Bayi Kurang Bergerak Jangan Tunggu Esok Lusa Jumpa Doktor Lagi Lambat Lagi Bahaya


Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan memang sangat istimewa buat ibu.
Macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal ?
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ini adalah kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat. Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah sebenarnya pergerakan bayi itu.
Dengan perkembangan bayi, kebiasaannya pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita, perlukan masa berehat sebentar.
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
Apakah kepentingan pergerakan bayi?
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
Berapakah tendangan yang patut ibu rasakan dalam satu hari?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperti hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dengan kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebih tahu bayinya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi anda. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Apakah yang perlu saya lakukan jika pergerakan bayi kurang atau tidak memuaskan?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Usia kandungan kurang 24 minggu
Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu
Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam air kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.

Usia kandungan melebihi 28 minggu
Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
Bagaimana jika setelah saya dibenarkan pulang, pergerakan bayi kembali mengurang?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera. Terima kasih Ibu atas keprihatinan anda !
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
 
The post Bayi Kurang Bergerak? Jangan Tunggu Esok Lusa Jumpa Doktor. Lagi Lambat Lagi Bahaya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-kurang-bergerak-jangan-tunggu-esok-lusa-jumpa-doktor-lagi-lambat-lagi-bahaya-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 365 hits
Susulan virus COVID 19 yang melanda Malaysia lebih sukar untuk ibu bapa membawa anak sakit ke hospital Walaupun kerajaan masih menggalakkan ibu bapa untuk bawa anak ke hospital untuk tujuan pemeriksaan rutin ibu bapa pasti berasa risau kera...
Baki Tak Cukup Tekan Button Intercom Tunggu Runner Datang Jangan Melintasi Lorong Bahaya

Baki Tak Cukup Tekan Button Intercom Tunggu Runner Datang Jangan Melintasi Lorong Bahaya

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 301 hits
Memandangkan sekarang ini kebanyakan wanita boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke mana mana pastinya lebih mudah bergerak Bagaimanapun dalam situasi di mana wanita yang memandu dan membawa anak anak kecil dalam kereta melalui tol ada har...
Jangan Guna Saya Untuk Glamor Awak Doktor Bukan Artis Lufya Omar

Jangan Guna Saya Untuk Glamor Awak Doktor Bukan Artis Lufya Omar

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 305 hits
Pelakon Lufya Omar mend kwa bekas suaminya Dr Che Hafiz sengaja mempergunakan namanya untuk meraih populariti Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamour Cukup cukuplah Awak tu doktor bukan artis Jaga tatasusila sebagai doktor katanya Kred...
Gara Gara Makan Mentah Doktor Jumpa Cacing 3 8cm Dalam Mulut

Gara Gara Makan Mentah Doktor Jumpa Cacing 3 8cm Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 323 hits
July 18 2020 Doktor jumpa cacing 3 8cm dalam tekak seorang wanita selepas makan makanan mentah Ramai daripada kita yang meminati makanan Jepun terutamanya sashimi atau sushi Hidangan ini bukan sahaja lazat malah selalunya hadir dalam bentuk...
Mengungkap Bahaya Madu Untuk Bayi Di Bawah 1 Tahun Nggak Main Main Lo Risikonya

Mengungkap Bahaya Madu Untuk Bayi Di Bawah 1 Tahun Nggak Main Main Lo Risikonya

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 342 hits
Mungkin kamu sempat dengar kabar salah seorang seleb kasih madu ke anaknya yang masih 4 bulan Hati hati jangan asal ikut ikutan
Bahaya Jangan Biar Anak Main Di Stereng Kereta

Bahaya Jangan Biar Anak Main Di Stereng Kereta

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 504 hits
Bahaya Jangan biar anak main di Stereng Kereta Allahuakhbar Habis semua roti jala beg dan kunci rumah saya campak ke lantai Saya terus buka pintu kereta Dan saya dapati anak saya yang kecil ni sedang duduk di tempat duduk pemandu sambil ber...
Jangan Galak Doktor Lanjut Latihan Ke Luar Negara Kata Persatuan Perubatan

Jangan Galak Doktor Lanjut Latihan Ke Luar Negara Kata Persatuan Perubatan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 410 hits
Ketika ini hanya ada 8 000 pakar di hospital kerajaan dan swasta di Malaysia PETALING JAYA Persatuan Perubatan Malaysia memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menggalakkan pegawai perubatan ke luar negara untuk menjalani latihan pakar...
Teruja Buat Koleksi Pinggan Ayan Awas Ada Bahaya Menanti Jangan Tersalah Beli Bimbang Jadi Punca Penyakit Bahaya

Teruja Buat Koleksi Pinggan Ayan Awas Ada Bahaya Menanti Jangan Tersalah Beli Bimbang Jadi Punca Penyakit Bahaya

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 344 hits
Orang wanita memang teruja bila tengok pinggan mangkuk Terbaru yang menjadi tular dalam masyarakat hari ini adalah pinggan mangkuk ayan atau dikenali sebagai enamelware Sekali pandang memang cantik dan pastinya membuatkan hati teruja untuk ...
Abe Balik Deh Ayang Tunggu Ni Semua Sayangkan Abe Walau Dah Jumpa Mayt Suami Luahan Siti Ayu Buat Ramai Sebak

Abe Balik Deh Ayang Tunggu Ni Semua Sayangkan Abe Walau Dah Jumpa Mayt Suami Luahan Siti Ayu Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 287 hits
MESKIPUN reda dengan penemuan mayat suaminya Arman Ismail 43 hari ini ia tidak dapat menghilangkan duka Siti Ayu Ishak 30 yang baru semalam terpaksa menjalani pembedahan membuang kandungan luar rahim Abe Balik Deh Ayang Tunggu Ni Semua Saya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah