Jakarta Indonesia Monumen Nasional
MONAS...antara tempat yang patut dilawati bila berkunjung ke Jakarta. Kita boleh masuk dan naik ke menara (tugu Monas) serta melawat muziumnya (dengan bayaran tertentu), atau sekadar bersiar-siar dan melawat patung-patung peringatan yang ada di sekitar taman Monas yang sangat luas
[info] Monumen Nasional atau popular dengan singkatan Monas atau Tugu Monas, adalah tugu peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang jasa dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendapatkan kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan tugu ini dimulai pada 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk orang awam pada 12 Julai 1975.
Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Tugu Nasional terletak di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. (sumber/info lanjut di SINI )
------------------------------------------------------------------------Untuk ke Monas, kami guna servis Grab. Kami minta dihantar ke pintu masuk, sebabnya ada beberapa pintu di Monas dan bukan semua dibuka untuk pengunjung masuk. Kalau tersalah pintu, memang susahlah
1. Kami tiba sekitar jam 9 pagi waktu tempatan. Nampak pintu pagar tu bertutup kan? Tapi sebenarnya ada pintu kecik untuk kita masuk. Dalam kawasan Monas ni pun dah ramai pengunjung. Meriah, maklumlah cuti hujung minggu. Untuk masuk sini tiada bayaran. Kalau masuk menara tu barulah dikenakan bayaran
2. Kawasan taman Monas ni memang sangat luas! Ni cuma sebahagian pemandangan yang dapat diambil gambar. Menara yang tinggi menjulang itulah dipanggil Tugu Monas, dan patung berkuda itu adalah antara sebahagian patung peringatan yang ada di kawasan taman ini.
3. Setiap patung dibina untuk memperingati individu yang telah berjasa kepada Indonesia. Terletak di bahagian utara taman Monas, inilah tugu Pangeran Diponegoro, seorang pahlawan nasional Indonesia. Digambarkan begitu gagah dengan kudanya
4. Catatan sejarah mengenai Pangeran Diponegoro
5. Sebahagian kawasan taman yang bersih dan dijaga rapi. Ramai juga yang datang ke sini untuk berkelah (bentang tikar, makan-makan, borak-borak). Tempat-tempat duduk pun ada disediakan. Cuma satu kekurangan di sini - tiada tandas awam yang baik. Tandas cuma ada di Tugu Monas, yang agak jauh untuk berjalan kaki dari kawasan taman ini
6. Kami menuju ke Tugu Monas. Memang perlu berjalan agak jauh, mujur matahari tidaklah terlalu terik.
7. Tapi kami tak masuk pun, katanya akan ambil masa lama kalau kita nak masuk dan naik ke atas (hasil carian di internet sebelum ke sini). Kami pulak memang tak boleh berlama-lama. Kami sekadar melihat-lihat dan ambil gambar di sini
8. Dari Tugu Monas, kami berjalan ke sudut lain (bahagian timur) taman MONAS. Jumpa patung ini - Patung Peringatan Raden Ajeng Kartini. Beliau dikenali sebagai pelopor kebangkitan perempuan Indonesia. (info lanjut DI SINI)
Selepas itu, kami beredar dari taman Monas walaupun belum habis menjelajah ke bahagian selatan dan barat taman. Dah penat dan kelaparan! Kalau berkesempatan ke semua bahagian, kita akan menemui 5 patung peringatan. (info lanjut DI SINI)
*Selain patung peringatan yang ada di taman Monas, disepanjang laluan di kota Jakarta kita akan menemui banyak patung manusia dan ada juga patung haiwan (saya nampak patung seakan gorila di satu simpang jalan).
Nak tengok taman dan Tugu Monas secara lebih 'jelas', boleh tengok video berdurasi 37 saat ni.
...catatan seterusnya - Tanah Abang...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2018/01/jakarta-indonesia-monumen-nasional-monas.html