Percutian Bandung Day 2 Lodge Maribaya Bandung Indonesia


PERCUTIAN BANDUNG DAY 2 : PART 1 - LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA. Okay sambung lagi entri travel ke Bandung, Indonesia. Hari kedua, tempat pertama yang kami tujui ialah THE LODGE MARIBAYA. Tempat yang agak extreme dan instagrammable. Walau ianyaemerlukan stamina tapi bila nampak persekitaran yang cantik. Hilang rasa penat tu. Tapi, kalau korang yang memang minat extreme. Korang mungkin akan cakap. Allah biasa je. Tak extreme mana pun. Tapi, bagi mummy yang kecut perut pada ketinggian ni. Extreme sangat dah rasanya THE LODGE MARIBAYA ni. 
PERCUTIAN BANDUNG DAY 2 : PART 1 - LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA.Hari kedua ni, kami bukan sahaja ke The Lodge Maribaya. The Lodge Maribaya merupakan destinasi pertama kami untuk hari kedua. The Lodge Maribaya ini agak pendalaman kawasannya. Terletak di luar bandar. Dari hotel kami, faveHotel Cihampelas ambil masa lebih kurang 40 minit. Untuk ke daerah ini, mummy memang buat sesiap itinerary yang dekat-dekat untuk hari kedua ni. Supaya jimat masa yang ado. Bandung ini, jalannya bukan ada highway tau. Masih one way dan jalan rayanya kecik. Pastikan korang check google map. Untuk bajet masa dari satu tempat ke satu tempat. 

Dah sampai The Lodge Maribaya! Apa lagi.. bergambar di luar pintu masuk dulu. Tak pe lah ada photo boom pun, barulah nampak real picture tak fake dan edit kan. Natural gituuu. Hehe
Ramai juga orang datang ke sini. Yelah.. Tempatnya sejuk, nyaman dan tenang sangat. Sejuknya macam di Cameron ketika siang. Tak lah sejuk gigil sangat. Tapi, dingin bila angin sepoi sepoi bahasa tu datang. 

Di pintu masuk lagi. Bergambar sedondon warna kuning. So, entri Bandung ni untuk 2nd day. Uniform kami warna kuning hahaha. Bertema gituuu. Entah lah.. Memang mummy sejenis suka nau sedondon color. Nampak tak messy bila bergambar. Senang sebenarnya buat matching color. Boleh senang susun cerita dalam blog ikut hari. Hehe. 
BREAKFAST DI THE LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA 
Posing aje anak-anak 
Selesai beli tiket, beli makanan
Dalam kereta dan bawa bekal roti sesiap dengan air. Makan dalam perjalanan. Sebab nak jimat masa. 
Daim suka kawasan The Lodge Maribaya 
Daddy dan anak-anak makan mee dan sosej. Mummy makan buat rerasa je depa punya. Memang tak food hunting sangat, jaga perut sebab banyak tempat nak pi. 

Selesai makan dan quick breakfast. Memasing dah excited nak masuk ke The Lodge Maribaya.
Jalan dalam ni agak berbukit, berbatu dan bertangga. Nasib baik kami semua memilih memakai kasut sepanjang percutian. 
Memang capek jugaklah turun naik bukit. 
HARGA TIKET MASUK THE LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA

Harga masuk ke The Lodge Maribaya untuk 5 tahun ke atas ialah Rp30,000 (lebih kurang RM10). 

Setiap tiket masuk The Lodge Maribaya Bandung ni, akan menerima voucher makanan dan minuman yang boleh di tebus di mana-mana kedai dalam Lodge Maribaya selepas selesai semua aktiviti di sini. 
Hot Air Balloon Hydraulic (IDR 35.000)



1st thing, kami naik HOT BALLON HYDRAULIC ni. Ini sahaja aktiviti yang anak boleh join dalam The Lodge Maribaya. 
Harga lebih kurang RM13 untuk 5 tahun dan ke atas. 
Gambar pulak sekeping RM3 lebih kurang. Gambar akan di save dalam hand phone kita nanti. Kalau ada 10 gambar cantik RM30 lah kena bayar haha
Tapi okaylah kan, kalau hire professional photographer dah berapa pulak nak membayornya. 



Spot photograper ni, memang dah cun habis dorang setting. Orang lain, memang tak boleh dapat spot gini. 
Hot ballon ni agak tinggi jugaklah, plus lantainya berkaca nampak bawah haha. Gigil jugak lah dengan nak bawa anak-anak kan. 
Zikir bebanyak je lah ! 

Lion dance pun ada, boleh bagi ang pow pada lion. 

Dhia bagi angpow

Dzal pulak bagi angpow

Kat Indonesia ni, memang mana-mana dorang praktis bagi tip. Orang yang jaga jalan pun, supir kami bagi tip.

Mountain Swing (IDR 25.000)

Seterusnya, daddy naik mountain swing. Mummy? Mummy jaga anak-anak je lah haha. 

Harga naik mountain swing ni tak sampai pun RM10. 


Sangat tinggi, berayun lak tu haha. 

Dari hand phone mummy. Spot memang tak dapat tempat cun. 

Professional photographer je boleh dapat spot cun

2 je kami naik. Lelain anak-anak tak leh nak naik pun.

Aktiviti lain: 
Sky Tree (IDR 15.000 - IDR 20.000)Zip Bike (IDR 25.000)Gantole (IDR 35.000)Sky Plane (IDR 25.000)
Semua berbayar ye hehe. Bukan termasuk harga tiket. 


Masa untuk makan. Tukar voucher! 

Pop corn ni beli kat Mountain Swing tadi. 

Jagung pun beli masa dalam mountain swing. Nak amek mood anak-anak. Makan dan jalan kena seiring gitu hehe

Hasil dari voucher makanan. Chicken wings dan coleslaw 

Harga asal sayap ayam ialah Rp20,000

Untuk air, ambil masa di bahagian jalan keluar. Masa tu mummy tak de. Sebab beratur untuk ambil gambar aktiviti. 
Ramai yakmat orang beratur nak amek gambar. Gambar je, dekat RM30 gaklah habis. 
Total lost here The Lodge Maribaya :Entrance : Rp90,000 (3 kepala) Makan : Rp90,000 lebih kurangAktiviti : Rp100,000 (2 aktiviti) Gambar : Rp100, 000
Parking : Rp5,000
Hampir RM150 kitorang habis kat The Lodge Maribaya. So, jangan tanya..kenapa tak join semua aktiviti ye! Ada 5 tempat lagi untuk kami terjah hari ni. Hehe yup 5 korang! 

The Lodge Maribaya juga ada menyediakan tempat camping, boleh menginap di sini. Serta ada aktiviti Fairy Dream di kawasan berdekatan. Kami tak ke sana, sebab entrance fees, dan aktiviti semua berbayar. Tak memasal habis beribu kang kat sini. 
Next, Farmhouse Lembang pulak! 
Info lanjut mengenai The Lodge Maribaya, boleh layari ke :-
The Lodge Maribaya Telefon: (022) 20454830  Alamat: Jalan Maribaya No.149/252 / RT 03/RW 15 Kp Babakan Gentong - Cibodas Lembang 40391. Bandung. Indonesia 
Email: [email protected]: https://www.thelodgemaribaya.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azlindaalin.com/2019/02/percutian-bandung-day-2-lodge-maribaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Bandung Day 1 Part 1 Makan Di Kampiun Bistro Setelah Sampai Je Bandung

Percutian Bandung Day 1 Part 1 Makan Di Kampiun Bistro Setelah Sampai Je Bandung

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 502 hits
Percutian Bandung Day 1 Part 1 Makan di Kampiun Bistro Setelah Sampai Je Bandung Touch down Bandung Indonesia kira kira jam 2 petang waktu Bandung Plus minus cop passport dan menanti luggage Dekat pukul 2 45 petang juga baru settled Pak sup...
Percutian Bandung Part 2 Day 1 Misi Cari Kain Lace Baju Raya Di New Chand Moda

Percutian Bandung Part 2 Day 1 Misi Cari Kain Lace Baju Raya Di New Chand Moda

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 1719 hits
PERCUTIAN BANDUNG PART 2 DAY 1 MISI CARI KAIN LACE BAJU RAYA DI NEW CHAND MODA TEXTILE TAILOR BANDUNG INDONESIA Hari pertama tempat kedua di Bandung Indonesia adalah misi mencari kain baju untuk raya Haha awal sungguh naaa Mestilah awal bul...
Percutian Bandung Day 2 Ke Indomaret Sebelum Balik Fave Hotel Premier Cihampelas

Percutian Bandung Day 2 Ke Indomaret Sebelum Balik Fave Hotel Premier Cihampelas

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 527 hits
PERCUTIAN BANDUNG DAY 2 KE INDOMARET SEBELUM BALIK FAVE HOTEL PREMIER CIHAMPELAS Tempat ke 6 hari kedua kami Sebelum balik hotel kami singgah ke Indomaret Cihampelas ala ala 7e tapi harga depa lebih murah Air mineral besar tu harganya Rp240...
Percutian Bandung 2019 Day 3 Makan Di Kafetaria 170

Percutian Bandung 2019 Day 3 Makan Di Kafetaria 170

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 630 hits
PERCUTIAN BANDUNG 2019 DAY 3 MAKAN DI KAFETARIA 170 Hari ketiga ni daddy nak proper breakfast dan lunch Kiranya keluar je hotel 9 pagi tu terus nak makan Lepas makan baru ke Lembang Indonesia untuk aktiviti seterusnya ke Kota Mini Lembang d...
Jakarta Indonesia Car Free Day

Jakarta Indonesia Car Free Day

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 470 hits
Pagi hari kedua di kota Jakarta hari Ahad 1 Saya memerhati di luar tingkap bilik hotel pemandangan tidak seperti hari semalam Jalan raya yang sebelumnya sentiasa dipenuhi kenderaan menjadi lengang pagi ini Yang kelihatan orang semakin ramai...
Menginap Di Favehotel Premier Cihampelas Ketika Bercuti Di Bandung Indonesia

Menginap Di Favehotel Premier Cihampelas Ketika Bercuti Di Bandung Indonesia

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 616 hits
MENGINAP DI FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS KETIKA BERCUTI DI BANDUNG INDONESIA Ini merupakan kali pertama pengalaman mummy bercuti dengan ahli keluarga keluar negara Tapi mummy kena buat tempahan hotel dan flights sendiri Huhu Daddy tak nak p...
Bercuti Ke Bandung Day 1 Plan Nak Jalan Jalan Dalam Bandar Bandung Je

Bercuti Ke Bandung Day 1 Plan Nak Jalan Jalan Dalam Bandar Bandung Je

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 396 hits
BERCUTI KE BANDUNG DAY 1 JALAN DALAM BANDAR BANDUNG JE Kami tiba dari Airport Bandung kira kira jam hampir 3 petang Oleh kerana flight delay di KLIA Kami tak dapat nak meneruskan perjalanan asal ke Fave Hotel yang terletak di Cihempelas Ban...
Living In Bali Indonesia A Day In The Life With Conner Sullivan

Living In Bali Indonesia A Day In The Life With Conner Sullivan

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 453 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Kali Kedua Naik Malindo Air Bandung Indonesia Pulak

Kali Kedua Naik Malindo Air Bandung Indonesia Pulak

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 547 hits
KALI KEDUA NAIK MALINDO AIR BANDUNG INDONESIA PULAK Pengalaman kami kali pertama kali menaiki flight Malindo adalah ke Bali Indonesia pada awal Disember 2017 Dah hampir 13 bulan berlalu Anak anak rindu nak naik MALINDO lagi dorang suka ada ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya