Penduduk Pekan Awah Rayu Kerajaan Mencari Jalan Selesaikan Masalah Air Lebih 20 Tahun


 

MARAN - Penduduk dan peniaga di pusat perniagaan Pekan Awah, dekat sini merayu kerajaan negeri dan Persekutuan mencari jalan penyelesaian segera masalah bekalan air dihadapi mereka sejak lebih 20 tahun lalu.
Mereka mendakwa, sejak kawasan perniagaan itu dibuka kira-kira 30 tahun lalu, mereka berdepan masalah gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan hingga menyukarkan urusan harian mereka.
Kawasan yang terletak di tepi laluan utama menghala susur keluar ke Plaza Tol Chenor dan menghubungkan pekan itu dengan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) merupakan kedudukan yang strategik justeru sepatutnya memberi kelebihan kepada peniaga memperoleh pendapatan lebih baik.
Mereka juga mendakwa terpaksa membayar bil bulanan sebanyak RM20 walaupun bekalan air ada atau tidak di kawasan berkenaan.
Seorang peniaga, Azmil Zakuan Ishak, 38 tahun ketika ditemui di premis diusahakannya sejak tahun 2006 mendakwa, mereka terpaksa menadah air dari rumah untuk dibawa ke kedai bagi memastikan urusan harian tidak terganggu.
“Kalau tidak bawa air sendiri, susah kami. Jadi dengan air itulah kami gunakan untuk membasuh tangan, ambil air sembahyang dan urusan lain.
“Benda (masalah) ini sudah berlanjutan sejak puluhan tahun, jadi semestinya pihak berwajib memikirkan penyelesaian, kalau bukan sekarang, nak tunggu bila lagi.
“Sepatutnya, kawasan ini jadi tumpuan, boleh jadi tempat persinggahan pelancong atau pengguna jalan raya sebelum mereka masuk atau bila keluar LPT, tapi bagaimana nak maju kalau kemudahan asas, air ini kemudahan asas, tapi tidak ada air.
“Walaupun (bekalan) air ada atau tidak, RM20 sebulan tetap kena bayar, apa guna bayar RM20 kalau bekalan macam ini, macam satu penganiayaan kepada kami yang berniaga di sini,” katanya.
Bagi pasangan warga emas orang kurang upaya (OKU), Zakaria Talib, 72, dan isterinya, Norihan Ismail, 68, sangat berharap luahan mereka menggunakan saluran media mendapat perhatian pihak berkenaan.
Norihan berkata, sejak dia dan suaminya berpindah ke kawasan itu dan mengusahakan kedai membaiki barangan elektrik pada bulan Sept 1994 dan sehingga hari ini, masalah bekalan air tidak pernah selesai.
“Air paip dia macam itulah, kadang ada kadang tak ada... kadang lori tangki air, masa itu JBA (Jabatan Bekalan Air) Pahang hantar lori air ke sini, kadang-kadang tak tahu nak cakaplah.
“Bila kami telefon pejabat (JBA), mereka senyap, masa itu (JBA) tak layanlah, tak cakap pun apa punca bekalan air di sini bermasalah.
“Sekarang adalah tangki air diletakkan di sini, tapi saya tak larat nak punggah air, dengan faktor umur, memang tak daya, jadi tolonglah selesaikan sebab dah lama sangat masalah ini,” katanya.
Seorang pengusaha kedai makan, Siti Huzaimah Md Omar, 47 tahun pula berkata, penduduk dan peniaga di kawasan itu sudah penat membuat aduan kepada pihak berkaitan dan tidak ada tindakan susulan diambil.
"Macam kedai makan saya ini, sebelum ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah bermasalah, sekejap boleh buka, sekejap tak boleh, sudahlah dengan masalah air lagi, lama kelamaan kita jadi jemu.
“Saya dah berniaga lebih 10 tahun, sepanjang tempoh 10 tahun, itulah dia masalahnya, sama saja, bekalan air. Bila kami minta tangki, memang mereka bagi tapi masalahnya benda itu (tangki) jauh, takkan kita nak angkut, tak berdaya juga,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Mohamad Uwais Mohd Adzmi, 41, merayu supaya tindakan susulan boleh dilakukan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
"Kalau (permohonan) kami ini menyusahkan, kami minta maaflah, tapi kami ini manusia, memang perlukan air untuk urusan harian. Lagipun, kawasan ini ramai orang berusia, ada OKU, menetap berkeluarga di sini.
“Sebelum ini ada ramai yang datang, Span ada datang, PAIP ada datang, dia (SPAN) kata nak selesai sebelum bulan puasa tahun lepas, tapi takde selesai juga,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat PAIP, Mohd Hanif Mohamed Nor melalui satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang berusaha mengatasi masalah dihadapi peniaga dan penduduk di kawasan Pekan Awah dan sekitarnya.
"Bagi langkah (penyelesaian) jangka pendek, Paip daerah Maran sudah menghantar lori tangki dan menempatkan tangki statik di kawasan berkenaan. Selain itu, kita juga menghantar bekalan air bersih secara berjadual untuk kegunaan peniaga dan penduduk di situ.
"Kita juga mempunyai perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah itu berkenaan dan Paip sudah kenal pasti lokasi sesuai untuk membina rumah pam berhampiran tapak tangki air dalam kawasan Risda Kampung Awah dan apabila ia (rumah pam) siap, rumah pam ini akan mengepam air ke tangki perkhidmatan Kampung Awah dan masalah (gangguan bekalan air) akan selesai," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/penduduk-peniaga-di-pekan-awah-rayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Ph Tiada Masalah Untuk Menang Prn Dan Tubuh Kerajaan Bersama

Pn Ph Tiada Masalah Untuk Menang Prn Dan Tubuh Kerajaan Bersama

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 139 hits
Asalkan bukan UMNO UMNO perlu diberi hukuman untuk berubah sebelum kembali menguasai negara Singkirkan kluster mahkamah dan pemimpin yang bersekongkol mengkhianati perjuangan parti Mereka yang melompat HANYALAH daki dan dosa kecil berbandin...
Suami Tikam Perut Sendiri Selepas Simbah Air Panas Pada Isteri Ketika Bertengkar Mengenai Masalah Kewangan

Suami Tikam Perut Sendiri Selepas Simbah Air Panas Pada Isteri Ketika Bertengkar Mengenai Masalah Kewangan

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 187 hits
Suami tikam perut sendiri selepas simbah air panas pada isteri ketika bertengkar mengenai masalah kewanganSeorang suami nekad menikam perutnya sendiri selepas menyimbah air panas pada isterinya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Pondo P...
Pas Dulu Kata Tak Boleh Baiki Air Teh Tarik Sebab Bukan Kerajaan Sekara

Pas Dulu Kata Tak Boleh Baiki Air Teh Tarik Sebab Bukan Kerajaan Sekara

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 178 hits
Mantan Senator KEADILAN Siti Aishah bertanyakan mengapa PAS sehingga hari ini masih tidak menyelesaikan isu air yang teruk di Kelantan walaupun sudah menjadi kerajaan Beliau juga menangkis suara suara sumbang yang konon kata sekiranya Anwar...
Prn Johor Untuk Pilih Kerajaan Lima Tahun Pengundi Jangan Keliru

Prn Johor Untuk Pilih Kerajaan Lima Tahun Pengundi Jangan Keliru

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 212 hits
agendaily com24 2 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengundi jangan keliru dengan Pilihan Raya Negeri Johor yang diadakan kali ini dengan menganggap boleh mengundi sekali lagi pada pilihan raya umum untuk memilih ker...
Buku Gay Is Okay Kerajaan Perlu Rayu Segera Keputusan Mahkamah

Buku Gay Is Okay Kerajaan Perlu Rayu Segera Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 209 hits
Kerajaan digesa memfailkan rayuan untuk mengekalkan pengharaman buku Gay is Okay A Christian Perspective berikutan penerbitan itu jelas menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tidak bermoral Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...
Lebih 50 Rumah Atas Air Di Kg Landung Ayang Kudat Terbakar

Lebih 50 Rumah Atas Air Di Kg Landung Ayang Kudat Terbakar

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 237 hits
Kebakaran rumah atas air di Kampung Landung Ayang di Kudat hari ini Foto Sharif RL Kudat Dianggarkan lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang di sini musnah dalam kebakaran hari ini Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang kecederaan...
Pelita Air Siap Mengudara Tahun Ini

Pelita Air Siap Mengudara Tahun Ini

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 195 hits
Direktur Utama PT Aviasi Pariwisata Indonesia atau InJourney Dony Oskaria mengatakan maskapai Pelita Air akan diluncurkan pada tahun 2022 dengan kategori layanan penerbangan standar menengah
Dirlantas Polda Bali Telusuri Pemilik Mobil Yang Satu Tahun Lebih Parkir Di Bandara

Dirlantas Polda Bali Telusuri Pemilik Mobil Yang Satu Tahun Lebih Parkir Di Bandara

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 151 hits
Taufan juga menyebutkan untuk biaya parkirnya bila dihitung sudah di atas Rp 50 juta
Jalan Rosak Lebih Setahun Penduduk Lepar Utara Muak Mainan Wayang Semua Pihak

Jalan Rosak Lebih Setahun Penduduk Lepar Utara Muak Mainan Wayang Semua Pihak

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 137 hits
KUANTAN Penduduk gugusan Felda Lepar Utara sudah muak dengan mainan wayang pelbagai pihak yang kononnya hadir untuk membaik pulih jalan utama Felda Lepar Utara melalui Felda Kota Gelanggi yang rosak lebih setahun lalu Sebahagian besar jalan...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco