Jakarta Indonesia Pasar Tanah Abang
Sepanjang di Jakarta ni memang terhad tempat saya pergi, cuma ada sehari penuh hari Sabtu. Ahad petang dah nak nak terbang balik. Tapi, macam tak sah pulak kunjungan ke Jakarta kalau tak berkunjung ke Tanah Abang kan..
PASAR TANAH ABANG
[info] Tanah Abang adalah salah satu kecamatan (daerah) di wilayah Kota Administrasi Jakarta Pusat, Provinsi DKI Jakarta, Indonesia. Di sana terdapat pasar tekstil terbesar di Asia Tenggara. Pasar tersebut telah ada sejak 1735.Pasar Tanah Abang merupakan pusat perdagangan pakaian dan tekstil utama ke berbagai wilayah di Indonesia dan juga Asia serta dunia.Pasar Tanah Abang terbagi menjadi 3 wilayah gedung yang menjadi pusat perdagangan antara lain Tanah Abang Metro, Tanah Abang lama dan Tanah Abang AURI.Tanah Abang lama terbagi atas beberapa blok antara lain blok A, B dan F yang berisikan kios-kios, sedangkan Tanah Abang AURI terbagi atas beberapa blok antara lain blok A, B, C, D, E, F, AA, BB, CC. Seluruh blok di Tanah Abang AURI merupakan kumpulan ruko yang umumnya menjual tekstil, kecuali blok E yang merupakan kumpulan kios-kios yang menjual pakaian dalam bentuk eceran ataupun grosir.(sumber wikipedia)
1. Kereta Grab yang kami naiki berhenti di sini, di lampu isyarat. Sebabnya jalan kat kawasan ni tersangatlah sesak, akan ambil masa lebih lama kalau nak dihantar sampai depan bangunan. Kami akan ke bangunan hijau tersebut. (Gambar kelabu asap ambil dari dalam kereta). Kena lintas jalan yang super sesak!
2. Kat jalan raya sesak, masuk dalam bangunan ni pun sesak! Sesak dengan barang jualan dan manusia. Masa ni waktu petang, hari Sabtu. Kalau siapa yang suka shopping mesti rambang mata tengok barang jualan! Telekung macam-macam corak, kain-kain lace, baju batik lelaki yang dah siap pun banyak.
3. Bertingkat-tingkat, entah berapa tingkat tak pasti pulak. Kami tak naik setiap tingkat pun, perlu seharian kot kalau nak habis pusing. Lagi pulak saya ni kurang minat shopping, setakat tengok-tengok untuk ambil pengalaman je. Suami beberapa kali tunjuk blouse kat saya...'yang ni cantik..', suruh belilah tu. Dia tak puas hati sebab saya tak beli apa-apa. Hahaa! Dah tak minat kan, nak buat camne. Blouse kat rumah banyak lagi, takmo la menambah. Barang-barang lain pun saya belum rasa nak menambah.
4. Pasar Tanah Abang memang luas, bangunan bersambung-sambung. Yang kami masuk tadi baru kira satu bangunan. Kami berdiri kat sini memerhati sekeliling dan kehidupan yang berlangsung.
Selepas beberapa ketika, kami melintas jalan untuk masuk ke bangunan depan tu - Pusat Mode Tanah Abang (bangunan baru kot, belum banyak kedai beroperasi dan lengang) dan Metro Tanah Abang (bersambung dengan bangunan kami masuk awal tadi)
5. Ni pandangan dari bangunan Pusat Mode Tanah Abang. Terus ke depan tu, kita ke Metro Tanah Abang. Sama jelah...sesak dengan barang jualan dan manusia. Kat bahagian luar bangunan ni, ramai penjaja minuman dan makanan. Ada yang bawa kenderaan tolak, tapi ramai yang sekadar duduk di lantai.
6. Selesai melihat-lihat, kami balik ke bilik hotel dengan menaiki kenderaan bermotor dan beroda tiga yang dipanggil Bajaj (cara sebut 'ba-jai'). Kenderaan yang warna biru dan berbumbung hitam tu.
Mulanya nak ambil Grab, tapi dah dua kali pemandu Grab batalkan. Mungkin sebab sesak susah nak masuk kawasan ni. Bajaj pulak memang bersusun menunggu kat tepi-tepi ni. Kenapa nak naik Grab? Sebab lebih murah dari naik Bajaj. Dah lah lebih murah, lebih selesa duduk dalam kereta dan ada air cond pulak! Hehee..
BAJAJ atau GRAB?
Kita selit sikit hal naik Bajaj dan Grab lah ya..
Beginilah rupa dalam kenderaan Bajaj. Kecik je. Belakang muat untuk kami berdua. Kalau korang banyak sangat shopping kat Tanah Abang tadi, mungkin tak boleh naik Bajaj. Seronok naik Bajaj sebab pengalaman berbeza. Tapi memang makan asap jelah kan, Jakarta sesak dengan kenderaan.
Sepanjang di Jakarta kami banyak naik kereta Grab, sebab lebih mudah. Kita dah set nak ke mana, pemandu akan hantar ke situ. Bayaran dah tetap, kalau ada tol akan ditambah pada bayaran tadi. Walaupun pemandu Grab salah jalan pun, bayaran tetap sama. Dia tak akan mintak lebih
Pengalaman pertama naik Bajaj, kami dah cakap nak ke satu tempat makan ni. Pemandu setuju dan tau tempat tu. Bayaran pun dah dipersetujui sama-sama. Tengah-tengah jalan, dia boleh tanya kita nak belok jalan mana? 😏. Sudahnya macam sesat la kejap. Kami cuma boleh bantu ikut Google Maps je. Akhirnya bila sampai, dia mintak bayaran lebih sebab dah berpusing-pusing tadi. 😣
Dari segi harga, tak boleh banding secara terus. Ikut keadaan, kadang-kadang naik Bajaj lagi murah dan kadang-kadang naik Grab lagi murah. (Jakarta ada banyak pilihan pengangkutan awam, kami datang sekejap je cuma sempat naik Bajaj dan kereta Grab. Kalau boleh kita kena cuba macam-macam, ambil pengalaman)
Pastikan kita ada data internet dan bateri telefon yang cukup untuk dapatkan servis Grab. Macam kami, cuma suami je yang langgan data roaming. Masa sampai je di Jakarta, terus dapat SMS dari Celcom tawarkan 500MB data roaming RM4.99/hari. Saya guna internet bila balik hotel je, free wifi.
...catatan seterusnya Jakarta Car Free Day...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2018/01/jakarta-indonesia-pasar-tanah-abang.html