Restoran ni terletak di Jl. H Agus Salim. Jom masuk...
Rekaan dalaman restoran yang menarik! Ada pelamin kat hujung tu, bolehlah kalau nak berangan bersanding dengan pelamin Minang. Hehe.
Restoran Minang memang ginilah cara hidang. Letak kat meja kita bermacam-macam lauk, apa yang kita makan je akan dikira. Air teh tu pun dihidang tanpa kita minta. Air tehnya sedap, tak manis tapi terasa menyegarkan bila diminum.
Kiri - sedap lauk daging ni! Rangup. Siap mintak sepiring lagi. Kanan - pertama kali cuba jus durian. Okey jugaklah.
Siap makan, jomlah kita naik pelamin
Malam...makan sate pulak. Kami ke restoran Sate Khas Senayan
Terasa macam buruk perangai pulak, punyalah banyak makanan cuma untuk dua orang! Ni kes silap pertimbangan masa buat order. Patutnya order sikit dulu, tak cukup baru tambah lagi. Terpaksalah sendatkan perut menghabiskan semua ni. Rasa sate di sini? Okey, sedap jugaklah. Tapi saya masih terkenang-kenang rasa sate Padang di Pekanbaru.
Satu hidangan ni je pun dah cukup kenyang, semua lengkap. Rasanya? Agak tak kena dengan selera saya. Biasa-biasa aje.
Try makan keropok kulit lembu. Tak reti nak cerita rasa dia. Tapi bolehlah sekadar nak merasa, nak mengulang tak kot. Haha.
Insaf sebab makan terlampau banyak kat restoran Sate Khas Senayan malam tadi, hari ni kami makan ringkas je. Order bihun goreng, nasi goreng dan otak otak bakar ni.
Sekali lagi...order jus durian (air warna putih). Jus durian kat MM Juice ni lebih sedap dan lebih rasa berbanding di restoran Natrabu. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |