumpa Doktor Lagi Lambat Lagi Bahaya

Bayi Kurang Bergerak Jangan Tunggu Esok Lusa Jumpa Doktor Lagi Lambat Lagi Bahaya

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 325 hits
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan memang sangat istimewa buat ibu Macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan perg...
Jangan Jemu Mendoakan Anak Bacalah Setiap Hari Insya Allah Anak Jadi Soleh

Jangan Jemu Mendoakan Anak Bacalah Setiap Hari Insya Allah Anak Jadi Soleh

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 510 hits
Doa adalah senjata yang cukup hebat buat umat Islam Bagi ibu bapa doa anda adalah kekuatan buat anak anak tak kira masa Ramai juga yang percaya doa ibu adalah mustajab sebab itulah seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ana...
Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu

Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 522 hits
Bila anak dah mula makan macam macam benda yang ibu lakukan untuk menarik minat si kecil untuk berselera Bukan sahaja mencuba pelbagai resipi yang enak malah juga buat pelbagai cara untuk anak boleh duduk diam dan makan dengan tenang Salah ...
Jangan Biarkan Anak Disconnected Dengan Ibu Bapa

Jangan Biarkan Anak Disconnected Dengan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 312 hits
1 Minggu lepas berbual dengan seorang rakan pejabat Dia cerita anak sulung lelakinya lepasan SPM tahun lepas Anaknya tu budak pandai dulu sekolah berasrama penuh Keputusan SPM pun bagus 2 Namun isu yang dia hadapi adalah dia tak faham denga...
Baca 7 Kali As Shahid Ar Raqib Al Barr Insya Allah Anak Jadi Soleh Boleh Berbakti

Baca 7 Kali As Shahid Ar Raqib Al Barr Insya Allah Anak Jadi Soleh Boleh Berbakti

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 497 hits
Selepas anak dilahirkan bukan sahaja nama yang menjadi pilihan ibu bapa untuk anak tersayang tetapi doa juga akan dibacakan dengan harapan mereka menjadi zuriat soleh dan solehah apabila dewasa kelak Jom kita semak amalan amalan baik yang d...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Not All Flag Mistakes Are Equal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Maksud Esi Pymt Debit Daripada Maybank Ni Tiba Tiba Tolak Duit

Princess Solehah Di Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi 2025

Hikmah Pensyariatan Haji

Jom Lihat Keindahan Lombong Garam Slanik Romania

Segera Tangani Isu Air Selangor

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama