Jalan Rosak Lebih Setahun Penduduk Lepar Utara Muak Mainan Wayang Semua Pihak




KUANTAN - Penduduk gugusan Felda Lepar Utara sudah muak dengan mainan ‘wayang’ pelbagai pihak yang kononnya hadir untuk membaik pulih jalan utama Felda Lepar Utara melalui Felda Kota Gelanggi yang rosak lebih setahun lalu.
Sebahagian besar jalan utama yang menghubungkan lebih 3,500 penduduk Felda Lepar Utara 1, 2 dan 4 dengan bandar terdekat sudah runtuh kesan kejadian banjir dua kali tahun lalu.
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Kampung Felda Lepar Utara 4, Noh Hitam Yusof, 57, berkata, pelbagai pihak sudah hadir untuk mengambil tindakan namun ia dianggap hanya ‘wayang’ menyedapkan hati penduduk.
“Bila penduduk bising, mereka datang konon untuk ukur jalan dan melihat keadaan. Namun ia hanya sekadar itu, tiada tindakan susulan diambil.
“Kami sudah muak melihat kehadiran mereka yang hanya sekadar melepaskan batuk ditangga dan hanya hendak menyedapkan hati kami sahaja,” katanya di sini semalam.
Noh Hitam berkata, pihak jawatankuasa kampung sudah beberapa kali mengajukan masalah terbabit ke pihak atasan sehingga ia telah pun mendapat perhatian pihak tertinggi.
“Namun, kami diminta menunggu selama dua tahun untuk jalan itu dibaik pulih sepenuhnya. Ia adalah sesuatu yang kami anggap tidak masuk akal kerana dalam tempoh itu, jalan yang kini hanya tinggal laluan kaki lima mungkin akan runtuh sepenuhnya,” katanya.
Penduduk, Mohd. Hassan Kasim, 56, berkata, melihatkan keadaan jalan terbabit yang semakin teruk memberikan kebimbangan buat penduduk kerana ia dianggap boleh mengancam nyawa.
“Kami rasa tidak selamat untuk melalui jalan ini terutama ketika musim hujan tapi kami terpaksa kerana ini sahaja laluan yang ada untuk keluar masuk ke bandar.
“Ia juga satu-satunya laluan untuk kami ke hospital atau jika berlaku kejadian kecemasan untuk kenderaan ambulan atau bomba keluar masuk,” katanya.
Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Lepar Utara 2, Zakimi Zakir Hasim, 40 pula berkata, selepas seminggu laluan berkenaan runtuh dengan kecuraman sekitar 30 kaki, pihak belia dari gugusan berkenaan dengan kerjasama penduduk dan Felda Global Ventures (FGV) telah mewujudkan jalan alternatif untuk kegunaan keluar masuk lori mengangkut buah sawit.
“Ia inisiatif penduduk sendiri menjadikan jalan ladang di sebelah jalan runtuh itu sebagai laluan alternatif yang pada mulanya digunakan untuk laluan lori sahaja. Namun kebelakangan ini laluan asal itu semakin teruk sehingga ada yang terjatuh ke bahu jalan dan menyebabkan kerosakan kenderaan mereka, kami terpaksa membuka laluan bawah ini untuk kenderaan lain,” katanya.
Menurutnya, meskipun sudah disediakan jalan alternatif, namun tidak bermakna pihak terlibat boleh lepas tangan dan tidak segera mengambil tindakan.
“Jalan itu adalah jalan ladang dan ia juga tidak selamat digunakan kerana berlumpur dan permukaan tidak rata. Pihak berwajib juga tidak mahu masuk campur membaik pulih jalan alternatif itu kerana dikatakan diluar kawasan bidang kuasa mereka,” katanya.
Zakimi berkata, penduduk mencadangkan dibina pembetung kerana kejadian jalan runtuh itu dikatakan berpunca dari air Sungai Lepar yang melimpah sekali gus pembetung sedia ada tidak mampu menampung tekanan air sungai.
“Kami dapat tahu mereka hendak bina jambatan dilaluan ini tapi kami rasa lebih elok dibina pembentung. Namun apa jua tindakan sekali pun, kami harap ia dapat dijalankan segera sebelum keadaan bertambah buruk dan menimbulkan kemarahan penduduk,” katanya.
Beliau memberitahu kesal dengan kelewatan pihak berwajib mengambil tindakan awal memandangkan keadaan jalan yang semakin ‘tenat’.
“Kalau ambil tindakan awal ketika ia runtuh buat pertama kami pada awal tahun lalu, keadaan jalan itu tidak akan menjadi teruk seperti sekarang,” katanya. #sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/jalan-rosak-lebih-setahun-penduduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Pekan Awah Rayu Kerajaan Mencari Jalan Selesaikan Masalah Air Lebih 20 Tahun

Penduduk Pekan Awah Rayu Kerajaan Mencari Jalan Selesaikan Masalah Air Lebih 20 Tahun

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 201 hits
MARAN Penduduk dan peniaga di pusat perniagaan Pekan Awah dekat sini merayu kerajaan negeri dan Persekutuan mencari jalan penyelesaian segera masalah bekalan air dihadapi mereka sejak lebih 20 tahun lalu Mereka mendakwa sejak kawasan pernia...
Setelah Setahun Lebih Sepi I Dle Sah Akan Comeback Mac Ini Dengan 5 Ahli Tanpa Soojin

Setelah Setahun Lebih Sepi I Dle Sah Akan Comeback Mac Ini Dengan 5 Ahli Tanpa Soojin

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 267 hits
Akhirnya I DLE akan kembali Pada 17 Februari Cube Entertainment telah mengesahkan bahawa I DLE akan kembali dengan muzik baharu pada Mac ini I DLE sedang bersedia untuk kemunculan semula pada bulan Mac ARTIKEL BERKAITAN Selain itu ini juga ...
Bagaimana Cara Kembangkan Modal Anda Lebih Dari 100 Dalam Masa Setahun Dengan Selamat

Bagaimana Cara Kembangkan Modal Anda Lebih Dari 100 Dalam Masa Setahun Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 263 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Semua Pihak Bertelagah Mengenai Fahaman Perlu Cease Fire

Semua Pihak Bertelagah Mengenai Fahaman Perlu Cease Fire

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 218 hits
PENDAPATIdris Ahmad perlu ambil inisiatif PERBALAHAN dalam memahami sesuatu perkara berhubung dengan agama seperti memahami maksud al Quran hadith sunnah dan lain lain subjek menjadi polemik berterusan yang membimbangkan Perbahasan secara t...
Makan Nasi Daging Utara Dalam Dulang Tiga Beradik

Makan Nasi Daging Utara Dalam Dulang Tiga Beradik

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 259 hits
Assalamualaikum DAH berapa kali nak buat pesanan tapi asyik lari timing Bila Mas buka tempahan kadang tak kena hari atau berada di luar kawasan Agaknya belum ada rezeki la tu kan Rezeki memang cantik sangat la bila nampak di ig Mas buka tem...
Kempen Naratif Kluster Mahkamah Oleh Lawan Tiada Kesan Pada Bn Sebab Rakyat Dah Muak

Kempen Naratif Kluster Mahkamah Oleh Lawan Tiada Kesan Pada Bn Sebab Rakyat Dah Muak

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 809 hits
Naratif kluster mahkamah yang digunakan untuk berkempen oleh segelintir pihak tidak akan menjejaskan peluang kemenangan BN pada PRN Johor kali ini Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan yang menafikan dakwaan kononnya semua kes mahkamah meliba...
Dino Gym Tempat Mainan Kanak Kanak Di Komtar Pulau Pinang

Dino Gym Tempat Mainan Kanak Kanak Di Komtar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 461 hits
Dino Gym KomtarDino Gym ni terletak di tingkat 5 bangunan Komtar Pulau Pinang Sesuai untuk bawa anak anak main di sini Budak budak mesti suka benda benda macam ni Ada banyak jenis indoor playground Tapi nak masuk sini kena beli tiket la buk...
Program Rjit Kementan Tingkatkan Indeks Pertanaman Petani Bengkulu Utara

Program Rjit Kementan Tingkatkan Indeks Pertanaman Petani Bengkulu Utara

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 211 hits
Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo menerangkan dalam pertanian harus selalu ada air Oleh karena itu manajemen air menjadi sangat penting
Bunga Istimewa Gagal Mekar Tukang Kebun Korea Utara Dihukum

Bunga Istimewa Gagal Mekar Tukang Kebun Korea Utara Dihukum

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 187 hits
Bunga Istimewa Gagal Mekar Tukang Kebun Korea Utara Dihukum TUKANG kebun di Korea Utara dilaporkan dihantar ke kem buruh selepas gagal memastikan ribuan bunga istimewa tumbuh mekar Bunga Begonia Kimjongilia dinamakan sempena bapa Kim Jong u...
Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah Rm300

Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pulang Ke Luar Negeri

Biodata Rita Nadira

Biodata Anna Jobling Pelakon Model Popular Malaysia

Kilafairy Terus Istiqamah Bertudung Doakan Saya Terus Kuat

Understanding Baccarat Rtp How Bcrgame16 Gives You An Edge

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang