Itm 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global


ITM 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global
KUALA LUMPUR — Islamic Tourism Month (ITM) 2025 atau Bulan Pelancongan Islam 2025 kini kembali dengan edisi keempat yang mewarnai pengalaman pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim di seluruh negara.
Kempen yang bermula dari 18 Ogos hingga 30 September ini menampilkan lebih 165 rakan strategik sebagai langkah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim nombor satu dunia.
Menurut Pengurus Unit Komunikasi Korporat Islamic Tourism Centre (ITC), Anis Rozalina Ramli, sebanyak lapan kategori dibawakan kali ini bagi mencerminkan kepelbagaian kekayaan tradisi dan gaya hidup moden kebanggaan Malaysia.

Antaranya Hari Terbuka Masjid; Penginapan; Pakej Pelancongan; Spa, Kecantikan & Kesihatan; Makanan & Minuman; Acara & Pameran; Beli-belah; Tarikan Pelancong & Taman Tema.
“ITM adalah satu kempen ikonik ITC di mana ia mengumpulkan pengalaman pelancongan mesra Muslim dan hospitaliti untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dan juga antarabangsa.
“Ia untuk mengenali produk-produk pelancongan dan pengalaman imersif yang ada di Malaysia, yang berasaskan budaya, makan minum, aktiviti yang sesuai untuk keluarga,” katanya.
Tambah Anis, sejak kali pertama kempen ini dianjurkan pada tahun 2022, ia menampakkan peningkatan dari seri jumlah rakan strategik dari penggiat industri, yang menawarkan pengalaman produk dan pelancongan mereka untuk pelawat domestik dan antarabangsa.
Antara Destinasi Terpilih Farm In The City, Seri Kembangan

Sebuah zoo haiwan yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga, terletak di Seri Kembangan. Pengunjung dapat menikmati pengalaman dan mengenali haiwan secara dekat termasuk memberi makan secara langsung.
Laman Khadijah, Nilai

Laman Khadijah merupakan jenama telekung terkenal tempatan, Telekung Siti Khadijah. Terletak di Nilai, Negeri Sembilan, lokasi ini membawa pengunjung mengenali sejarah rekaan telekung tempatan, seni pertukangan warisan dalam memastikan keselesaan dan keanggunan wanita Muslim.
Di sini juga, pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana proses produk Siti Khadijah dilakukan termasuk pengalaman menjahit yang cukup mengujakan.

HL Dragon Fruit Eco Farm & Cafe, Sepang

Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), HL Dragon Fruit Eco Farm & Cafe merupakan sebuah destinasi agropelancongan berasaskan buah naga.
Uniknya, pengunjung dapat menikmati pelbagai hidangan menarik berasaskan buah ikonik itu termasuk mengenali proses dan jenis buah.

Fakta menarik mengenai ladang ini adalah ia merupakan pemegang Rekod Dunia Guinness, strukur replika buah naga terbesar di dunia.
Hotel Perdana KLCC, KL
Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre atau Perdana KLCC ialah merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak berhampiran Taman KLCC.
Pengunjung ditawarkan lebih 338 suite berperabot elegan yang pastinya memberikan jaminan pengalaman mengujakan termasuk keselesaan.
Sementara pengunjung beragama Islam pula tidak perlu bimbang kerana hotel ini juga diiktiraf mesra Muslim oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengurus Besar Perdana Kuala Lumpur City Centre, Zakaria Ismail berkata, antara kemudahan dan elemen yang diketengahkan kepada pengunjung Muslim adalah waktu takwim solat, penyediaan sejadah, kain ataupun telekung untuk lelaki atau wanita.
Disamping itu, pihaknya juga dalam usaha membawa masuk fasiliti seperti informasi-informasi penting, Quran digital, jurnal-jurnal Islamik dengan menggunakan kod QR. Ia sekali gus memastikan Perdana KLCC sebagai destinasi penginapan pilihan pengunjung terutamanya pelancong Muslim.
Masjid Negara, KL

Masjid Negara merupakan salah satu mercu tanda Islam yang menampilkan beberapa gabungan seni bina termasuk seni ukir dari Timur Tengah.
Di sini, pengunjung Muslim dapat menunaikan Rukun Islam kedua dan masjid ini mampu memuatkan sehingga lebih 15,000 jemaah pada satu-satu masa.
Antara keunikan yang terdapat di Masjid Negara termasuk reka bentuk kubahnya yang berbentuk payung.
Ryverra Chocolate Story, Batu Caves

Terletak di Batu Caves Selangor, Ryverra Chocolate Story merupakan sebuah pengeluar coklat halal tempatan. Bertapak sejak 2008, lokasi ini membawa pengunjung kembali semula mengenali sejarah dan penghasilan koko serta pengalaman membeli-belah produk coklat yang menyeronokkan.
Antara jenama coklat premium yang dihasilkan pengeluar itu termasuklah Ryverra, Estana, dan ReeVo. Menariknya, produk-produk ini juga dieksport ke negara luar termasuk Singapura, Arab Saudi, dan Korea.

Berjaya Times Square Theme Park, KL
Siapa sahaja yang tidak mengenali taman tema tertutup terbesar di Malaysia Berjaya Times Square Theme Park ini.
Dengan keluasan 133,000 kaki persegi, taman tema ini menawarkan pengalaman keseronokan mesra keluarga di tengah bandar ibu kota itu.

ITM 2025 bukan sahaja dilihat sebagai langkah strategik dalam memberikan lonjakan awal dalam memperkukuh penjenamaan Malaysia sebagai hab pelancongan halal global menjelang Visit Malaysia 2026, malah ia mampu menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi menerusi sektor pelancongan mesra Muslim.
#ExperienceITM2025 #ITM2025 #MuslimFriendlyMalaysia #ITMTikTokChallenge2025
The post ITM 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/21/itm-2025-lonjak-malaysia-sebagai-hab-pelancongan-mesra-muslim-global/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5826 hits
FWD Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama Memperkasakan Kesedaran Kesihatan Keseronokan Kelestarian Pos Malaysia Berhad penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional secara rasmi bekerjasama dengan FWD penyedia takaful dan ins...
Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 4552 hits
Kuala Lumpur kembali meriah pada 20 September 2025 dengan penganjuran Malaysia Sarong Music Run edisi kedua di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung penuh warna budaya dan komuniti Kali ini lebih 15 000 peserta menyarung kain sarong berlari d...
Rezeki Dikongsi Hari Malaysia 16 09 2025

Rezeki Dikongsi Hari Malaysia 16 09 2025

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 3955 hits
Berbudi kepada tanah hasilnya tidak mengecewakan Rezeki hebat dariNya Rezeki Dikongsi Pada 16 09 2025 Rabu kelmarin datang seorang lelaki di rumah membawa sayur daun pichai dalam tiga pokok yang sangat besar serta daun segar dan subur sekal...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 6287 hits
Bangga jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum satu hati satu jiwa Jom kita terus hargai keamanan dan kebersamaan yang kita ada Satu hati satu jiwa Malaysia MADANI Rakyat Disantuni HariMalaysia2025 MalaysiaMADANI mknaceunlimited mknace the...
Malaysia Day 2025 Vibrant Cultural Performances And Exhibitions Ready For National Celebration In Butterworth

Malaysia Day 2025 Vibrant Cultural Performances And Exhibitions Ready For National Celebration In Butterworth

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3312 hits
National Department for Culture and Arts director general Mohd Amran Mohd Haris said this year s performances are set to be more vibrant thanks to the strong participation of Penang based non governmental organisations who are playing a key...
Amway Hq Pusat Operasi Global Dan Inspirasi Usahawan Malaysia

Amway Hq Pusat Operasi Global Dan Inspirasi Usahawan Malaysia

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1428 hits
Bila sebut tentang Amway ramai terus terbayang produk kesihatan kecantikan dan rumah yang terkenal di seluruh dunia Namun di sebalik jenama gergasi ini ada sebuah pusat utama yang menjadi nadi segala operasi iaitu Amway HQ Tidak ramai yang ...
Reshaping The Future Of Malaysia S Muslim Friendly Tourism Sector

Reshaping The Future Of Malaysia S Muslim Friendly Tourism Sector

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1914 hits
MALAYSIA S top position in the Muslim friendly travel category of the Global Islamic Economy Indicator 2024 are attributed to two main factors namely a strong rebound in international arrivals and consistent industry commitment According to...
Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1482 hits
LEGOLAND School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah Assalammualaikum semua Tak sangka kan sekarang dah ada pertandingan LEGO peringkat sekolah yang melibatkan pelajar dari seluruh Asia Ruby sendiri akui lebih suka berma...
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 987 hits
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan 20 September 2025 menjadi tarikh penuh warna warni di tengah kota Kuala Lumpur apabila Malaysia Sarong Music Run kembali dengan edisi ketiga sempena sam...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Drama Satu Dua Dia

Bila Virus Influenza Mula Menular Di Sekolah Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Kecil Di Tengah Runtuhan Kisah Kekuatan Dan Harapan

Pening Menggigil Tak Larat

Kotak Packaging Custom Untuk Kek Coklat Cookies Nampak Eksklusif Nampak Sedap

Maggie Goreng Eh Bukan Maggie

Looking For Waxing Near Me Why Edmonton Women Trust Comfort Wax Studio

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight