Isu Tidak Iktiraf Kerajaan Hanya Wayang Politik



SHAH ALAM - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak memberi sebarang kesan kepada status kerajaan.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sah di sisi perundangan dan selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, bahkan kerajaan juga telah dibentuk dan sudah menjalankan tugas.

Menurutnya, soal iktiraf hanyalah permainan politik semata-mata dan dalam aspek teknikal, ia tidak menjejaskan kedudukan Perdana Menteri dan Kabinet.

“Jadinya, kerajaan ini adalah kerajaan yang berfungsi dengan sah. Soal bilangan kerusi penyokong kerajaan di Dewan Rakyat pasti telah selesai sebelum Seri Paduka berkenan menerima para pemimpin PN menghadap untuk angkat sumpah secara sah.

“Ini petanda jelas bahawa Perdana Menteri dan kerajaan yang dipopularkan sebagai PN itu telah ada cukup majoriti,” katanya.

Beberapa hari lalu, Dr Mahathir mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dan usul itu telah diterima Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff sejajar dengan Peraturan Mesyuarat 27(3).

Bagaimanapun, usul itu mungkin tidak dapat dibahaskan ketika Persidangan Dewan Rakyat selama sehari pada 18 Mei ini kerana menurut Perintah Tetap Dewan Rakyat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan.

Mengulas lanjut, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menyifatkan soal itu bukan menjadi isu utama ketika ini sebaliknya semua pihak perlu memberi fokus dalam memerangi Covid-19 dengan pengurusan terbaik yang perlu diutamakan semua pihak termasuk pihak blok pembangkang.

“Jadi parti dan tokoh dalam PN perlu hentikan wayang politik demi kestabilan kerajaan dan negara sekali gus membuktikan keikhlasan mentadbir secara bersama.

“Ancaman PN bukan dalam soal pengiktirafan daripada blok atau tokoh pembangkang tapi daripada dalam gabungan itu sendiri. PN akan dirosakkan jika tidak diurus selia perasaan, emosi, mental dan ketertiban dengan baik dan rasional,” katanya.

Sementara itu, cendekiawan sains politik, Dr Chandra Muzaffar turut mempersoalkan kebijaksanaan dalam tindakan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin tatkala negara berdepan pandemik Covid-19.

“Negara sepatutnya memberi tumpuan terhadap pengurusan krisis kesihatan dan ekonomi yang saling berhubung kait ketika ini.

“Walaupun persoalan sama ada Muhyiddin mendapat sokongan Dewan Rakyat atau sebaliknya perlu diselesaikan, namun ia boleh ditunggu.

“Hanya satu kemungkinan daripada hasil undian itu iaitu pembubaran Parlimen dan pilihan raya diadakan. Jika itu berlaku, ia akan membabitkan kos kewangan sangat tinggi. Adakah kita mampu menanggung perbelanjaan begitu besar?” soalnya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan tindakan tidak mengiktiraf kerajaan itu sebagai melampaui batas.

Katanya, Malaysia bukan milik peribadi sesiapa dan para pemimpin pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) tidak boleh sesuka hati mahu mengiktiraf kerajaan yang memerintah atau sebaliknya.

“Jika ada pihak yang umum mereka tak iktiraf kerajaan baharu, adakah ini bermakna mereka juga tidak iktiraf Perlembagaan Persekutuan, kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja?” soalnya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya semalam.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/isu-tidak-iktiraf-kerajaan-hanya-wayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Hanya Putri Diana Ini 11 Pasangan Kerajaan Yang Pernikahannya Terpaksa Berakhir Sedih

Tak Hanya Putri Diana Ini 11 Pasangan Kerajaan Yang Pernikahannya Terpaksa Berakhir Sedih

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 227 hits
Orang orang yang hidupnya bergelimang kemewahan dan keindahan ternyata juga punya masalah sendiri
Kerajaan Digesa Longgarkan Pkp Hanya Selepas 12 Mei

Kerajaan Digesa Longgarkan Pkp Hanya Selepas 12 Mei

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 326 hits
RAKYAT Malaysia memerlukan lebih daripada dua hari untuk menyesuaikan diri dengan prosedur baru di bawah perintah kawalan pergerakan yang dilonggarkan kata kumpulan sivil dan profesional kesihatan Dalam petisyen ditandatangani oleh 359 dokt...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 281 hits
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader Foto Ramdzan MasiamOleh Zuhainy Zulkifflibhnews bh com myGEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang kecewa dengan cadangan beberapa pihak di Malaysia supaya menghalang dan juga mengusir pelarian Rohingya ya...
Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 411 hits
KUANTAN Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Pahang hanya melibatkan premis di kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon hijau dengan pematuhan prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan negeri Setiausaha Kerajaan Pahang ...
Rakyat Meluat Kerajaan Tipu Bukan Meluat Politik

Rakyat Meluat Kerajaan Tipu Bukan Meluat Politik

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 465 hits
Muhyiddin kata Chin Tong perlu menunjukkan kepada pengundi bahawa beliau komited membanteras rasuah dengan membiarkan keadilan terlaksana supaya Dato Seri Najib Razak Datin Seri Rosmah Mansor Dato Seri Tengku Adnan dan Dato Seri Zahid Hamid...
Amanah Mukhriz Bincang Isu Kerajaan Kedah

Amanah Mukhriz Bincang Isu Kerajaan Kedah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 278 hits
MALAYSIAKINIAmanah Kedah berpendapat jika ada Adun Pakatan Harapan atau Bersatu negeri itu mahu berpaling tadah memberikan sokongan kepada kumpulan Muafakat Nasional mereka perku membuat kenyataan rasmi mengenainya Pengerusi Amanah Kedah Ph...
Kami Hanya Nasihat Kerajaan Tentang Perkembangan Covid 19 Kp Kesihatan Jawab Kit Siang

Kami Hanya Nasihat Kerajaan Tentang Perkembangan Covid 19 Kp Kesihatan Jawab Kit Siang

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 326 hits
Kementerian Kesihatan berkata ia hanya menasihati kerajaan berhubung perkembangan jangkitan Covid 19 bukannya urusan lain seperti persidangan Parlimen Ini susulan pertanyaan ahli Parlimen veteran Lim Kit Siang sama ada KKM menasihatkan perd...
Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 294 hits
April 27 2020 2 31 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini membidas pemimpin Pakatan Harapan yang hanya pandai bercakap kosong mengenai nasib pelarian Rohingya Beliau berkata partinya sanggup ber...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba