Semua Pihak Bertelagah Mengenai Fahaman Perlu Cease Fire


PENDAPAT

Idris Ahmad perlu ambil inisiatif.PERBALAHAN dalam memahami sesuatu perkara berhubung dengan agama, seperti memahami maksud al Quran, hadith sunnah dan lain-lain subjek menjadi polemik berterusan yang membimbangkan. 
Perbahasan secara terbuka menerusi media sosial makin menjadi-jadi kini.  Kebebasan bersuara yang dicapai sekarang ini telah dipergunakan secara tidak berperaturan dan ada kalanya menyerlahkan "kedangkalan" manusia yang mengaku ada agama.
Walaupun Islam menggalakkan perbincangan, berhujah, untuk mencapai sesuatu kebenaran, tetapi ia perlu dilakukan secara teratur dan sistematik supaya apa yang didebatkan itu memberi manfaat. Yang penting ia tidak akan meruntuhkan benteng kesatuan ummah dan memutuskan silaturahim.
Membiarkan fenomena ini; perbahasan atau berhujah atau pertelingkahan atas perkara-perkara tertentu secara berluasa dan tidak diurus dengan baik, membahaya dan merugikan kerana hasil perbahasan itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang ramai. Apabila sesuatu hujah yang bertentangan itu dipegang, ia boleh membuka kepada perbalahan sehingga memutuskan silaturahim. Tidak mustahil kalau semua pihak dipengaruhi amarah boleh membawa kepada pembunuhan. 
Perdebatan dan polemik yang berlaku lewat media sosial kini, tidak ada kesimpulan dan persepakatan atau konklusi. Ia jadi tergantung. Keadaan menyebabkan orang ramai atau pengikut kumpulan atau guru masing-masing kekal dengan keangkuhan sendiri. Natijah mereka tidak lagi saling hormat menghormati seperti mana disarankan oleh Islam. Jadi maksud perdebatan itu sendiri tidak mencapai tujuan.
Misalnya ada beberapa isu hangat diperdebatkan waktu ini mengenai faham Wahabi dan ahli sunnah wal jamaah. Kedua kumpulan ini mempersoalkan antara satu sama lain tentang amalan, kepercayaan dan pembawaan masing-masing. Perbahasan agak meluas dan menjadi perhatian umum. 
Kedua-dua pihak menerusi pemuka (guru atau sheikh masing-masing) saling dakwa mendakwa, menidak antara satu sama lain. Apa yang boleh mengelirukan, keduanya membawa hujjah dan dalill-dalil dua sumber agama Quran dan Hadith, kitab serta petikan kata ulama muktamar dalam juzu masing-masing. Semasa mengemukakan hadith atau sunnah saling mendakwa kononnya pihaknya benar dan pihak satu lagi sebagai karut, bida'ah, palsu dan sebagainya.
Dibimbangi kalau perkara ini tidak dilakukan dengan baik, tujuan dan matlamat yang perdebatan yang baik itu tidak akan kesampaian. Lantaran perdebatan ini yang jadi polemik juga boleh mengeruhkan kedamaian dan kejernihan Islam sebenarnya. 
Jernihkan keadaan.
Justeru saya kira sudah sampai masanya pihak-pihak berwajib dalam hal ehwal agama, seperti Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti mengambil inisiatif untuk menjernihkan keadaan ini.
Institusi itu sahajalah boleh jadi penjernih keadaan ini dengan kuasa yang ada kepada mereka. Satu mekanisme boleh dicari untuk mencapai perkara ini. Misalnya Majlis Agama Negeri-Negeri boleh duduk semaja dengan Jakim untuk mengadakan majlis mungkin berupa muzakarah bagi menyelesaikan perkara ini.
Muzakarah itu nanti boleh memanggil semua pihak terbabit, para pemuka mereka, untuk berbincang mencari penyelesaian. Mereka boleh mempertahankan pegangan dan keyakinan serta fahaman masing-masing dengan mengemukakan dalil dan hujjah tersendiri yang sahih dan diijamakkan. 
Muzakarah itu akan bertindak jadi pendengar dan penilai kemudian merumus serta mencari titik temu mendamaikan antara kedua golongan itu. Bagi tujuan ini sekiranya perlu mungkin muzakarah itu perlu mengundang para ulama dari semua bidang dan kepakaran agama hadir sebagai ahli panel. Jika perlu dan membantu boleh juga dipanggil para ulama daripada luar. 
Pada hujungnya nanti akan dibuat satu kesimpulan terhadap apa yang dibahaskan itu. Sekiranya muzkarah itu nanti memutuskan kedua fahaman itu boleh dipegang kerana ia tidak membabitkan akidah, kedua pihak hendaklah akur dan saling hormat menghormati perbezaan pendapat dan keyakinan. Natijah daripada itt semua pihak perlu mengadakan cease fire berkaitan perkara itu. 
Dalam hal ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad boleh mengambil inisiatif menjadi pencetus bagi merealisasikan maksud ini. Beliau boleh menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana untuk mengagaskan muzakarah ini ataupun sebarang nama sesuai bagi menyelesaikan kemelut dan polemik yang tanpa berkesudahan itu. 
Hanya pihak kerajaan menerusi institusi tersebut yang relevan untuk mengambil inisiatif mengenai perkara ini kerana autoriti yang ada kepada mereka. Parti-parti politik ataupun pertubuhan dan institisui Islam lain tidak boleh kerana mereka dibatasi dengan bidang kuasa yang ada atau pun ada unsur memihak dan bertindih kepentingan apabila tokoh daripada kumpulan mereka ikut terbabit. 
Semoga ia menjadi kenyataan. [wm.kl.6:33 pm 11/02/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/02/semua-pihak-bertelagah-mengenai-fahaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Pihak Diminta Buka Mata Tolak Budaya Ambil Arak

Semua Pihak Diminta Buka Mata Tolak Budaya Ambil Arak

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 141 hits
Sebanyak 11 buah pertubuhan bukan kerajaan Islam sebulat suara menggesa semua pihak membuka mata dalam membanteras budaya pengambilan arak yang mampu memusnahkan negara NGO berkenaan terdiri Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam Persatuan Pen...
Jalan Rosak Lebih Setahun Penduduk Lepar Utara Muak Mainan Wayang Semua Pihak

Jalan Rosak Lebih Setahun Penduduk Lepar Utara Muak Mainan Wayang Semua Pihak

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 138 hits
KUANTAN Penduduk gugusan Felda Lepar Utara sudah muak dengan mainan wayang pelbagai pihak yang kononnya hadir untuk membaik pulih jalan utama Felda Lepar Utara melalui Felda Kota Gelanggi yang rosak lebih setahun lalu Sebahagian besar jalan...
Batal Pengislaman Anak Loh Ahli Parlimen Beritahu Pihak Berkuasa Agama

Batal Pengislaman Anak Loh Ahli Parlimen Beritahu Pihak Berkuasa Agama

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 210 hits
Ibu tunggal Loh Siew Hong sudah menghantar notis undang undang kepada pendaftar mualaf di tiga negeri untuk memohon bukti berhubung persetujuan dirinya dalam proses pengislaman anak anaknya GEORGE TOWN Peguam Ramkarpal Singh menggesa pihak ...
Mengidam Makanan Terengganu Jom Dapatkan Dari Pihak Nolynar

Mengidam Makanan Terengganu Jom Dapatkan Dari Pihak Nolynar

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 228 hits
Mengidam Makanan Terengganu Jom Dapatkan Dari Pihak Nolynar Terengganu merupakan salah satu negeri Pantai Timur di Malaysia yang cukup terkenal dengan tarikan pelancongan Makanan keluaran negeri Terengganu Darul Iman pula memang sudah lama ...
Tidak Bergaduh Bn Cuma Jawab Tohmahan Yang Dilemparkan Pihak Lawan Politik

Tidak Bergaduh Bn Cuma Jawab Tohmahan Yang Dilemparkan Pihak Lawan Politik

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 123 hits
Tidak Bergaduh BN Cuma Jawab Tohmahan Yang Dilemparkan Pihak Lawan Politik Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak mengamalkan pergaduhan sebaliknya hanya menjawab tohmahan dilemparkan oleh lawan politik...
Akaun Telegram Dan Whatsapp Ahmad Zahid Digodam Pihak Tidak Bertanggungjawab

Akaun Telegram Dan Whatsapp Ahmad Zahid Digodam Pihak Tidak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 194 hits
Akaun aplikasi Telegram dan Whatsapp milik Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mewujudkan penghantaran mesej tidak berkaitan Menerusi perkongsian Ahmad Zahid di Twitter ...
Pihak Berkuasa Thailand Mandulkan Monyet Ganggu Pelancong

Pihak Berkuasa Thailand Mandulkan Monyet Ganggu Pelancong

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 232 hits
BANGKOK Pihak berkuasa wilayah Petchaburi di Thailand mengambil langkah proaktif dengan memandulkam monyet monyet liar di wilayah tersebut kerana mengancam sektor pelancongan lapor laman berita Thaiger semalam Seorang penasihat bagi Kemente...
Majlis Perkahwinan Anakku Di Pihak Besanku Di Klang Selangor

Majlis Perkahwinan Anakku Di Pihak Besanku Di Klang Selangor

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 232 hits
Aku telah membawa 53 orang saudara mara dan kaum kerabat bagi mengiringi pengantin anakku Ili Nabilah dan Muhammad Syafiq ke Hotel Wyndham Klang pada hari Sabtu 12 Februari 2022 yang lalu Jutaan terima kasih kepada mereka dan khasnya kepada...
Hiburan Pihak Yang Kejar Harta Bukan Isteri Arwah Sebaliknya Plaintif Hakim

Hiburan Pihak Yang Kejar Harta Bukan Isteri Arwah Sebaliknya Plaintif Hakim

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 490 hits
Semalam balu arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan Siti Nor Hidayah Mohd Ali telah memenangi kes saman fitnah yang difailkan adik iparnya Ali Puteh Pelawak itu akui akur dengan keputusan itu bagaimanapun memakl...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep