Last Day Bandung Indonesia Bdo Kul By Malindo Air


LAST DAY BANDUNG : BDO - KUL BY MALINDO AIR ! BYE-BYE BANDUNG INDONESIA TILL WE MEET AGAIN - Dari Istana Helmet terus bergegas ke Airport Bandung Indonesia. Sampai dah ke penghujung cerita percutian kami ke Bandung Indonesia. Sob..sob sedihnya rasa. Tak puas bercuti pun iye jugak ! Hari ke-4 ni, dan dan lah daddy tanya mummy "kenapa kita holidays 4 hari je kat Bandung?" . Hahaha dia buat-buat lupa ke apa tu? Kalau balik KL CNY tu nanti, harga tiket mahal nau. Nak cut cost balik KL sebelum CNY. Sooo...Binimu yang menurut perintah, katanya. No worries ye, next trip (tak tahu bila zaman) kita pi memana seminggu teruih ya ! Cuti sampai lebam haha.
LAST DAY BANDUNG : BDO - KUL BY MALINDO AIR

Selesai shopping helmet, terus bergegas ke Bandung Airport tanpa lunch. Plan nak lunch dalam Bandung Airport aje ! Walau hakikatnya kami dah tahu Bandung Airport ni tak besar mana (kecil dari Subang Airport). Apa boleh buat, masa itu emas. Nak kejar masa, kang makan kat luar takut tak sempat je !

Our supir di Bandung selama 4 hari. Agib namanya dari Kiki Travel. Mummy tak tahu pun, Kiki ni ada banyak staf. Ingatkan memula tu, Kiki tu supir persendirian. Hehe
Sebab harganya murah berbanding 3 lagi supir yang mummy survey harga.
4 hari perkhimatannya (tak masuk parking) adalah Rp1,350,000 dalam RM450. Kalau sewa kereta pun, sehari dah RM100, belum kira isi minyak lagi.  Minyak dorang mahal dahlah pakai ROn90 ke 80 ntah huhu.

Sebenarnya... lagi jimat pakai supir. Dia drive, mummy dan daddy boleh relax. Tak payah kalut buka waze dan lelain !

Macet atau jem pun tak apa, kami boleh tidur dalam kereta (MPV) haha !


Masa untuk check in luggage, naik Malindo Air ini satu je lah best dia. PEACE OF MIND ! Tak payah kalut risau berat luggage terlebih ke apa. Sebab, seorang  setiap kami dapat 25kg. Satu family kami, total entitled for 100kg.
See...baru 47.3kg je 2 bag ni. 
Lepas check in bag, check in diri. Kami makan dalam airport je. Tak ada makanan berat sangat, banyak pastri, roti dan instant mee (macam maggi). Belasah je lah makan kan. Kang lapar pulak bebudak tu.
Kebetulan duit rupiah pun masih banyak lagi, daddy kata pakai aje, habis pun tak pe. So, mummy belikan t shirt Bandung untuk abang dan abah. Dorang memang suka kirim tshirt tempat mana kami pi. Tapi..trip kali ni..memang kami tak sempat nak pergi kedai tshirt pun. 
Rezeki depa jugak, sebab kat airport ada jual. Walau mahal (RM30) tapi sebenarnya tak mahal mana. Kualiti kain keris mas tu memang terbaik !

BYE-BYE BANDUNG INDONESIA TILL WE MEET AGAIN
Bye-bye Bandung till we meet again. Daim seronok dapat tengok kapal terbang. Teruja yakmat


Terpaksa bekalkan gula-gula untuk elakkan telinga berdenggung dan Daim Naufal sebenarnya gayat bila kapal fly. Tinggi ! Lepas tu ..nanti tarik tangan mummya jak turun hahaha. Abes satu kapal gelakkan Daim !
Nasib baik, masa balik kapal tak penuh. Mummy pindah seat belakang daddy duduk berdua dengan Daim je. 
Sebab Daim tak selesa ada orang tak kenal duduk berdekatan dengan dia. Adoi, nampaknya kena beli kapal sendiri lah ye, Daim !

Ada entertaiment, nak tengok movie ke tidur lagi sedap hahaha


Lepas dapat noti, seat belt boleh buka. Daddy terus ke belakang tenangkan Daim. Dhia dan Dzal masa ni tidur dah. Tapi, stewardess ingatkan kami, jangan tinggalkan anak bersendirian.
Lepas Daim dah bertenang, bukakan YouTube (save & download). Mummy makan sampai kenyang. Barulah daddy ke tempat duduk daddy accompany Dhia dan Dzal.
Daim pun tidur sampai KLIA. Alahamdulillah, semua baik-baik sahaja dalam kapal terbang !
pizza cheese, jus, air mineral

Fly ke Bandung dapat makan ni je. kek ke brownies. Hijau warna nya. Sedap !
Masa pi Bali aritu lagi best. Boleh pilih pasta, pizza atau nasi. Macam-macam nasi ada ! Maybe perjalanan ke Bali ambil masa 3 jam. Berbanding Bandung 2 jam 15 minit sahaja.
Kami touch down KLIA dalam 5.25petang. Sampai sahaja di bahagian Kastam. Helmet kami semua kena rampas. Kastam on hold sebab nak kena ada surat dari JPJ terlebih dahulu.
Anak-anak kami dah nak nagis haha. Helmet depa tak boleh bawa balik. 
Kastam cakap, helmet luar tak ada SIRIM. Hrm...helmet basikal bebudak ni lagi fragile kot beli kat Malaysia. Lambang SIRIM lagi lah ! Langsung tak de. 
Apa pun kena hormat staff Kastam. Ikut je lah kehendak mereka ! 
Paling rasa peliknya tu,,, dalam flight Bandung kami..kami je yang kena tahan. 
Lepas CNY, kami ke JPJ untuk minta surat pelepasan helmet. JPJ pula ambil masa 2 minggu macam tu untuk siapkan surat.
Setelah siap surat dari JPJ, kena pi balik Kastam KLIA untuk hantar surat dan tunggu jawapan Kastam macam mana pulak.
Mak aiiiii, pengalaman kami pertama kali kena tahan dengan Kastam !

P/s : Sehingga harini, kami belum ambil lagi surat di JPJ. Baru hantar surat kebenaran lepas CNY. Ada surat JPJ tu, baru boleh bawa ke KASTAM KLIA. Dan tunggu jawapan Kastam pulak. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azlindaalin.com/2019/02/last-day-bandung-indonesia-bdo-kul-by.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Bandung Day 3 Ke Kota Mini Lembang Bandung Indonesia

Percutian Bandung Day 3 Ke Kota Mini Lembang Bandung Indonesia

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 451 hits
PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 KE KOTA MINI LEMBANG BANDUNG INDONESIA Diteruskan lagi cerita kami semasa percutian di Bandung Indonesia Memang tak di nafikan banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di Bandung Indonesia ini Salah satu tempat m...
Percutian Bandung Day 2 Lodge Maribaya Bandung Indonesia

Percutian Bandung Day 2 Lodge Maribaya Bandung Indonesia

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 671 hits
PERCUTIAN BANDUNG DAY 2 PART 1 LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA Okay sambung lagi entri travel ke Bandung Indonesia Hari kedua tempat pertama yang kami tujui ialah THE LODGE MARIBAYA Tempat yang agak extreme dan instagrammable Walau ianyaem...
Malindo Air To Hokkaido Via Taipei

Malindo Air To Hokkaido Via Taipei

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 318 hits
Nampaknya ada lagik satu option untuk terbang ke Hokkaido Tapi travel time agak lama sebab ada transit kat Taipei Harga promo pulak idok la murah pun Kalo bawah RM1k nak jugak ahkak rembat huhuhu
Jakarta Indonesia Car Free Day

Jakarta Indonesia Car Free Day

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 470 hits
Pagi hari kedua di kota Jakarta hari Ahad 1 Saya memerhati di luar tingkap bilik hotel pemandangan tidak seperti hari semalam Jalan raya yang sebelumnya sentiasa dipenuhi kenderaan menjadi lengang pagi ini Yang kelihatan orang semakin ramai...
Percutian Bandung 2019 Day 3 Makan Di Kafetaria 170

Percutian Bandung 2019 Day 3 Makan Di Kafetaria 170

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 629 hits
PERCUTIAN BANDUNG 2019 DAY 3 MAKAN DI KAFETARIA 170 Hari ketiga ni daddy nak proper breakfast dan lunch Kiranya keluar je hotel 9 pagi tu terus nak makan Lepas makan baru ke Lembang Indonesia untuk aktiviti seterusnya ke Kota Mini Lembang d...
Living In Bali Indonesia A Day In The Life With Conner Sullivan

Living In Bali Indonesia A Day In The Life With Conner Sullivan

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 453 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Percutian Bandung Day 4 Istana Helmet

Percutian Bandung Day 4 Istana Helmet

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 341 hits
PERCUTIAN BANDUNG DAY 4 ISTANA HELMET Finally last day kat Bandung Kami check out dari hotel dalam 10 pagi Terus plan nak ke Bandung Airport Tapi daddy teringat tentang helmet nak cuci lmata sekejap Lagi pun flight kami dalam 2 50 petang Me...
4 Hari 3 Malam Full Itinerary Bandung Indonesia

4 Hari 3 Malam Full Itinerary Bandung Indonesia

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 627 hits
4 HARI 3 MALAM FULL ITINERARY BANDUNG INDONESIA Assalamualaikum Selamat sejahtera semua Sebelum cerita percutian ke Bandung Indonesia kami basi ada baiknya mummy share terus 4 HARI 3 MALAM FULL ITINERARY BANDUNG INDONESIA Mummy pun adakalan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara