1. Saya memerhati di luar tingkap bilik hotel, pemandangan tidak seperti hari semalam. Jalan raya yang sebelumnya sentiasa dipenuhi kenderaan, menjadi lengang pagi ini. Yang kelihatan, orang semakin ramai mengisi ruang jalan raya. Para peniaga juga mula membuka jualan di tepi-tepi jalan raya ini. Satu-satunya kenderaan bermotor yang kelihatan melalui jalan ini - bas berwarna merah tersebut. Bas Transjakarta mempunyai laluannya tersendiri, tidak mengganggu jalan raya yang makin meriah dengan orang ramai
2. Selepas bersarapan di hotel, kami keluar untuk merasai suasana Car Free Day di sini. Kat Malaysia pun tak pernah join tau! Pertama kali. 😄
3. Kami berjalan ke hadapan lagi, sepanjang jalan dibanjiri dengan orang ramai yang sedang menjamu selera dan aktiviti jual beli yang sedang berlangsung. Memang terasa meriah
4. Dari jalan kecil tadi, kami menyertai orang ramai di jalan raya utama. Ada yang berjalan kaki, ada yang berlari, ada yang berbasikal, dan ada yang bersantai sambil membeli pelbagai jualan yang ada di tepi-tepi jalan raya ini. Ada juga peminta sedekah dan pengumpul dana dengan pelbagai gaya untuk menarik perhatian orang ramai. Suasana meriah dan menghiburkan!
5. Memang seronok rasanya bila dapat bersantai di jalan raya yang biasanya sesak dengan kenderaan! Nun sejauh mata memandang, lautan manusia membanjiri jalan raya
6. Masa jalan-jalan, tertarik nak rasa makanan ringan ni - GULALI. Rupa-rupanya, yang warna kuning coklat macam tali tu rasanya sama macam gula kapas kita. Ke memang ada kat tempat kita, tapi saya yang tak perasan? 👀 |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |